Salam Sunchasers Sekalian | Diharap korang semua dalam keadaan sihat walafiat okay?Amiinn. Baiklah, untuk entri kali ini saya akan bercerita mengenai pengalaman saya sewaktu bercuti di Lost World of Tambun selama dua hari satu malam. Alhamdulillah saya bersama dua orang lagi sahabat media telah dijemput dan diberi kesempatan untuk mencuba sendiri aktiviti dan permainan yang ada di sini. Sudah semestinya ada pelbagai hidangan aktiviti dan permainan di Taman Tema Lost World of Tambun ini yang tidak mahu saya dan pasukan lepaskan.
Apa yang lebih mengujakan ialah ini adalah kali pertama Lost World of Tambun memilih untuk bekerjasama dengan dua buah lagi gergasi permainan terkemuka dunia iaitu `Hot Wheels’ dan juga `Barbie’! Haa, jangan silap perhitungan, pameran `Hot Wheels’ dan juga `Barbie’ ini bakal berlangsung dari 23 November 2019 sehingga 31 Disember 2019 sahaja. Memang mereka tumpu untuk aktiviti sewaktu cuti sekolah lah kan? Para kanak-kanak dan muda remaja mesti ternanti-nanti akan pameran dan permainan berjenama antarabangsa ini. Jadi, apa tunggu lagi?Rugilah tak serbu wey..hahaha