Thursday, December 31, 2020
Friday, December 25, 2020
Hotel Tour #11 : The Lost Paradise Resort, Penang | Pengalaman Seperti Berada Di Bali | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!
Thursday, December 24, 2020
Pertama Kali Cuba Pais Tempoyak Ikan Patin di Restoran Go'Bang Maju, Temerloh | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!
Wednesday, December 23, 2020
PRAC Menemani HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!
Hotel Tour #10 : Mangala Resort & Spa , Hotel Termahal Kitorang Pernah Stay | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dari Kulim kami masuk ke Pulau Pinang untuk ambik kereta dari PRAC, kemudiannya terus menuju ke Teluk Intan untuk selesaikan sedikit kerja dan stay untuk satu malam. Keesokkannya teruskan lagi perjalanan menuju ke Gambang, Pahang. Ada apa di Gambang? Haa inilah lokasi rahsia yang Hana dah book sejak awal tahun haritu. Haha. Lokasi rahsia ni kiranya destinasi utama kami lah untuk roadtrip tahun ni (sebenarnya selepas destinasi ni, ada lagi 2 destinasi tapi yang tu persinggahan dalam perjalanan pulang). Lokasi rahsia yang dimaksudkan adalah Mangala Resort & Spa! This resort is so pretty, we have got to take you guys on a tour!
Villa yang kami stay untuk 2 Hari 1 Malam di Mangala Resort & Spa ni adalah Villa Amani, yang mana ia dilengkapi dengan private pool dan juga bathtub. Ada banyak lagi villa villa lain yang terdapat di sini, korang boleh usha dekat website diorang, memang padu padu belaka villa kat sini. Terpulang lah dekat korang untuk experience stay yang macam mana. Untuk honeymooners, kami rasakan Villa Amani ni teramatlah sesuai untuk korang. Meh kita tour sekitar bilik di Villa Amani, Mangala Resort & Spa.
Tuesday, December 22, 2020
Hotel Tour #9 : Little Kampung Studio Bertemakan Rumah Kampung Klasik | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Untuk stay kami di Teluk Intan, agak sedikit terlewat kami book sebab pada mulanya kami tak confirm lagi untuk stay di mana pada 18/12/2020 tu. Jadi, sejurus selepas kami buat keputusan untuk bermalam di Teluk Intan, kami terus buka Booking.com dan mula cari hotel. While scrolling down the options, ada satu hotel yang berjaya menangkap perhatian kami. Hotelnya adalah Little Kampung Studio Hotel.
Perkara pertama yang buat kami tertarik adalah design hotel tu sendiri yang mengambil konsep rumah kampung klassik. Memang kita terasa ibarat berada di rumah kampung la bila lihat dari luar mahupun bila berada di dalam bilik. Feeling kampung tapi versi rumah ketua kampung la senang kata. So, kuddos on the design, deco and the whole theme.
Saturday, December 19, 2020
Pertama Kali Tengok Menara Condong Teluk Intan | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Its the end of the year dan ini bermaksud its time for another Anniversary Roadtrip! yeayy! Tahun lepas, destinasi kami punya Anniversary Roadtrip adalah Avani Sepang Goldcoast Resort. Tahun ni kita menuju ke Pahang! Oh btw, Anniversary Roadtrip ni adalah sempena dengan tarikh perkahwinan kami iaitu 22nd December. Kami nak jadikan roadtrip ni sebagai satu tradisi, even sampai kami dah beranak pinak nnt pun kita angkut semua pergi roadtrip. Untuk roadtrip kalini, kenderaan kami telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car Sdn. Bhd. (PRAC) Tahun ni kita roadtrip naik Toyota Camry uols! haha.
Dalam entri ni kami sekadar nak kongsikan dengan korang kecantikkan Menara Condong Teluk Intan di waktu malam. Kami berdua tak pernah lagi datang ke Menara Condong Teluk Intan ni sebelum ni, cuma pernah dengar dan baca tentangnya. Bila dah ada peluang menginap satu malam di Teluk Intan, semestinya landmark yg wajib dilawati adalah menara condong ni la kan.
Lawa gila guys Menara Condong Teluk Intan ni di waktu malam. So bright and vibrant! Ramai orang dok chilling dekat situ. Boleh dikatakan menara ni ibarat the heart of Teluk Intan la. Lokasi pun kat tengah-tengah pekan ni. Disebabkan kitorang datang ni malam, tak sempat lah nak tengok apa ada di dalam. Tapi tengok luaran pun dah impressed! Cantik.
Monday, December 14, 2020
15 Tempat Menarik Untuk Dilawati di Cameron Highland!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Berdasarkan pemerhatian kami di pageview dekat blog Chasing The Sun ni, memang jelas view makin meningkat bermula dari awal Disember haritu selepas pengumuman berkaitan tamatnya larangan rentas daerah & negeri dibuat. Korang semua dah tak sabar nak travel lagi kan! Haaa samalah kita! Kami pun dah rindu sangat nak berjalan-jalan, go for a staycation ataupun just a random roadtrip. So memandangkan kita semua dah boleh travel dan memandangkan salah satu lokasi paling popular dekat Malaysia ni adalah Cameron Highland, meh kami nak kongsikan cadangan tempat tempat menarik untuk korang lawati di Cameron Highland.