Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Pada entry kali ini, saya akan ceritakan pengalaman saya sekeluarga ke Hatyai Thailand dengan menggunakan kereta. Saya dan Kimi sebenarnya dah beberapa kali ke Thailand sebelum PKP tapi tak pernah lagi masuk dengan kereta. Kami memang pengguna tegar train! Feeling2 backpacker sikit. Tapi kali ini pergi dengan family, rasanya lebih selesa masuk dengan kereta sendiri. And guess what? Rupanya very convenient masuk dengan kereta! Proses kat immigration mudah sangat dan cepat. Boleh dikatakan jimat masa banyak lah berbanding dengan naik train.
Geran Kereta | Kalau nak masuk dengan kereta, pastikan pemandu bawak geran kereta asal bersama bagi tujuan pembuatan insurans kenderaan. Kalau tak ada geran asal, boleh bawak geran fotokopi, tapi kena dapatkan cop bulat daripada balai terdekat dengan rumah masing-masing. Kami tengah- tengah malam pergi balai minta polis cop, nasib baik dapat.
Saya pernah terdengar ada yang masuk ke Hatyai menggunakan border pass, tapi saya tak ada info sangat berkenaan ini kerana kami sekeluarga mempunyai passport.
Insurans Kenderaan | Untuk yang masuk dengan kereta, korang wajib beli insurans kenderaan dengan harga RM35. Boleh je beli dalam perjalanan ke border. Rata- rata orang akan cakap buat insurans dekat satu kedai tepi jalan di Changloon. Tapi kami ada ternampak sorang brother dekat BBM kot mention tentang buat insurans di Napoh.
Selepas selesai urusan insurans, kami terus menuju ke Bukit Kayu Hitam. Sesampai di sana, penumpang diminta turun, manakala pemandu boleh drive through sahaja untuk buat pengesahan passport di kaunter pandu lalu. Saya dan keluarga turun dan masuk ke dalam bangunan yang disediakan, boleh dikatakan smooth, beratur sikit tapi tak lama pun. Rasanya in leas than 10 minutes penumpang semua dah siap. Kami keluar dan tunggu Kimi sampai dengan kereta. Dalam 20 minit macam tu, dah settle semua urusan masuk dan tkami sudah boleh teruskan perjalanan ke Hatyai.
Pada mulanya kami ingin terus ke Kim Yong Market setelah sampai di Hatyai, tetapi susah sangat nak cari parking. Mungkin ada sign atau papan tanda yang tunjuk arah parking, tapi kita memang tak faham sebab semuanya dalam bahasa Thailand. At last, kami park di hotel dan naik Songtheaw dengan harfa TBH20 seorang.
Kim Yong Market | Tempat pertama yang kami pergi ialah Kim Yong Market. Ibu-ibu memang suka lah ke sini, macam- macam benda dijual. Antaranya ada pakaian, buah-buahan, ikan bilis dan macam- macam jenis lagi makanan kering. Buah kat sini nampak segar-segar betul, gemuk- gemuk semuanya.
Kai Tod Decha | Setelah selesai di Kim Yong, kami bergerak pula ke Kai Tod Decha untuk makan tengahari. Siapa yang pergi ke Thailand dan tak singgah makan kat sini memang tak sah kan? Boleh kata penuh dengan orang Malaysia dekat situ. Korang wajib cuba tomyam atau kengsom dia, memang next level. Boleh try jugak macam- macam jenis kerabu yang ada kat sini.
Central Festival Mall | Setelah selesai makan, kami pulang ke hotel untuk berehat dan keluar semula jam 4 petang untuk ke Central Festival Mall. Pada asalnya tak plan pun nak pergi ke mall, tapi sebab masih terlalu awal untuk ke Khlonghae Floating Market, kami singgah dulu di Central Festival. Best jugak kat sini, Kimi siap beli blazer dan pants, murah katanya. Adik-adik saya pulak bukan main borong barang-barang kosmetik dan facial mask.
Khlonghae Floating Market | Kami bergerak ke Khlonghae Floating Market sekitar jam 5 petang. Memandangkan Khlonghae agak jauh, tuk-tuk charge THB100 seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Bagi saya masih berbaloi, sebab memang jauh perjalanan ke sana. Plus kalau datang sendiri, mesti tak dapat parking.
Dekat Khlong Hae ni macam-macam boleh makanan thai authentic boleh cuba. Banyak kedai makanan halal, boleh tengok je dekat sign yang ditampal di atas setiap perahu. Memang meriah dan terasa keunikan di sana sebab kita berpeluang berinteraksi dan berjual beli dari kedai-kedai dalam perahu. Kalau dah habis cuba makanan dari perahu, boleh naik ke bahagian atas, banyak lagi gerai- gerai makanan.
Restoran Hamid | Setelah selesai di Khlong Hae, kami pun pulang dan sempat singgah di Restoran Hamid. Personally, saya kurang berkenan sikit makanan di sini, tapi boleh jadi saya order makanan yang bukan specialty di situ. Cadangnya selepas tu nak ke Asean Night Bazaar, tapi parents saya pun dah penat jadi kami decide balik ke hotel sahaja.
Chabura Dim Sum | Keesokannya kami keluar awal dalam jam 8 pagi untuk ke Chabura Dim Sum. Ini antara restoran wajib singgah jugak kalau ke Thailand. Kena beratur sikit nak masuk sebab orang ramai tapi tak lama sangat, dalam 15 minit. Dekat sini memang syurga makanan, bukan setakat dimsum yang boleh pilih-pilih je, menu yang order pun banyak! Sebab ramai recommend bubur, kami order juga untuk rasa. Serious sedap, kecur air liur bila teringat balik.
Antara makanan yang kami cuba di sini ialah:1. Aneka dimsum dan pau2. Daging bakar danok3. Roti kari daging4. Bubur ayam5. Pulut mangga6. Sup daging
Masjid Songkhla | Setelah makan, kami decide untuk berangkat pulang dan nak singgah dahulu di Masjid Songkhla yang dikatakan macam Taj Mahal. Kami tak teruskan melawat ke tempat- tempat lain kerana kami agak rushing kerana adik-adik saya akan pulang ke KL pasa hari yang sama.
Sesampainya di masjid Songkhla, memang terpukau tengok, cantik! Betul-betul macam Taj Mahal. Kami bawak kereta hampir dengan kawasan kolam di luar masjid untuk ambil gambar.
Korang, kalau nak mudahkan proses korang nak masuk ke Thailand mengunakan kereta, korang boleh guna service daripada GoThai.my ni, diorang bantu settlekan semua urusan dari insurans kepada dokumen dokumen yang diperlukan untuk masuk ke Thailand tu. Senang, korang pun tak perlu pening kepala dan risau. Gothai Insurans Dan Dokumen Pass Ke Thailand.
Lastly, kalau korang nak naik train atau bus dari Semenanjung Malaysia sampailah ke Thailand, cara paling mudah adalah beli tiket di 12go.asia . Website ni merupakan platform online tiket yang merentas sempadan negara. Proses untuk beli tiket pun sangat mudah, dia punya notification & reminder system pun efficient gila. Kami pernah guna waktu naik Sleeping Bus di Vietnam, superb service. Recommended! 12GO.asia.
Korang, kalau nak mudahkan proses korang nak masuk ke Thailand mengunakan kereta, korang boleh guna service daripada GoThai.my ni, diorang bantu settlekan semua urusan dari insurans kepada dokumen dokumen yang diperlukan untuk masuk ke Thailand tu. Senang, korang pun tak perlu pening kepala dan risau. Gothai Insurans Dan Dokumen Pass Ke Thailand.
Lastly, kalau korang nak naik train atau bus dari Semenanjung Malaysia sampailah ke Thailand, cara paling mudah adalah beli tiket di 12go.asia . Website ni merupakan platform online tiket yang merentas sempadan negara. Proses untuk beli tiket pun sangat mudah, dia punya notification & reminder system pun efficient gila. Kami pernah guna waktu naik Sleeping Bus di Vietnam, superb service. Recommended! 12GO.asia.
Powered by 12Go system
Sekian, itu sahaja perkongsian saya untuk trip Thailand kali ini!
0 comments:
Post a Comment