Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, October 16, 2023

Lokasi Staycation Best Perak | Luxury Glamping di Tingkat Valley, Ipoh

Hello & assalamualaikum Sunchasers | Pada kali ini kami akan berkongsi pengalaman kami glamping di Tingkat Valley, Ipoh. Lately ni kami agak sibuk, susah nak travel jauh-jauh, nasib baik lah last minit punya planning ke Ipoh menjadi. Betul-betul last minit ya, hari yang sama decide nak pergi dan terus tayar bergolek. Nak jadi rezeki kami ada kekosongan lagi di Tingkat Valley.

Lokasi | Korang mesti tak sangka yang lokasi Tingkat Valley ni actuaally di tengah-tengah bandar Meru, dekat dengan taman perumahan. Itu yang best tu, tak terpencil dan senang sangat nak cari. Kadang-kadang bila pergi nature retreat ni ramai yang ada anak kecil risau nak pergi takut ada gangguan sebab kebiasaannya lokasi retreat ni agak terpencil kan, well not for this one. Parking alhamdulillah senang jugak, ada kawasan lapang.





Glamping | Glamping ni maknanya korang berkhemah tapi dalam keadaan khemah yang lebih glamour! Tingkat Valley ni punya dekorasi khemah menepati tema glamping tu, cantik & simple dekorasi. Yang paling best ada aircond okayy, bukan kaleng-kaleng. Dalam khemah luas ada katil queen & ada ruang untuk solat. Disediakan juga berus gigi & air mineral. Untuk pemilihan khemah, ada yang untuk dua orang & ada yang untuk berempat. Lokasi khemah untuk 2 pax betul-betul berhadapan dengan sungai. Best tau, sambil baring dengar bunyi air mengalir. Pihak pengurusan ada sediakan juga siap2 peralatan bbq, meja lipat & kerusi lipat di setiap khemah, korang boleh je pasang depan khemah untuk chill sambil tengok sungai.









Facilities | Ini yang paling best dekat Tingkat Valley sebab korang boleh buat macam-macam aktiviti di sini tanpa perlu keluar. Secara keseluruhan tempat ni memang sangat instagrammable! Ada beberapa pondok yang dilengkapi dengan game dan hammock, boleh la korang rehat di situ. Ada surau juga untuk yang nak solat berjemaah, cantik sangat dekorasi, konsep rumah kampung. Di bahagian cafe, ada peti ais yang dipenuhi barang-barang perapan basah, korang boleh beli kat situ kalau nak bbq. Senang kan, tak payah bawak dari rumah. Since kami sampai agak lambat dan dah malam, kami order Grab je. Untuk yang ambil khemah untuk 2 pax, kena guna shared toilet. Tapi tak ada masalah, toilet sangat bersih & selesa. Siap ada kemudahan air panas. Kami difahamkan boleh karoeke juga di sini tetapi kami tak tanya lah pula. Sepanjang di Tingkat Valley, kami buat macam-macam aktiviti seperti main badminton, memanah, main board game & card game. Semuanya dah disediakan di sini. Satu lagi aktiviti wajib of course lah mandi sungai. 






Harga | Semasa staycation kami last September, harga khemah untuk 2 pax adalah RM220 termasuk breakfast. Bagi kami, rate ini sangat-sangat berbaloi dengan facilities yang disediakan. Kalau ada peluang next time, memang nak repeat lagi!

Setakat itu sahaja perkongsian dari kami. So far, pengalaman glamping kami di Perak semuanya sangat memuaskan. Sebelum ini di Gopen Glamping Park, kali ini di Tingkat Valley. Jumpa lagi!



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: