Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, December 31, 2020

Selamat Tinggal 2020 & Hello 2021!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Tamat sudah chapter terakhir 2020. Untuk kami di Chasing The Sun, there was a lot of things going on with the blog. 

Firstly, kami terpaksa batalkan dua trip ke Indonesia. Satu trip ke Bromo yg kami dah tunggu sejak awal 2019 lagi. Dan satu lagi trip ke Acheh. Tapi walaupun tak dapat travel ke luar negara, kami bersyukur sangat sebab masih berpeluang untuk travel di dalam Malaysia. Peluang ini telah membuatkan kami lebih menghargai produk-produk pelancongan yang kita ada di negara kita. Alhamdulillah.

Bulan July 2020 kami dapat tahu bahawa Chasing The Sun, our little baby telah tersenarai dalam Top 30 Travel Blog Malaysia oleh Feedspot.com. Tepuk sikit guys! We started this blog just for fun, so we never really thought it would be in any kind of "top" whatever list. It was such a great honor and we are forever thankful for the opportunity and the acknowledgement.

Disebabkan perkara diatas, tahun ini juga Chasing The Sun mula mendapat perhatian dan mula berani untuk mulakan partnership dengan syarikat syarikat lain di luar sana. We did this all on top of our daily fulltime job! So kudos to us! 

There were a lot of writer's block moments that happened throughout the year, especially masa awal2 MCO tempoh hari. But we managed to overcome those moments and slowly picked up the momentum dan kembali menulis. 

Kami juga nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong kami dan sentiasa membakar semangat kami untuk teruskan "passion project" ini. Rakan2 yang pernah menyumbang penulisan di Chasing The Sun, inshaAllah kalau ada rezeki lebih tahun 2021 ni, ada something special untuk you guys. 

Kami tutup chapter 2020 di Chasing The Sun dengan siri annual roadtrip dan kami sangat teruja untuk mulakan perjalanan baru bagi tahun 2021. 

Selamat Tahun Baru guys! Semoga 2021 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Take Care and Have a great year ahead. Assalamualaikum.


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: