Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, October 31, 2019

Nikmati Kopi Premium di Harley's Burgers & Roasters!
Assalamualaikum Readers | Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dan sentiasa dalam lindunganNya.



Mengidam nak minum kopi premium? Mengimpikan pencuci mulut yang serba mewah? Pada hari Ahad yang lepas, saya dan beberapa lagi sahabat mendapat permintaan untuk membuat satu review di restoran yang terletak di Cyberjaya. Restoran ini bernama Harley's Burgers and Roasters. Di restoran ini, terdapat beberapa menu utama seperti burger daging, burger ayam, ayam goreng jeluk dan beberapa lagi menu utama yang lain. Tak sangka pula, di sini juga terdapat hidangan kopi premium segar dan juga beberapa pencuci mulut khususnya kek yang sangat sedap. 

Friday, October 18, 2019

4 Restoran Halal Perlu Cuba Di Seoul, Korea.
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dua minggu yang lepas saya telah ke Korea Selatan atas urusan kerja. Ini merupakan kali kedua saya ke sana atas urusan yang sama. Tahun lepas saya datang sewaktu musim panas, tahun ini pula datang pada awal musim luruh. Harapnya tahun depan pergi musim sejuk pula lah. Hehe. Tahun lepas saya turun di Busan dahulu selama dua hari sebelum berangkat ke Seoul menaiki train dari Busan. Disebabkan kurang research dan kurang persediaan, trip saya tahun lepas memang agak kelam kabut sedikit. Jadi mengambil iktibar dari trip tahun lepas, Alhamdulillah trip kali ini lebih teratur. Sempat juga singgah beberapa tarikan utama di Seoul selepas selesai urusan kerja.

Untuk entri kali ini saya akan berkongsi dengan korang tentang restoran makanan halal yang sempat saya kunjungi sepanjang berada di sana. Disebabkan jadual kerja yang padat, bukan sepanjang 6 hari di sana tu saya sempat keluar makan, ada hari yang makan di bilik sahaja. Ini adalah 4 restoran Halal yang sempat saya kunjungi sepanjang di Seoul. Harap dapat membantu para travelers yang sebelum ini rasa sukar untuk temukan restoran makanan Korea Halal di Seoul.

Wednesday, October 9, 2019

MyKori Dessert Cafe Kulim: Lokasi Wajib Datang Penggemar Dessert!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang pernah dengar tak tentang MyKori? Sebelum ni saya pernah  dengar tentang dessert cafe ni sebab baru baru ni MyKori ada buka cawangan terbaru  di Sungai Petani. Dari apa yang saya tengok sambutannya memang hebat. Dengar kata kena beratur sampai ke luar kedai! Saya ni jenis yang tak berapa gigih untuk beratur panjang semata mata untuk makanan, jadi, awalnya memang tak ambik port langsung tentang MyKori ni (Ya saya tahu sangatlah ironik seorang yang nak jadi food blogger tapi tak mampu nak beratur untuk 'food').
Haritu masa kami dalam perjalanan nak beli barang di Giant Kulim, sambil dok borak dengan Hana, terkeluar pula topik MyKori ni. Nak dijadikan cerita rupa-rupanya di Kulim juga ada cawangan MyKori! dan lokasinya betul-betul bertentangan dengan Giant Kulim.

Friday, October 4, 2019