Winter Korea - What Do You Need to Prepare?
Selamat
Tahun Baru kepada anda semua semoga tahun 2019 ini membuka lebih banyak peluang
kepada anda untuk keluar melihat negara luar sambil menikmati kebesaran-Nya. Seperti yang anda tahu, menjelang
akhir tahun sehingga bulan ke-tiga tahun berikutnya merupakan musim sejuk/musim
salji di Korea. Untuk post kedua ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang
persiapan sebelum bercuti ke Korea pada musim sejuk ini. Pada tahun 2018, musim
sejuk di Korea bermula agak awal dan salji pertama turun seawal bulan Oktober.
Seperti yg saya sebutkan di post sebelum ini, suhu di ibukota Seoul pada bulan
Januari boleh menjangkau -20C dan suhu tertinggi sekitar 6C. Oleh itu, perasaan berada di luar bangunan pada siang hari boleh diibaratkan
seperti berada di dalam freezer yang ada di rumah kita, ditambah dengan kipas
angin pada level maksima. Pada sebelah malam, bayangkan saja kesejukan pada
siang hari di gandakan. Sejuk yang teramat, tetapi anda harus mengalamaninya
paling kurang sekali dalam seumur hidup. Sesungguhnya pengalaman yang bermakna
bagi kita yang datang dari negara Tropika.
Disebabkan tidak pernah mengalami musim sejuk di Malaysia, apa yang kita harus sediakan sebelum bercuti musim sejuk di Korea? Untuk post kali ini saya bukan
saja nak share tips untuk persiapan Korea saja, tetapi juga boleh diguna-pakai
untuk negara lain juga.
PAKAIAN
"Berapa helai pakaian saya kena bawa?""Tebal mana jaket yang patut saya beli?"
Persoalan ini yang paling kerap ditanya oleh mereka yang pertama kali bercuti
musim sejuk. Untuk suhu sebegitu, seberapa tebal perlu anda pakai untuk
mengekalkan suhu badan anda? Jawapannya, terpulang kepada anda. Adakah anda
jenis yang tidak tahan sejuk? Sebagai contoh pada musim hujan saja anda tidak
memasang kipas apatah lagi penghawa dingin dengan alasan, sejuk. Atau anda jenis
yang tahan sejuk tetapi tak tahu sejuk di Korea takat mana? Okay, saya sarankan
anda menyediakan 3 perkara wajib di bawah;
1) Heattech atau Long John | Heattech adalah baju dalam yang dipakai sebelum baju harian.
Ianya terdiri daripda baju t-shirt lengan panjang dan seluar panjang seakan legging.
Heattech diperbuat dari bahan serat (fiber) yang mampu mengekalkan
kelembapan/suhu badan anda. Anda akan mudah merasa sejuk apabila suhu badan
anda adalah sama dengan suhu di sekitar anda. Jadi, untuk mengelakkan anda
merasa sejuk yang teramat di musim salji Korea, pastikan suhu badan anda
terkumpul iaitu dengan cara memakai pakaian yang tebal atau pakaian yang
diperbuat dari bahan fiber dan wool (bulu).
Anda boleh dapatkan heattech terbaik di Uniqlo berdekatan anda atau kedai barangan travel seperti Universal Traveller dan Winter Time dengan harga sekitar RM40 - RM120 sehelai, dan RM100 - RM300 sepasang. Sekiranya anda mempunyai bajet yang sedikit, anda boleh beli sacara online melalui Shopee atau Lazada. Tentunya kualiti tidak setanding Uniqlo dan lainnya, tetapi untuk sekali pakai, ianya sangat berbaloi dan menjimatkan. Sekiranya
anda tidak memiliki Heattech, anda boleh menggunakan alternatif lain seperti
memakai inner sukan atau inner wanita bersama t-shirt lengan panjang.
Berapa
helai kena bawa? Bagi saya, sehelai legging Heattech dan dua helai t-shirt
Heattech sudah memadai.
2) Sweater atau baju lengan panjang | Kedua
ini merupakan pakaian asas untuk anda. Sweater boleh dipakai bersama t-shirt
biasa atau t-shirt Heattech anda. Sekiranya anda ingin tampil cantik dan
bergaya, saya cadangkan anda membeli baju lengan panjang yang
di perbuat dari wool atau fleece. Apakah beza fleece dan wool? Fleece adalah
bulu yang diambil terus dari haiwan dan digunakan untuk membuat pakaian,
manakala wool adalah bulu yang telah di proses dan di campur dengan beberapa
bahan lain sebelum digunakan sebagai bahan membuat pakaian. Terdapat satu lagi
jenis bulu iaitu bulu sintetik; bulu yang tidak datang dari haiwan. Apa kepentingan memakai baju yang diperbuat dari bulu? Bulu dapat mengekalkan suhu
badan anda sekaligus membuatkan tubuh badan anda berasa hangat.
Berapa
helai kena bawa? Sekiranya anda travel sebagai backpacker, dua pasang sweater
sudah cukup. Sehelai dipakai semasa menaiki kapal terbang, dan sehelai lagi
sebagai alternatif semasa di destinasi nanti. Tidaklah terlihat boring memakai sweater yang sama setiap hari. Tetapi sekiranya anda sejenis yang
pentingkan penampilan, terpulang kepada anda untuk membawa seberapa banyak
sweater atau baju lengan panjang yang anda ada.
3) Coat atau jaket tebal | Agak
mustahil untuk anda bercuti ke Korea pada musim sejuk sekiranya anda tidak
memiliki Coat atau Jaket yang tebal. Mungkin ianya tidak mustahil sekiranya
anda memakai 5 hingga 6 lapisan pakaian. Tetapi, nak ke anda memakai 5,6 lapisan pakaian setebal kuih lapis? Pastinya, tidak, kan? Jadi, saya wajibkan anda membawa
sekurang-kurangnya sehelai coat. Sama seperti Heattech, anda boleh dapatkan di
Uniqlo, Universal
Traveller dan Winter Time tetapi dengan harga yang agak mahal iaitu sekitar
RM300 – RM2000. Tetapi, anda tak perlu risau kerana Shopee dan Lazada ada. Atau
alternatif lain, anda boleh mengunjungi bundle berdekatan anda untuk membeli
dengan harga yang jauh lebih murah. Tidak perlu membazir untuk membeli coat
yang hanya dipakai sekali percutian sahaja. Lain lah jika anda ada bercadang
untuk bercuti musim sejuk di tempat lain pula pada masa akan datang.
Apakah
ciri-ciri coat yang anda perlu bawa? Jawapannya, terpulang kepada cita rasa
anda, yang penting coat yang anda beli adalah sesuai untuk cuaca musim sejuk dan
bukan untuk kegunaan musim luruh. Kerana ketebalan bagi coat kedua musim ini
adalah berbeza disebabkan perbezaan suhu. Antara jenis-jenis coat yang popular adalah;
Padded Jacket
Parka
Wool Jacket
Kelebihan
menggunakan Padded Coat seperti gambar diatas adalah ianya kalis air dan
sekiranya hujan atau ketika salji turun, anda tidak perlu risau air yang sejuk
akan meresap masuk ke pakaian anda. Tetapi, memakai padded coat membuatkan anda
kelihatan lebih besar. Saya secara peribadi tidak berminat pada padded coat
disebabkan perkara ini kerana sudah semestinya wanita suka bila kelihatan kecil dan tinggi. Kelebihan
Parka dan Wool Jacket pula, anda terlihat lebih bergaya dan kurang puffy.
Tetapi, beberapa parka dan wool jacket adalah tidak setebal padded jacket, jadi
anda harus bijak mencari parka dan wool jacket yang tebal untuk lebih praktikal
disamping bergaya.
Berapa
helai kena ada? Satu. Sekiranya anda ingin menukar penampilan, anda boleh
bertukar dengan rakan atau ahli keluarga anda. Atau, anda boleh beli coat yang baru di
Korea kerana harganya agak berpatutan iaitu RM120 - RM400 di kawasan shopping berdekatan universiti seperti Hongdae dan Edae.
SARUNG TANGAN
Tangan adalah bahagian tubuh yang paling banyak terdedah dengan udara yang sejuk selain muka dan kepala (bagi lelaki). Pernahkah anda memegang ais terlalu lama sehingga tangan anda berasa sangat panas dan seakan tidak berasa apa-apa? Situasi yang sama akan terjadi sekiranya anda tidak menggunakan sarung tangan atau mengeluarkan tangan anda dari poket jaket untuk tempoh yang lama. Saya sarangkan anda menyediakan paling kurang sehelai sarung tangan Daiso yang berharga RM5.90 sahaja. RM5.90 anda akan menyelamatkan tangan anda dari beku yang akan sekaligus menghilangkan mood anda untuk menangkap gambar menggunakan Handphone anda.

Saya personally suka sarung tangan yang boleh digunakkan untuk touch screen seperti diatas, jadi saya tak perlu membuka sarung tangan setiap kali nak menggunakkan handphone.
SCARF / MUFFLER
Apa yang terjadi sekiranya hidung dan mulut anda terdedah dengan udara sejuk terlalu lama? Hidung anda akan bertukar merah seperti badut dan sukar untuk bernafas, manakala bibir akan merasa seolah-olah beku sehinggakan anda megalirkan air liur secara tidak sengaja dan ianya sukar untuk dikawal. Jadi untuk bahagian muka, anda boleh menggunakan scarf atau muffler dan lilitkan di bahagian leher anda kemudian tarik sedikit ke muka sehingga menutupi bahagian hidung dan mulut anda. Sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang lebih, anda boleh menggunakan mana-mana shawl cotton atau pashmina anda. Dan alternatif lain adalah dengan menggunakan face-mask seperti gambar oppa dan nuna Korea. Mask di bawah saya beli di Mr. DIY dengan harga RM1.80 dan mempunyai 10 helai mask. Good deal!

EARMUFF
Untuk lelaki atau yang tidak bertudung, anda boleh melindungi telinga dengan earmuff yang juga boleh didapatkan di kedai-kedai di kaki lima atau di dalam stesen subway/train di Korea. Kerana telinga juga adalah anggota badan yang perlu dilindungi daripada membeku atau bertukar merah seakan goblin. Alternatif bagi earmuff adalah beanie.

HEAT PACK
Sekiranya anda berdegil untuk tidak mahu memakai sarung tangan, anda boleh menggunakan heat pack seperti gambar dibawah. Anda boleh mendapatkan heat pack ini di Daiso berdekatan anda dengan harga RM5.90 untuk 8, 6 atau 3 helai, bergantung kepada saiz. Di Korea, anda boleh mendapatkan heat pack pada harga serendah 800won sehelai, iaitu sekitar RM3. Cara menggunakan heat pack ini senang sahaja. Keluarkan heat pack dari plastik dan goncangkan hanya ketika anda ingin menggunakannya. Goncang sehingga anda mula merasa kehangatan dari heat pack tersebut. Satu heat pack boleh bertahan sehingga 8 jam. Anda boleh meletakkan heat pack di dalam poket jaket anda dan menggunakkannya ketika tangan mula berasa sejuk. Atau anda boleh meletakkan di mana-mana bahagian tubuh yang kerap terasa sejuk seperti betis, tapak kaki dan lain-lain.

BOOTS
Saya cadangkan anda menggunakan boots atau kasut yang mempunyai tapak yang kasar untuk memudahkan anda berjalan dipermukaan ais. Salji yang sudah lama di atas permukaan jalan, akan bertukar menjadi ais dan membentuk permukaan yang sangat licin. Anda boleh dapatkan boots yang bergaya dengan harga berpatutan di Zara atau H&M dengan harga sekitar RM80 keatas. Sekiranya anda inginkan boots yang berkualiti, anda boleh dapatkan boots Timberland atau Dr. Martens bermula dari RM350. Atau, anda boleh dapatkan boots yang jauh lebih murah di Shopee atau Lazada. Saya masih menggunakan Hawkeye’s boots yang saya beli pada tahun 2012 dengan berharga RM230 sehingga sekarang. Boots ini tidak mempunyai tapak yang mencengkam tetapi mamadai untuk cuaca yang sejuk kerana fabriknya adalah kulit yang agak tebal dan selesa dan yang paling penting kalis air.

SARUNG KAKI
Sila dapatkan
sarung kaki yang diperbuat dari bulu kerana disamping menghangatkan kaki, fabrik berbulu dapat mengelakkan kaki dari berpeluh. Anda boleh dapatkan sarung kaki
berbulu di Sox World dengan harga sekitar RM30-RM60 sepasang. Anda juga boleh
memakai sarung kaki yang diperbuat dari cotton, tetapi keburukan dari sarung
kaki cotton adalah kaki akan kerap berpeluh. Oleh itu, anda perlu menukar
sarung kaki sekurang-kurangnya sehari sekali. Tetapi anda tak perlu risau untuk
membawa sarung kaki cotton yang banyak, kerana anda boleh mendapatkan sarung
kaki comel di Korea dengan harga serendah 550won sehelai, iaitu lebih kurang
RM2. Dengan boots yang saya sebutkan diatas, saya hanya menggunakan sarung kaki
biasa yang diperbuat dari kain cotton dan hanya membawa sehelai sarung kaki
dari Malaysia dan selebihnya saya borang di Korea.
UBAT-UBATAN
Pada perubahan cuaca dan suhu, badan kita memerlukan masa untuk beradaptasi. Sesetengah orang akan mengalami tidak balas seperti demam, selsema dan batuk. Sesetengah orang yang mengalami alahan seperti asma dan resdung juga berkemungkinan untuk mengalami sedikit ketidak-selesaan. Oleh itu saya cadangkan anda membawa ubat-ubatan dari Malaysia yang sudah semestinya jauh lebih murah dari Korea dan terjamin kandungannya. Untuk membeli ubat-ubatan di Korea, anda perlu memahami tulis Korea untuk mengetahui isi kandungan ubat tersebut, tetapi di Malaysia ianya jauh lebih mudah. Sediakan payung sebelum hujan. Dengan mengambil langkah sebegini, anda dapat berjimat dan dapat mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingin berlaku, seperti terpaksa dimasukkan wad atau sebagainya.

Bonus
kepada post kali ini, saya cadangkan anda membeli polisi Travel Insurance sebelum bercuti ke Korea atau kemana-mana sekalipun tidak kira di luar
atau di dalam negara kerana malang tidak berbau. Anda mahukan
pengalaman percutian yang indah bukan? Jadi, pastikan perjalanan anda dilindungi dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda tidak perlu risau.
Okay,
sekian sahaja dari saya untuk post kali ini. Saya akan bercuti ke Korea pada 19hb hingga 27hb Januari 2019 dan saya akan berkongsi
lebih banyak lagi di blog peribadi saya dan juga di www.chasingthesuns.com. Jadi, stay
tuned sehingga post akan datang, iaitu pada 17hb setiap bulan. Kan boss? Hehe.
By Chasing The Sun Guest Writer
Keperluan Asas Musim Sejuk Korea, Korea, Makanan Halal Korea, Musim Salju Korea, Winter Korea,