Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Wednesday, July 22, 2020

Hotel Tour #5 : Pengalaman Menginap Di Hotel Mewah Avani Sepang Goldcoast Resort!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Memandangkan Avani Sepang Goldcoast Resort sudah kembali menerima penginap, kami ingin berkongsi sedikitlah pengalaman kami menginap 2 Hari 1 Malam di hotel ini. Avani ni merupakan di antara hotel paling mahal lah yang pernah kami cuba, jadi kami punya expectation tu memang melambung tinggi lah. Haha. Lebih lebih lagi kami stay tu untuk meraikan anniversary perkahwinan kami yang pertama. Ok jom kita tour ini hotel!


Kami sampai agak tengahhari dan sementara menunggu untuk check in pada jam 3.00pm, kami makan lunch dahulu di Hai Sang Lou, salah sebuah restoran yang terdapat di Avani ni. Korang boleh baca review kami untuk restoran tu di sini Selepas makan, kami sempat menjengah kepala tengok diorang punya spa. Mampu jengah ja guys, tak mampu nak book. Haha.


'

Tiba waktu check in, kami pun pergi dapatkan kunci. Untung rezeki kami, pihak hotel telah upgrade bilik dari bilik biasa kepada bilik mereka yang baru sahaja siap renovation. Mereka mahu kami kongsikan interior baru ini dengan pembaca disini. Pada masa tu, kebanyakkan bilik masih lagi mengunakan design lama, tapi sekarang rasanya dah siap renovation semua bilik. Jom jemput masuk.











Kami stay di Superior Room yang terletak di bahagian trunk of the palm. Kan kalau tengok design Avani ni dari atas, ianya membentuk sebatang Palm tree atau pokok kelapa sawit, so bilik kami ni berada di bahagian batang. Kalau korang book Family Villa atau 2 Bedroom Villa, korang akan stay dekat bahagian palm dan paling mahal adalah bahagian tip palm dimana 3 Bedroom Villa berada. Memang dapat view terbaik kalau duduk sini.




Dari bilik kami untuk pergi ke bahagian tengah resort ni boleh pilih untuk jalan kaki (standby untuk berpeluh), naik basikal atau naik buggy. Its a huge area dan semuanya dibina di atas air laut di Pantai Bagan Lalang ni.


Waktu matahari terbenam memang terbaiklah, dapat tengok matahari dengan perlahan turun dan hilang di hujung ufuk. Waduhh, syoknya. Nak pergi tengok sekali lagi please. Malamnya, kami just stay inside dan layan movie. Kami diberitahu ada pertunjukkan api ditepi pantai. Tapi malangnya kami masing-masing agak penat, jadi kami just chill and rehat di bilik sahaja.




Esok paginya kami sarapan, seperti biasa, kesedapan Nasi Lemak di buffet breakfast ni wajib diuji. Selepas itu, kami terjun ke dalam swimming pool yang terletak betul-betul disebelah restoran kami breakfast tu. Lepas mandi, jalan-jalan pusing atas palm tu naik basikal jap dan dah puas hirup udara nyaman pagi ni, baru kami balik ke bilik untuk kemas barang. Pukul 12 check out, dan kami ada perjalanan yang masih panjang untuk pulang ke Kedah.






Pengalaman menginap di Avani Sepang Goldcoast Resort, walaupun hanya 2 hari 1 malam, tetap memahat kenangan yang sangat indah buat kami.. Sampai ke hari ini masih seronok bila bersembang bab Avani ni. Interior bilik hotel yang mewah, luas dan dihiasi pula dengan pemandangan laut Selat Melaka yang seluas mata memandang. Untuk seketika, terasa macam terasing sekejap dari dunia luar tatkala berada di resort 'terapung' ni.

Bilik yang atas tuu..Second floor~
Kalau ada bajet lebih sikit, inshaAllah kami datang lagi! Kami sertakan link website Avani kat bawah kalau korang nak terus pergi booking stay kat sana. You will have an amazing time for sure! Ok jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: