Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dari Kulim kami masuk ke Pulau Pinang untuk ambik kereta dari PRAC, kemudiannya terus menuju ke Teluk Intan untuk selesaikan sedikit kerja dan stay untuk satu malam. Keesokkannya teruskan lagi perjalanan menuju ke Gambang, Pahang. Ada apa di Gambang? Haa inilah lokasi rahsia yang Hana dah book sejak awal tahun haritu. Haha. Lokasi rahsia ni kiranya destinasi utama kami lah untuk roadtrip tahun ni (sebenarnya selepas destinasi ni, ada lagi 2 destinasi tapi yang tu persinggahan dalam perjalanan pulang). Lokasi rahsia yang dimaksudkan adalah Mangala Resort & Spa! This resort is so pretty, we have got to take you guys on a tour!
Villa yang kami stay untuk 2 Hari 1 Malam di Mangala Resort & Spa ni adalah Villa Amani, yang mana ia dilengkapi dengan private pool dan juga bathtub. Ada banyak lagi villa villa lain yang terdapat di sini, korang boleh usha dekat website diorang, memang padu padu belaka villa kat sini. Terpulang lah dekat korang untuk experience stay yang macam mana. Untuk honeymooners, kami rasakan Villa Amani ni teramatlah sesuai untuk korang. Meh kita tour sekitar bilik di Villa Amani, Mangala Resort & Spa.
Korang kalau nak book boleh pergi di website diorang Mangala Resort & Spa ataupun boleh jugak book di Agoda dan Booking.com. Boleh follow Instagram diorang untuk tengok gambar pelanggan pelanggan yang happy stay dekat situ (Instagram Mangala Resort & Spa)
Sepertimana yang kami maklumkan dalam entri sebelum ni, Roadtrip kami kalini telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car (PRAC) Sdn. Bhd. Tahun ni kami roadtrip with style sikit lah sebab dapat naik Toyota Camry! Haha. Memang seronok bawa kereta mahai ni! Tak terasa penat walaupun drive like jauh gila. Untuk korang yang nak mengunakan service kereta sewa, boleh dapatkan diskaun 10% dengan mengunakan Promo Code kami iaitu "TCSXPRAC" sewaktu membuat tempahan ya! Boleh tempah di website PRAC (https://www.iprac.com/) ataupun boleh email terus di reservation@iprac.com. Promo code ni valid sehingga March 2021 sahaja tau! #PRACMalaysia #CarRental #RentACar
0 comments:
Post a Comment