Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, August 22, 2020

Hotel Tour #7 : Bao Sheng Durian Farm | Nature Retreat in Balik Pulau, Best Tak?
Assalamualaikum and Hello Sunchasers | Alhamdulillah weekend kali ni kami sempat short escape ke Balik Pulau, Penang! Tak sangka plan last minute dan booking on the spot membuahkan hasil. Kami akan kongsikan serba sedikit pengalaman kami di sini bersama anda semua! Seperti yang tajuk kat atas tu tulis, hotel yang kami nak bawa korang tour adalah Bao Sheng Durian Farm @ Balik Pulau. 


Terletak di Balik Pulau, Penang. Tak susah pun nak cari tempat ni, boleh waze je. Kalau yang tak biasa ke Balik Pulau, jangan duk mai waktu malam na, jalan dia mencabar kona-kona! Bila dah nampak sign dekat jalan tu akan ada self doubt sikit nak drive masuk, sebb jalan dia bercerun tinggi. But dont worry, dah betul dah tempatnya, masuk je. 

Bilik-bilik di sini direka khas supaya menghadap pemandangan kebun durian. Memang seronok lah feeling dalam bilik yang ada view nature direct di depan mata. Kami ambil bilik biasa, Tatami Room. Seperti namanya, interior bilik ini bertemakan ruang dalam rumah di Jepun. Memang betul-betul terasa vibe nature retreat. One more thing, takde masalah internet dan line ye di sini. Tiptop!


Berapa harganya? Harga bagi Tatami Room hanya RM180 semalam. Not bad lah for this hidden gem! Dengan view yang macam tu, rasanya memang sangat berbaloi. Ada juga Villa yang lebih besar, harga RM360. 

Wednesday, August 19, 2020

Jom Shopping Sakan di PG Mall | PROMO Nestle Top Spender & Banyak Lagi!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Guys, korang pernah dengar tak nama PG Mall? Haaa, meh kami nak nak bagi intro sikit tentang satu satunya local e-commerce platform di Malaysia ni ok! PG Mall ni adalah E-Commerce site untuk korang beli bermacam jenis untuk keperluan harian, gadgets , makanan dan segala jenis barangan lah. Dengan lebih 4 juta pengunjung setiap bulan, PG Mall ni telah diletakkan sebagai Top 3 E-Commerce site oleh IPrice. 


Boleh baca report IPrice kat sini https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/
Korang kan baru dapat duit Penjana dekat eWallet masing masing, haa boleh la usha barang apa nak dibeli dengan duit tu di PG Mall sebab diorang juga menerima bayaran melalui eWallet selain dari payment gateway biasa.

Kalau korang baru nak register sekarang, boleh cepat cepat grab beberapa Promo yang sedang berlangsung dekat PG Mall. Yang pertama sekali, Nestle TOP Spender! Dapatkan potongan RM 8 dengan pembelian minimum RM80 ringgit dan paling best korang berpeluang menjadi salah satu dari 16 orang pemenangan mingguan kepada RM50 Grab + PG Mall Voucher. It gets better, kalau korang bertuah lagi, korang boleh jadi salah sorang dari 3 pemenang bulanan dan dapat RM 100 Grab + PG Mall Voucher! Dah excited la tu kan? nah kami sediakan link terus untuk korang pergi shop barang barang Nestle dekat PG Mall ~ https://pgmall.my/nestle-top-spender-august



Saturday, August 15, 2020

Hotel Tour #6 : Staycation In Nature @ Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Staycation kali ni, saya & husband terasa nak mandi sungai and enjoying nature. Minggu lepas berpeluang ke Warung Bonda di Rumah Hutan, Batang Kali (milik Bonda Rozita). Tak nak pergi jauh dari ibu kota tapi masih mahu berehat menikmati nature, jadi minggu ini kami cuba menginap di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort - milik Alif Syukri.


Ada banyak pilihan bilik dgn harga serendah RM100/Malam di sini. Paling menarik, nama bilik bilik di resort ni semuanya unik-Halia Bara, Derhaka Mertua, Gadis Lompat, Bobo Dimana, Janda Lawa, Janda Berhias, Rumah Batak, Sedap Malam. Alhamdulilah bilik kami sopan je namanya, Pandan Wangi.

Saturday, August 8, 2020

Harley's Hombarista | Plan Subscription Kopi Untuk Korang Yang Kaki Kopi!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat semuanya ya! Dalam entri kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang kopi.. Untuk pengetahuan korang, Kimi merupakan hantu kopi. Memang dari zaman sekolah, uni dan sehingga sekarang lah dia memang dengan tegarnya consume coffee.


Jadi, bila owner Harlye's Burgers & Roasters contact kami untuk cuba kopi diorang under diorang punya Harley's Hombarista subs plan, kami pun onz. Basically, dengan Harley's Hombarista ni, korang akan subscribe untuk bayar bulanan sewa coffee maker dan juga coffee capsules dari Harley's Burger's and Roasters. Diorang ni wellknown dengan diorang punya premium coffee juga selain burgers. Kami pernah review burgers & coffee diorang dulu kat SINI & SINI. Details mengenai subscription plan tu korang boleh download melalui link kat bawah ni.