Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Tuesday, October 18, 2022

Apa Proses Untuk Masuk Seoul, Korea ? Update Terkini Oktober 2022!

Salam Autumn in My Heart dari Seoul, 18 Oct 2022. Alhamdulillah syukur atas rezeki dan nikmat Allah. Selepas hampir 3 tahun tak travel overseas, dapat jugak aku jejakkan kaki untuk kesekian kalinya ke Seoul, my favourite city yg tanpa segan silunya aku panggil ‘kampungku’.

This is my second trip after the Covid outbreak on Jan 2020. Last time travel time covid pun pegi Seoul jugak, Feb 2020. Tapi masa tu Covid cases kat sini baru berapa kerat je. Kalau tak silap aku masa tu tak ramai lagi manusia pakai facemask tapi untuk indoor wajib pakai sebab kalau tak pakai depa tak kasi masuk kedai. Dan untuk arrival & departure kat airport pun tak strict sangat.


Aku tak sure negara lain macam mana atau sama ke tak dengan procedure nak masuk South Korea. Korang boleh google je nanti ok. Untuk trip kali ni 16 Oct 2022, cara nak masuk sini tu sangatlah jauh berbeza dari sebelum ni. Antara benda yg korang kena setelkan sebelum berlepas adalah..

Make Sure Passport Tak Expired


Paling penting sebelum korang plan nak travel overseas, kena pastikan yang passport korang tu masih sah. Kalau dah expired, boleh la cepat-cepat pegi renew online jangan jadi macam aku. Caranya mudah je, korang boleh baca kat website myimms atau tengok tutorial kat youtube.
Passport akan siap dalam tempoh 3 hari bekerja dan korang boleh collect kat pejabat imigresen yg korang pilih semasa proses permohonan selepas dapat email notification. Sebab kalau tak dapat email lagi walaupun dah lepas 3 hari, korang kena queue sekali dengan orang yg walk in time tu.



Alhamdulillah sempat settle bab passport seminggu sebelum flight. Actually passport dah lama ready for pick up tapi busy sangat sampai dah nak fly baru chaos nak settlekan semua documents.

Book Ticket Flight

Trip kali ni takde pun dalam perancangan bajet 2022 aku, so segala persiapan adalah last minute. Masalah besar yg aku hadapi adalah aku book flight without realising yg passport aku dah expired. So ambil pengajaran dari kisah ini, check passport dulu sebelum book flight ticket.

Walaupun agak last minute jugak book flight – few weeks before departure, syukur jugak masa tu ada promo, so dapatlah return flight RM1200 je termasuk baggage. Ok lah kan? Sabahan dah biasa balik kampung tiket mahal macam ni. Huhuhu.

K-ETA

Literally bermaksud, Korean Electronic Travel Authorisation and it is NOT a visa. Untuk info lanjut boleh rujuk website depa. K-ETA ni wajib ada dan wajib approved sebelum flight korang ke Seoul. K-ETA ni diperlukan masa nak boarding kat Malaysian Airport. So kalau takde mende ni, korang tak boleh fly ye kawan-kawan. Approval biasanya ambil masa up to 72 hours (3 hari). So maknanya korang kena settle awal, better apply immediately after dah book flight. Jangan jadi macam aku, apply K-ETA ni a week before fly. Syukur sangat-sangat sempat jugak approved.

Caranya tak susah, pretty straightforward tapi kena berhati-hati masa nak key in data dan pastikan semak sebelum submit segala details anda. Sebab every details will be subjected to approval. K-ETA ni tak free, kena bayar 10,000krw tak termasuk tax/other additional charges.


So macam ni lah rupa email tu. Pastikan korang enter valid email jugak sebab segala communication berkenaan status permohonan adalah melalui email yg korang enter in the system. Just in case, print je K-ETA ni, simpan satu copy & selit kat passport korang as a backup kalau-kalau phone korang hilang atau phone takde battery ke. We never know.

Q-Code

Yg ni basically macam our MySejahtera sikit – kita just update whether ada symptom covid ke tak. Pretty straightforward jugak tapi hanya boleh key in data 3 hari sebelum bertolak ke Korea. Follow je step by step and at the end of it, kita akan dapat Q-code generated based on our data.

Actually kalau tak buat pun boleh je declare on paper bila dah sampai kat Incheon, kat dalam flight pun flight attendant ada kasi form kuning dan korang boleh isi. Tapi.. take time la sikit. So kalau korang nak fast track, buat je Q-code ni dan scan je checkpoint Q-code macam scan MySejahtera.


PCR Test (Pre and Post arrival)

Effective 1st October 2022, PCR test dah tak diperlukan so Alhamdulillah. Hidung aku masih virgin lagi dari kena swab. Haha. Ada hikmahnya aku kena postpone trip, so dapatlah elakkan PCR sekaligus jimat duit boleh shop lebih sikit kat Myeongdong.

Ni lah tempat PCR post arrival sebelum ni



Procedure Bertolak Dari Malaysia

Procedure masih macam biasa. Tapi bezanya berbanding flight AirAsia yg aku naik sebelum ni, sekarang dah boleh guna faces. So dengan adanya FACES ni korang boleh speed up proceed. Tapi kalau nk guna traditional check in and baggage drop pun takde masalah.

Macam aku mention tadi, kena tunjuk K-ETA semasa boarding dan tunggu calling untuk board. Aku ambil flight malam, so that boleh tidur je sepanjang flight dan sampai pagi esok boleh terus explore the city. Turned out, aku tidur 3 jam je sebab tak selesa dan asyik terjaga orang dok keluar toilet (sebab aku duduk 2 langkah dari toilet).

Sebelum korang tanya pasal seat ni boleh recline ke tak – jawapannya, ya


Procedure Setibanya di Incheon Airport

Flight sampai around syuruk time, so cepat-cepat turun kapal. Qada je kat tepian antara boarding gate – cari tempat bersih dan bukan di laluan orang ramai. Sebb kalau nak tunggu semua process selesai akan ambil masa jugak.

Procedure macam biasa – bezanya sebelum ni dekat quarantine (health checkpoint) tu ada camera pengesahan suhu je sekarang kita kena scan Q-code atau present form kuning. Untuk Q-code aku dah terangkan tadi, sangat-sangat mudah. Tapi untuk on paper, aku tak sure procedure macam mana.

Then korang kena naik train untuk transfer ke main building. Lepas tu immigration check – kat sini pun sama jugak. Tak perlu present any document pun. Just isi arrival card yang flight attendant bagi kat dalam penerbangan tadi. Pastikan diisi dengan lengkap ye kawan-kawan. Especially bahagian pekerjaan dan alamat tempat korang stay kat Korea. Mostly aku tengok orang yang kena secondary check ada masalah kat 2 bahagian dalam arrival card ni.

Lepas dah settle immigration, boleh la collect baggage, lalu kat customs, collect wifi atau sim card yang korang dah book kat klook.. By the way, kalau korang takde account klook lagi sudi lah anda sign up guna refferal code saya di sini >> sign up klook

Selain book wifi router, korang boleh book macam-macam lagi kat klook ni. Kalau korang nak my personal recommendation, boleh PM tepi atau komen di bawah.

Ok. Sampai di sini saja perkongsian kali ini. Baru nak mulakan hari kedua. Semalam takde apa sangat sebab aku just jalan-jalan lepaskan rindu dengan Seoul. In shaa Allah aku akan share benda yang menarik aku jumpa dan buat kat sini ye. Till next time.

Stay safe. Byee~Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022Syarat Masuk Korea 2022
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: