Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, December 10, 2023

Kereta Sewa Kuching | Ikramtransports : Recommended Dan Senang Berurusan!
Kereta Sewa Kuching 2024 - Kalau bercuti ke Sarawak, lokasi utama tarikan pelancong adalah semestinya Kuching, Sarawak. Kebiasaannya, pelancong akan mencari dan menggunakan kereta sewa untuk ke destinasi percutian mereka. Ini kerana, untuk memudahkan para pelancong untuk kesesuatu tempat.


Di Kuching, Sarawak, antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa adalah Ikramtransports. Ikramtransports sangat disyorkan dan memudahkan urusan pelanggan yang ingin menyewa kereta. Kereta Sewa Ikramtransports kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan kereta sewa bertaraf 5 bintang dengan harga yang berpatutan.


Ikramtransports menyediakan Perkhidmatan Sewa Kereta Di Kuching Sarawak Kuching Car Rental untuk individu atau korporat dan juga menerima bayaran secara Cash, Online Transfer dan Local Order. Syarikat ini juga ada perkhidmatan menyewa seperti Bas, Coaster, Van, kenderaan VIP dan kenderaan yang mampu milik juga di sediakan oleh Kereta Sewa Ikramtransports Kuching Car Rental

Dengan sistem tempahan online yang cekap dan pantas akan lebih memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan Kereta Sewa di Kuching Sarawak. Hingga Ke hari ini, Respon yang diberi pun boleh tahan cepat. Itu berdasarkan pengalaman saya berWhatsapp dengan mereka. Kalau rasa tak nak berWhatsapp, boleh call mereka terus.


Paling menarik, kalau korang turun di Airport Kuching, pihak Ikramtransports sediakan perkhidmatan pickup dan hantar kereta secara percuma.

Selain itu, permintaan pelanggan seperti baby seat dan phone holder akan dibagi secara percuma oleh Ikramtransports tanpa mengenakan bayaran sepanjang penyewaan kereta sewa.


Kereta Sewa Ikramtransports mempunyai pengalaman selama lebih dari 10 tahun dalam meniaga kereta sewa. Perkhidmatan dengan layanan mesra dan cemerlang dari kakitangan Ikramtransports untuk memastikan perjalanan dan urusan pelanggan berjalan lancar.

Jaminan kenderaan yang di sediakan oleh kereta sewa IIkramtransports juga dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Anda kini boleh menikmati Kereta Sewa Murah di Kuching dengan harga yang berpatutan dan tiada kos tersembunyi.



Jangan risau Kereta Sewa Ikramtransports amat dipercayai kerana Syarikat mereka berdaftar di bawah Syarikat BumiPutera. Pejabat Kereta Sewa Ikramtransports mereka terletak berdekatan dengan Airport Kuching.
@ikramtransports Replying to @Magdeline Salap Office kami berdekatan dengan Kuching International Airport, kereta kami akan hantar ke Kuching International Aiport secara percuma ❤️ #keretasewakuching #carrentalkuching #keretasewakuchingsarawak #vansewakuching #kuchingsarawak #ikramtransports ♬ original sound - Ikramtransports



Untuk menyakin para penyewa yang ingin sewa kereta, boleh juga tengok Reviews Google yang direview oleh customers kereta sewa Ikramtransports yang pernah menyewa kereta sewa Ikramtransports.







Jika anda berminat untuk membuat sewaan, boleh terus ke website Ikramtransportsdi link di bawah! Atau terus hubungi mereka di maklumat berikut!

https://ikramtransports.com/


Email : ikramtransports.official@gmail.com

Phone: 019 985 3904

Address: 1st floor, Sublot 4, Lot 1522, Block 17 KCLD, Lorong Lapangan Terbang 5J5, 93250 Kuching, Sarawak

Tuesday, December 5, 2023

Cara Mudah Ke Betong, Thailand: Panduan & Tips Ringkas Masuk Melalui Pengkalan Hulu

Assalamualaikum & Hello Sunchasers! Pada entry kali ini kami akan berkongsi tentang pengalaman kami masuk ke Betong, Thailand dengan menaiki kereta. Kalau yang teringin nak masuk Thailand melalui Betong ni, haa korang akan dapat info yang berguna  Secara jujurnya, kami tak pernah tahu bahawa checkpoint untuk masuk ke sana adalah dari Pengkalan Hulu je, tak jauh la dari tempat kami di Lunas. Dalam sejam setengah perjalanan dah boleh sampai border, dekat banyak lah berbanding kalau nak ke Perlis. So yang mana menetap di area Kedah Selatan & Perak Utara, ada ni jalan lain untuk kita masuk ke Thailand tauu!

Keputusan kami nak ke Betong ni very last minute, tanpa apa-apa persediaan sangat, kami bawak sahaja geran dan passport dan terus gerak. Mindset kami, kalau boleh masuk kita masuk kalau tak kita patah balik 😆 Kalau ada rezeki, dapatlah kami merasa pengalaman masuk Thailand melalui Pengkalan Hulu guna kereta ni.


Insurance Kenderaan


Insurance Thailand untuk kereta ni korang boleh buat dalam perjalanan sahaja. Bila dah masuk area Pengkalan Hulu, korang akan start nampak kedai-kedai insurans di tepi jalan. Since kami memang dah ada passport, pihak insurance hanya perlukan geran kereta sahaja. Bayaran adalah seperti berikut:

  • Whitecard : RM2 per person
  • Insurance : RM10 (kereta biasa) RM35 (SUV)
  • Borang TM2 & TM3 (2 copies each) : RM6

Kami dimaklumkan kalau yang tak ada passport tapi menggunakan I/C Kedah atau Perak, boleh buat border pass untuk masuk. In term of process, saya tak berapa arif, boleh cuba call no agen insurance tersebut ya 0194822580 MAIZAL

Jika owner ada dalam kenderaan, bawa geran asal sahaja dah cukup. Jika tiada geran asal, copy boleh diterima tapi perlu cop pengesahan di balai polis. Kalau owner kenderaan tiada, perlu ada surat authorisation daripada owner. 

Proses masuk


Lepas buat insurance korang terus ke Betong Checkpoint bahagian inigresen Malaysia. Drive through sahaja dan bagi passport semua penumpang kepada officer yang jaga. 

Setelah cop passport, naik kereta dan drive ke imigresen Thailand. Park kereta dan semua penumpang perlu turun dan cop passport. Drive ke satu entrance lagi, di situ hanya owner sahaja perlu turun bawa Borang & dokumen kereta. 

Di imigresen Thailand & tempat pengesahan dokumen kereta ni, korang bawak duit ringgit ye. Ada mereka minta RM2 & RM3. 

Dah settle semua ni, korang pun dah boleh masuk Thailand dengan senang hati! Nak tahu apa tempat best yang kami lawati semasa trip pendek kami ni? Haaa nantikan next posting okay!! Harap perkongsian ringkas ni membantu la korang dalam process nak masuk Betong Thailand ni guna kereta sendiri yaa! Assalamualaikum!