Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, December 5, 2023

Cara Mudah Ke Betong, Thailand: Panduan & Tips Ringkas Masuk Melalui Pengkalan Hulu

Assalamualaikum & Hello Sunchasers! Pada entry kali ini kami akan berkongsi tentang pengalaman kami masuk ke Betong, Thailand dengan menaiki kereta. Kalau yang teringin nak masuk Thailand melalui Betong ni, haa korang akan dapat info yang berguna  Secara jujurnya, kami tak pernah tahu bahawa checkpoint untuk masuk ke sana adalah dari Pengkalan Hulu je, tak jauh la dari tempat kami di Lunas. Dalam sejam setengah perjalanan dah boleh sampai border, dekat banyak lah berbanding kalau nak ke Perlis. So yang mana menetap di area Kedah Selatan & Perak Utara, ada ni jalan lain untuk kita masuk ke Thailand tauu!

Keputusan kami nak ke Betong ni very last minute, tanpa apa-apa persediaan sangat, kami bawak sahaja geran dan passport dan terus gerak. Mindset kami, kalau boleh masuk kita masuk kalau tak kita patah balik 😆 Kalau ada rezeki, dapatlah kami merasa pengalaman masuk Thailand melalui Pengkalan Hulu guna kereta ni.


Insurance Kenderaan


Insurance Thailand untuk kereta ni korang boleh buat dalam perjalanan sahaja. Bila dah masuk area Pengkalan Hulu, korang akan start nampak kedai-kedai insurans di tepi jalan. Since kami memang dah ada passport, pihak insurance hanya perlukan geran kereta sahaja. Bayaran adalah seperti berikut:

  • Whitecard : RM2 per person
  • Insurance : RM10 (kereta biasa) RM35 (SUV)
  • Borang TM2 & TM3 (2 copies each) : RM6

Kami dimaklumkan kalau yang tak ada passport tapi menggunakan I/C Kedah atau Perak, boleh buat border pass untuk masuk. In term of process, saya tak berapa arif, boleh cuba call no agen insurance tersebut ya 0194822580 MAIZAL

Jika owner ada dalam kenderaan, bawa geran asal sahaja dah cukup. Jika tiada geran asal, copy boleh diterima tapi perlu cop pengesahan di balai polis. Kalau owner kenderaan tiada, perlu ada surat authorisation daripada owner. 

Proses masuk


Lepas buat insurance korang terus ke Betong Checkpoint bahagian inigresen Malaysia. Drive through sahaja dan bagi passport semua penumpang kepada officer yang jaga. 

Setelah cop passport, naik kereta dan drive ke imigresen Thailand. Park kereta dan semua penumpang perlu turun dan cop passport. Drive ke satu entrance lagi, di situ hanya owner sahaja perlu turun bawa Borang & dokumen kereta. 

Di imigresen Thailand & tempat pengesahan dokumen kereta ni, korang bawak duit ringgit ye. Ada mereka minta RM2 & RM3. 

Dah settle semua ni, korang pun dah boleh masuk Thailand dengan senang hati! Nak tahu apa tempat best yang kami lawati semasa trip pendek kami ni? Haaa nantikan next posting okay!! Harap perkongsian ringkas ni membantu la korang dalam process nak masuk Betong Thailand ni guna kereta sendiri yaa! Assalamualaikum!




Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: