Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, February 17, 2022

Hotel Tour #17 : Macalister Hotel | Hotel Paling Berbaloi to Stay in Georgetown?


Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ini, kami akan kongsikan pengalaman kami di Penang dimana kami berdua telah memilih untuk stay di Georgetown area. Kami perasan bahawa pengunjung yang datang ke Penang ni ada dua categories, satu yang nak stay di area pantai seperti Batu Feringghi dan Tanjung Bungah, manakala satu jenis lagi adalah yang nk stay di town. Kat mana yang best nak stay kalau di Georgetown?

Kami memang dah banyak kali staycation berdekatan dengan area pantai, jadi kali ini nak tukar angin sikit untuk stay area town. Apa yang menariknya apabila kita stay di town area ni, kita dapat betul-betul menghayati binaan-binaan bangunan yang bercirikan colonial heritage yang amat unik dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Memang tak jemu lah pusing-pusing town ni bagi mereka yang sukakan konsep seperti ini. Dimanakah kami stay? This time kami stay di Macalister Hotel by PHC yang terletak di Jalan Macalister!


Lobby | Untuk lobby Macalister Hotel ni, bila korang masuk jer, a complete different mood terus dari apa yang korang tengok di bangunan dia diluar. Luar kan tadi kami kata colonial heritage, tapi bila masuk dalam lobby, its very modern dan mewah. Lobby nya kecik ja tapi ada lah tempat duduk untuk menunggu dan lobby nya juga bergabung dengan kawasan kafe. Jadi selesalah sementara nak tunggu turn untuk check in tu.

Friday, February 4, 2022

Hotel Tour #16 : The Majestic Malacca | Hotel Dengan Unsur Classic Baba Nyonya!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Entri kali ni kami nak bawak korang tour sekitar sebuah hotel yang letaknya di bandar hilir Melaka. Ya, ini masih lagi sambungan dari trip akhir tahun kami ke Melaka tempoh hari. Rasanya ni mungkin entri yang terakhir dah kot untuk trip berkenaan. Hotel yang kami maksudkan itu adalah The Majestic Melaka. Kami sempat stay dekat hotel ni untuk 1 malam sahaja, jadi jom kami kongsikan sikit apa yang menarik dengan The Majestic Melaka ni.


Lokasi The Majestic Melaka ni lebih kurang 10 minit dari Jonker Street, so memang dekat sangatlah dengan tempat yang kami stay malam sebelum tu, Rimba Jonker. Ni pun booking last minute jugak ni. Nasib baik masih ada bilik yang available. Since lepas check out dari Rimba Jonker tu ada a few hours sebelum check in, kami jalan-jalan lepak pantai dulu.