Friday, November 6, 2020

Tempat Makan Best Di Kulim | Nasi Ayam 5 Bintang di Warung Nasi Ayam Bonda

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang penggemar nasi ayam? Haa samalah kita. Entri kali ni kami nak perkenalkan korang kepada satu kedai nasi ayam yang mungkin terpaling sedap di sekitar Kulim ni. Ini bukan cobaan, memang benar benar sedap and I mean it. Sebenarnya dah lama nak masukkan kedai ni dalam list Tempat Makan Best Di Kulim ni tapi bila sampai di situ ja, mesti tak sempat nak snap gambar or tak teringat nak snap gambar pun sebab dah excited sangat nak makan. Lokasi yang dimaksudkan adalah Nasi Ayam Bonda @ Sungai Ular, Kulim.

Tuesday, November 3, 2020

Chalet Istana Sangkut "Enam Jahanam" Di Kuala Krai | Chill & Enjoy Tepi Sungai!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Sorry yer agak lama kami tak update post baru kat sini. Recently kami berdua sedikit sibuk dengan kerja fulltime kami sampai tak sempat nak menjengah ke sini. Sekarang dah ada ruang boleh lah tulis sikit.

Kali ni nak share dengan korang satu tempat menarik yang baru last weekend sahaja kami pergi *dalam dok kata busy tu sempat jugak pergi berjalan kan..Oops.. Lokasi menarik yang kami maksudkan adalah Istana Sangkut di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan.