Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, December 23, 2020

Hotel Tour #10 : Mangala Resort & Spa , Hotel Termahal Kitorang Pernah Stay | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dari Kulim kami masuk ke Pulau Pinang untuk ambik kereta dari PRAC, kemudiannya terus menuju ke Teluk Intan untuk selesaikan sedikit kerja dan stay untuk satu malam. Keesokkannya teruskan lagi perjalanan menuju ke Gambang, Pahang. Ada apa di Gambang? Haa inilah lokasi rahsia yang Hana dah book sejak awal tahun haritu. Haha. Lokasi rahsia ni kiranya destinasi utama kami lah untuk roadtrip tahun ni (sebenarnya selepas destinasi ni, ada lagi 2 destinasi tapi yang tu persinggahan dalam perjalanan pulang). Lokasi rahsia yang dimaksudkan adalah Mangala Resort & Spa! This resort is so pretty, we have got to take you guys on a tour!


Villa yang kami stay untuk 2 Hari 1 Malam di Mangala Resort & Spa ni adalah Villa Amani, yang mana ia dilengkapi dengan private pool dan juga bathtub. Ada banyak lagi villa villa lain yang terdapat di sini, korang boleh usha dekat website diorang, memang padu padu belaka villa kat sini. Terpulang lah dekat korang untuk experience stay yang macam mana. Untuk honeymooners, kami rasakan Villa Amani ni teramatlah sesuai untuk korang. Meh kita tour sekitar bilik di Villa Amani, Mangala Resort & Spa.