Saturday, December 19, 2020

Pertama Kali Tengok Menara Condong Teluk Intan | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Its the end of the year dan ini bermaksud its time for another Anniversary Roadtrip! yeayy! Tahun lepas, destinasi kami punya Anniversary Roadtrip adalah Avani Sepang Goldcoast Resort. Tahun ni kita menuju ke Pahang! Oh btw, Anniversary Roadtrip ni adalah sempena dengan tarikh perkahwinan kami iaitu 22nd December. Kami nak jadikan roadtrip ni sebagai satu tradisi, even sampai kami dah beranak pinak nnt pun kita angkut semua pergi roadtrip. Untuk roadtrip kalini, kenderaan kami telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car Sdn. Bhd. (PRAC) Tahun ni kita roadtrip naik Toyota Camry uols! haha.

Dalam entri ni kami sekadar nak kongsikan dengan korang kecantikkan Menara Condong Teluk Intan di waktu malam. Kami berdua tak pernah lagi datang ke Menara Condong Teluk Intan ni sebelum ni, cuma pernah dengar dan baca tentangnya. Bila dah ada peluang menginap satu malam di Teluk Intan, semestinya landmark yg wajib dilawati adalah menara condong ni la kan.


Lawa gila guys Menara Condong Teluk Intan ni di waktu malam. So bright and vibrant! Ramai orang dok chilling dekat situ. Boleh dikatakan menara ni ibarat the heart of Teluk Intan la. Lokasi pun kat tengah-tengah pekan ni. Disebabkan kitorang datang ni malam, tak sempat lah nak tengok apa ada di dalam. Tapi tengok luaran pun dah impressed! Cantik. 

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

Kami kongsikan gambar gambar ni dekat Facebook page Chasing The Sun dan nampak ramai orang komen dan engaged dekat posting tu ya. Kami suka bila our travellers community ni berbincang dan berbangga dengan tarikan pelancong yang kita ada dalam Malaysia. Sunchasers yang lain, kalau pernah singgah ke Menara Condong Teluk Intan ni, mari kongsikan gambar dengan kami nanti kami share di Facebook page tu, biar rancak orang berbincang tentang tarikan ni. 



Ok guys, kami sekarang berada di Gambang, Pahang lebih tepat lagi di The Mangala Resort & Spa, salah satu lokasi untuk roadtrip kami. Nantikan update selanjutnya ya! Kalau korang juga sedang travel, ikut segala SOP ya! Jaga diri dan have fun! 

Sepertimana yang kami maklumkan di atas, Roadtrip kami kalini telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car (PRAC) Sdn. Bhd. Tahun ni kami roadtrip with style sikit lah sebab dapat naik Toyota Camry! Haha. Memang seronok bawa kereta mahai ni! Tak terasa penat walaupun drive like jauh gila. Untuk korang yang nak mengunakan service kereta sewa, boleh dapatkan diskaun 10% dengan mengunakan Promo Code kami iaitu "TCSXPRAC" sewaktu membuat tempahan ya! Boleh tempah di website PRAC (https://www.iprac.com/) ataupun boleh email terus di reservation@iprac.com. Promo code ni valid sehingga March 2021 sahaja tau! #PRACMalaysia #CarRental #RentACar

Ok guys! Itu sahaja untuk kalini. Kita jumpa di entri selanjutnya ya! Have a great day!


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: