Jom Bercuti Bersama KOPETRO!

Wednesday, December 23, 2020

PRAC Menemani HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang ada baca entri sebelum-sebelum ni korang mungkin dah tahu lah yang kenderaan untuk roadtrip kami tahun ini telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car Sdn. Berhad atau lebih dikenali sebagai PRAC. Kereta yang kami pilih adalah Toyota Camry. Memang pilihan yang tepat dan roadtrip kami yang jauh selama 3 hari tu tak terasa jauh la senang kata. Ok, meh nak share sikit tentang PRAC ni dan macam mana cara korang nak sewa kereta dengan PRAC.


PRAC telah ditubuhkan sejak tahun 1985 lagi, haaa lama dah tu kan and kalau korang yang selalu menyewa kereta di airport, kami rasa sudah pasti korang pernah nampak kaunter PRAC ataupun mungkin juga korang sendiri pun pernah guna service sewa kereta dari PRAC. Pendek kata, harini, PRAC telah berada di banyak lapangan terbang utama di Malaysia. Kat bawah ni adalah senarai lokasi utama PRAC

PRAC menyediakan variasi pilihan kereta sewa yang sangat banyak, bermula dari kereta dalam kategori Ekonomi sehinggalah ke MPV Mewah. Terpulang kepada koranglah untuk pilih kereta apa yang nak disewa berdasarkan keperluan masing masing ya. You name it, they have it. Paling best sebab PRAC berikan harga yang sangat menarik untuk kereta sewa mereka. Untuk tengok senarai kereta sewa yang PRAC sediakan korang boleh terus tengok di sini - Senarai Kereta PRAC


Untuk membuat tempahan sewa pula, ada beberapa channel yang korang boleh gunakan. Pertama sekali korang boleh terus call di talian ini +603-22874118/19. Korang boleh jugak email terus di reservation@iprac.com , kongsikan maklumat seperti tarikh, waktu dan lokasi pick up korang , nanti wakil dari PRAC akan balas Email tersebut dan advise korang untuk process selanjutnya. Cara yang seterusnya adalah booking melalu laman web diorang lah - Laman Web Rasmi PRAC , pilih kereta yang korang berkenan, pilih tarikh , waktu dan pick up point, settle. Kami haritu booking mengunakan email dan berdasarkan pengalaman kami, prosessnya sangat mudah, cepat dan teratur


Berita baik untuk korang yang nak sewa kereta dengan PRAC! Kami ada promo code yang korang boleh gunakan untuk mendapatkan 10%  discount. Mana mana channel yang korang gunakan untuk book tu, make sure korang mention this promo code ok untuk dapatkan discount yang kami sebutkan tadi, promo code nya adalah "TCSXPRAC", mudah saja kann! haha. So make sure korang guna tau promo code tu. Ianya cuma valid sehingga bulan March 2021 sahaja ok! Itu saja untuk entri ni, Assalamualaikum!  #PRACMalaysia #CarRental #RentACar


Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: