Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, October 2, 2020

Pengalaman Jungle Trekking di Taman Negara Pulau Pinang @ Teluk Bahang

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kali terakhir Hana & Kimi datang jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang @ Teluk Bahang ni adalah masa kami Tingkatan 2. Waktu tu lawatan sekolah, kami satu kelas and kelas kami terpilih untuk join trekking ni. Masa tu trekking sampai ke Rumah Api. Siap masuk dan naik ke atas rumah api tu. Waktu tu Kimi baru nak try ngorat Hana. Haha. Tapi Kimi kena reject masa tu. Haa dulu reject, sekarang sudah kahwin! Haha.

Baru baru ni tiba-tiba terasa nak datang semula ke Taman Negara Pulau Pinang ni. Kali ni datang dengan Chasing The Sun punya crew sekali. Saja nak berpeluh dan beriadah sikit sebab rasa macam dah lama tak bersukan. So, jungle trekking ni memang pilihan yang sangat tepat lah! 


Kalau sebelum ni pengunjung boleh pilih samada nak trekking pergi Rumah Api & Monkey Beach ataupun Pantai Kerachut, tetapi waktu kami pergi tu laluan untuk ke Rumah Api dan Monkey Beach ada landslide, so tak boleh ke sana. Satu satunya pilihan adalah Pantai Kerachut which is slightly far. Kalau korang trekking laju, boleh sampai dalam masa 1 jam setengah. Tpi kalau slow macam kami, akan ambil masa 2 jam. Kami start 10.30am and sampai Pantai Kerachut 12.30pm.

Sebelum mulakan trekking, kami book siap2 boat untuk balik dari Pantai Kerachut japg. Harga untuk sebuah boat adalah RM 100 yang boleh memuatkan maximum 6 orang. Kalau korang jenis yang tak berapa banyak stamina, better sewa boat ni saja untuk perjalanan balik ya. Syok juga balik naik boat tu! Selain tu dapat juga kita support operator Boat ni.
Tempat Makan Best Di Kulim | Mari Cuba Pizza Durian di US Pizza!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Guys, kami ada nak keluarkan satu kenyataan yang mungkin bakal mengundang kontroversi ni. Kami rasa US Pizza lebih sedap dari Dominos Pizza & Pizza Hut! Haaa itu dia lah kenyataannya. Haha. Kepada yang tak tahu tentang US Pizza ni, diorang ni actually a local pizzeria yang menyediakan pelbagai jenis pizza , samada common flavor dan ada juga pilihan yang lebih adventurous seperti Durian , Cendol, Tomyum dan banyak lagi lah!

Sebelum ni kami dah pernah cuba yang common flavor macam Aloha Pizza, Chicken Classic , Tuna Delite. Memang sedap! Cuma kami tertanya-tanya apakah rasa bila durian digabungkan dengan Pizza. Haa, sebagai "travel & food blogger" , kami tak boleh duduk saja, apatah lagi dekat Kulim ni memang ada 1 branch US Pizza. So baru-baru ni kami telah pergi cuba Pizza Durian D24 di US Pizza!