Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, October 7, 2022

Itinerary Ho Chi Minh & Dalat 4 hari 3 malam | Aktiviti Wajib Buat @ Ho Chi Minh & Dalat!

Assalamualaikum & Hello sunchasers | Pada entry kali ini, kami akan kongsikan itinerary secara ringkas tentang tempat-tempat yang kami lawati di Dalat, Vietnam selama 4 hari 3 malam. Kepada yang akan ke Vietnam, kalau korang ada extra time, please visit Dalat! Memang best, angin sejuk dia pun dah lain macam. Makanan halal pun tak ada masalah, ada je restoran makanan halal di sana. Rasanya kami akan ambil masa lebih sikit nak hilangkan post-vacation syndrome kali ini! Jadi jom kami kongsikan pengalaman kami dan tempat-tempat best nak melawat di Ho Chi Minh & Dalat!


Ticket flight
RM370 return (PEN-HCM-PEN).
First time cuba beli through Hopper sebab dengar banyak positif review. Yes, dapat banyak diskaun!

Day 1
  • Tiba di Ho Chi Minh jam 1.00 p.m. Grab ke Restaurant Hajah Basiroh for lunch. (Tambang Grab= 134,000 VND/RM 26. Around RM6.50 seorang untuk kami berempat). Menu pertama yang kami cuba sudah semestinya pho daging dan vietnamese roll. Kami order 4 set pho daging, 4 kopi susu dan 1 set Vietnamese Roll. Total semua sekali 480,000 VND/RM93. Around RM23 seorang). Kami solat Asar di restaurant.
  • Jalan kaki selama 5 minit dari Hajah Basiroh ke Ben Thanh Market. Shopping fridge magnet dan kopi.
  • Jalan kaki ke Saigon SkyDeck untuk tengok night view. Entrance fees 200,000VND/RM38 seorang. Dekat sini air mineral free flow dan toilet bersih sangat!
  • Jalan kaki ke Saigon Central Mosque untuk solat Maghrib dan Isha'. (tempat wudu' wanita di bahagian bawah ye, kene turun tangga sebelah kiri).
  • Grab ke pickup point sleeper bus di Office 10 district. Sementara tunggu bas sampai, kami sempat pekena coffee di Kopi Kai, berhadapan dengan pickup point.
  • 10.00 p.m: Naik sleeper bus dari Ho Chi Minh ke Dalat. Bas ni memang best, boleh baring and ada tirai boleh tutup for extra privacy. Boleh charge phone juga sebab ada USB, lega! Harga ticket bus RM152 seorang (return trip).

Day 2
  • 4.30a.m. - Sebaik sahaja sampai di Dalat, operator bus kami iaitu Philip Travel dah arrange siap-siap limousine bus di Dalat untuk tolong hantarkan ke destinasi di Dalat. Agak confusing sikit kat sini sebab kami tak diberitahu, macam blur lah jugak eh kenapa kena naik bas lain pulak ni, kena bayar ke? Jadi korang jangan risau, memang bus operator dah arrange untuk hantar penumpang secara percuma ke destinasi di Dalat. Kami terus minta driver bas bawa kami ke Berry Valley Homestay.
  • Berry Valley Homestay - satu malam RM292 (seorang RM72) untuk villa 2 tingkat yang boleh accomodate 6 orang. Korang boleh book dari booking.com di SINI
  • Sangat berbaloi sebab homestay ni cantik gila dan ada vibe nature retreay gittew) Alhamdulillah boleh check in awal di Berry Valley Homestay tapi kena tambah 50% around RM100. Ok la topup RM25 seorang, we got to check in early and performed Subuh prayer comfortably.
  • Grab dari homestay ke Restoran Karim, tapi rupanya kedai ni dah tak wujud dekat alamat yang ada dalam Google.
  • Grab ke Restoran Hajah Hawa @ Dalat Halal Food utk sarapan pagi (RM3 seorang)
  • Grab ke Datanla Alpine Coaster (Highlight of the day!)- RM4.50 seorang. Ticket untuk naik Alpine coaster kami dah beli siap-siap di Klook dengan harga RM30 seorang. Korang wajib naik Alpine Coaster tau!
  • Grab ke Crazy House (RM4 seorang). Entrance fee ke Crazy House 60,000 VND/RM11.50 untuk seorang.
  • Grab ke Berry Valley Homestay (RM3.65 seorang). Balik homestay dulu untuk solat.
  • Grab ke Kampung Melayu Halal Restaurant (RM5.31 seorang).
  • Jalan kaki dari Kampung Melayu Halal Restaurant ke Xuan Hong Lake.
  • Coffeeing dekat kedai atas bukit depan tasik, Xuan Huong Garden Coffee.
  • Jalan kaki ke Dalat Night Market
  • Grab dari Night Market ke Berry Valley Homestay (RM4.17 seorang)
Day 3
  • Check out dari Berry Valley Homestay, tapi kami tinggal beg di sana. Kami ambil taxi (RM5 seorang) ke Kampung Melayu Halal Food untuk brekfast.
  • Kami
    plan nak ke Cau Dat Tea Farm untuk tengok the giant windmills (around 45 min from Dalat centre), tapi tak plan transport properly. So, kami Grab ke sana sebab setelah kami compare dengan harga tour, lagi murah naik Grab sebab kami bayar untuk 4 orang satu kereta. Nasib kami baik abang Grab tu offer untuk tunggu je kami di Cau Dat Tea Farm, nak ke mana-mana boleh je dengan dia. Harga dia still kira ikut Grab punya calculation. Nice!
    • Kami ke Phindeli Cafe untuk coffeing
    • Kami ke Fresh Garden (semasa otw balik dari Cau Dat ke Dalat Centre). Entrance fees 120,000 VND/RM 24 seorang.
    • Kami ke Fatimah Halal Food (kedainya masih ada, tapi tutup)
    • Kami ke Hajah Hawa @ Dalat Halal Food untuk lunch
  • Total Grab : 855 VND/RM167 - around RM42 seorang. Lagi berbaloi daripada ambil package tour sebab mereka selalunya kira per person, normally price starting from 600,000 VND seorang ( ini based on info yang kami dapat dari google sahaja, tak sure kalau ada yang lagi murah. Maklumlah, last minute baru nak cari!).
  • Grab ke Tuyen Lam Lake (RM3.30 seorang). Dekat sini kami tengok tasik je dari tepi jalan sahaja, memang cantik tapi nothing much. Ada construction kat situ, jadi tak ada sangat tempat nak duduk menikmati tasik. Kalau naik cruise maybe seronok, tapi kami dah tak cukup budget.
  • Grab ke Dalat Centre untuk coffeing di Lam Vien Square.
  • Grab ke Berry Valley Homestay (RM3.33 seorang). Disebabkan susah nak cari tempat solat di Dalat dan kami pun dah penat, kami request Berry Valley Homestay bagi kami sewa untuk 5 jam. (100,000 VND/RM20 seorang). Best sebab kami still dapat stay dekat Villa yang sama! Sempat la solat dengan selesa dan rehat sebelum keluar ke stesen bas malam nanti untuk ke Ho Chi Minh.
  • Grab to Kampung Melayu Halal Food untuk dinner.
  • Grab ke Dalat Bus Station (RM1.41 seorang).
  • Naik sleeper bus jam 11 malam untuk ke Ho Chi Minh.
Day 4
  • Kami tiba di Ho Chi Minh bus station around jam 4.00 pagi.
  • Grab ke Saigon Central Mosque (RM4 seorang) untuk solat Subuh dan berehat.
  • Grab ke Hajah Basiroh Restaurant (RM3 seorang) untuk breakfast. Kami shopping telekung juga di kedai ni.
  • Grab ke Airport (RM8 seorang) untuk pulang ke Malaysia!
Begitulah secara ringkas itinerary kami selama 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh dan Dalat. banyak lagi tempat-tempat yang kami tak sempat cover di sana, inshaAllah kalau ada rezeki lain kali pula. Sepanjang percutian kami kali ini, kami cuma ambil hotel untuk satu malam sahaja sebab dua malam lagi kami tidur atas sleeping bus.

Jadi yang ada plan nak ke Vietnam boleh masukkan Dalat sebagai salah satu city yang korang boleh pergi sebab vibe di sana memang lain dari Ho Chi Minh. Even cuaca pun dah lain, sejuk je sebab Dalat terletak di kawasan tanah tinggi! Setakat itu sahaja perkongsian daripada kami, semoga bermanfaat untuk semua. Kalau nak beli tiket Sleeper Bus di Vietnam boleh book kat bawah ni.

Powered by 12Go system
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: