Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, October 19, 2025

Masuk Thailand Melalui Betong: Pengalaman & Info Penting Buat Pemandu Malaysia
Assalam & Hello Sunchasers | Kalau anda nak masuk Thailand melalui Betong, Hulu Perak, ada satu perkara wajib yang perlu diselesaikan sebelum lintas sempadan — insurans kenderaan Thailand. Saya dan Farhana sendiri dah beberapa kali masuk ke sana, dan urusan insurans ni antara benda paling penting yang kami akan buat sebelum apa-apa. Ia bukan sekadar formaliti, tapi betul-betul membantu kalau berlaku apa-apa ketika memandu di Thailand.





Selalunya kami uruskan insurans ni di satu tempat yang memang dah biasa kami pergi — Maizal Insurance (019-482 2580). Servisnya mudah, penerangan jelas, dan prosesnya tak ambil masa lama. Owner sendiri memang jenis yang suka explain satu-satu tentang dokumen dan hak pengguna, jadi kita faham apa yang kita beli. Tak ada rasa macam buat benda membuta tuli, dan itu yang saya hargai.


Baru-baru ni juga saya dapat tahu Maizal Insurance dah tambah servis parking dan pengangkutan ke sempadan. Bagi yang tak nak drive terus ke Thailand, boleh parking kereta dekat kawasan mereka — kadar RM10 semalam. Dari situ, mereka boleh hantar ke immigration Malaysia dan Betong dengan caj sekitar RM15, atau terus ke hotel di Betong dengan RM60 satu hala. Pilihan ni memang memudahkan ramai yang nak travel ringan atau rasa kurang yakin bawa kereta sendiri.


             

Menariknya, masa kami mula-mula datang dulu, kedai Maizal Insurance ni kecil saja dengan beberapa orang staf. Tapi sekarang dah makin berkembang dan tersusun. Tengok cara mereka operate, memang nampak hasil daripada buat kerja dengan konsisten dan jaga pelanggan dengan baik. Tak hairanlah ramai yang datang semula bila nak ke Betong.

@farhana_anaa Nak masuk Thailand melalui Betong? 🇲🇾➡️🇹🇭 Kat mana nak buat Insurans & kat mana buat service parking kereta? Sini saya share agent insurance yang kami guna setiap kali travel — tak pernah mengecewakan! @MAIZAL INSURANCE SERVICES 👉 Maizal Insurance, Betong. ✅ Boleh buat insurans masuk Thailand ✅ Ada servis parking (RM10/malam) ✅ Ada penghantaran ke immigration (RM15 sehala) ✅ Kalau hantar ke hotel di Betong terus RM60 sehala ✅ Owner sendiri explain dengan sabar & jaga customer elok sangat Kalau nak ke Betong Thailand, save video ni dulu untuk rujukan sebelum travel ✨ #MaizalInsurance #InsuranceThailand #MasukBetong #BorderMalaysiaThailand #RoadtripMalaysia ♬ original sound - Chasing The Suns Travel Blog

Jadi, kalau anda tengah plan nak masuk Thailand ikut jalan darat, boleh pertimbangkan untuk buat insurans di Betong sebelum melintas. Tak kisah di mana pun anda pilih buat, yang penting pastikan semuanya sah dan lengkap. Dan kalau nak parking dulu sebelum cross border, sekarang dah ada opsyen yang lebih mudah — termasuk servis dari Maizal Insurance (0194822580)yang saya cerita tadi.






Saturday, August 30, 2025

Tempat Makan Halal & Hotel Best di Songkhla, Thailand!!
Tempat Rare Kat Thailand Yang Kami Baru Jumpa! 

Bulan Julai lepas, kami terjumpa satu hidden gem dekat Singhanakorn District, atas sikit daripada bandar Songkhla. Nama dia Firdous Hotel Cafe & Restaurant. Tempat ni baru je buka masa tu (lebih kurang sebulan), memang tak ada dalam booking.com atau Agoda lagi.


Lokasi dia memang 10/10 — betul-betul tepi pantai, boleh tengok sunrise depan mata. View memang cantik gila. Design resort dia pun very hipster vibes, cozy, and still peaceful sebab orang belum ramai tahu.

Makanan dekat sini… memang kena puji. Sedap betul. Staff pun super friendly. Dan yang paling best, bila duduk sini rasa macam semua penat kerja, stress, masalah hidup tu hilang sekejap. Tenang je. Angin pantai, bunyi ombak… memang tempat yang sesuai kalau nak wind down, reset minda, and just chill dengan family atau orang tersayang.


Masa kami pergi, bilik yang available baru 3 je, tapi mereka tengah buat tambahan lagi di belakang. So kalau nak try tempat baru yang rare, inilah dia. Confirm puas hati.

Location: Firdous Hotel Cafe & Restaurant
Untuk Booking : +66 97 995 9795











Location: Firdous Hotel Cafe & Restaurant
Untuk Booking : +66 97 995 9795

Sunday, December 15, 2024

Chula Beach Resort: Pengalaman Menginap Yang Takkan Dilupakan di Khanom Beach!
Assalam & Hello Sunchasers | Kalau korang tengah cari tempat nak lari dari stress kerja atau nak recharge bateri hidup, Chula Beach Resort kat Khanom Beach ni memang spot on! Baru-baru ni, kami sempat lepak kat sini, dan serius, pengalaman dia memang macam syurga dunia.




Bangun Tidur, Tengok Matahari Terbit
Bayangkan korang bangun pagi, tarik langsir bilik, terus nampak matahari terbit cantik gila. Pastu jalan kat pantai, pasir halus kat kaki, sambil dengar bunyi ombak – perasaan dia chef’s kiss! Lokasi dia betul-betul tepi pantai, memang sesuai untuk korang yang nak percutian ala-ala drama Korea tapi versi Malaysia-friendly.





Bilik Kat Chula Beach Resort
Cakap pasal bilik kat sini, memang tip-top! Korang ada pilihan bilik dengan pemandangan laut atau taman – dua-dua cantik, so pilih je ikut mood. Bilik dia luas dan bersih, siap ada balkoni untuk korang lepak sambil hirup udara segar. Katil dia empuk gila, sekali baring confirm taknak bangun. Kalau korang jenis yang suka update IG story, lighting dalam bilik ni memang on point untuk selfie. Oh, dan jangan lupa, ada Wi-Fi laju – kalau nak buat Netflix marathon pun boleh.






Perjalanan Tak Bosan ke Khanom Beach
Dari Hatyai ke Khanom, drive dia lebih kurang 4-5 jam. Tapi, korang jangan risau, jalan dia bukan boring. Sepanjang jalan, korang akan jumpa pemandangan yang buat korang rasa macam nak buat vlog travel terus. Kalau korang ada pasang lagu road trip playlist, confirm feeling dia on point!



Bab Makan? Jangan Risau!
Untuk korang yang cari makanan halal, Khanom ni tak menghampakan. Banyak kedai makanan halal dengan pilihan menu yang confirm buat korang lupa pasal diet (kejap je, takpe kan?). Korang boleh try makanan tempatan sambil layan suasana pantai – double combo yang padu!

Aktiviti Best Kat Khanom Beach!

Selain lepak kat pantai, korang boleh:
1. Cari Dolphin Pink – Yup, lumba-lumba merah jambu ni memang wujud. Jangan lupa kamera, sebab selfie dengan dolphin pink ni must-have!
2. Island Hopping – Pulau-pulau kat sini memang cantik. Air laut dia jernih, korang rasa nak mandi terus.
3. Sukan Air – Kayak, snorkeling, atau sekadar main ombak, semua ada. Tapi jangan lupa pakai sunscreen, takut balik terus glow macam lobster.

Kenapa Korang Patut Pilih Chula Beach Resort?

1. Lokasi Padu: Betul-betul tepi pantai, bangun tidur terus rasa macam cuti forever.
2. Suasana Chill: Jauh dari bising bandar, sesuai untuk korang nak ‘detox’ kepala.
3. Fasiliti Terbaik: Bilik dia selesa gila, dengan pemandangan laut yang buat korang rasa macam VIP.






Macam Mana Nak Sampai ke Khanom Beach?
1. Drive Sendiri: Kalau korang suka freedom, ni cara terbaik.
2. Pengangkutan Awam: Naik bas atau van dari Hatyai ke Khanom pun boleh.
3. Penerbangan: Terbang ke Surat Thani, lepas tu naik teksi atau kereta sewa ke sini.


Chula Beach Resort kat Khanom Beach ni memang destinasi wajib untuk korang yang nak chill, nikmati pemandangan cantik, dan lari kejap dari dunia realiti. Lepas ni, masukkan Khanom Beach dalam bucket list korang okay? Jangan lupa share gambar kat Instagram – buat kami jeles sikit!

Tryyy tauuu! Assalamualaikum! Jomm tengok sikit video highlights!

@farhana_anaa 🌅 Chula Beach Resort: Pengalaman Menginap Yang Takkan Dilupakan! 🏖️ Baru-baru ni, kami berpeluang menikmati satu pengalaman yang sangat menenangkan di Chula Beach Resort, Khanom. 😍🌊 Bayangkan… bangun pagi sambil tengok matahari terbit di depan mata, pasir halus di kaki, dan bunyi ombak yang tenang mengiringi setiap langkah. 🌅 🚗 Dari Hatyai ke Khanom lebih kurang 4-5 jam drive, tapi jangan risau, pemandangan sepanjang jalan memang menakjubkan! Banyak peluang untuk menikmati keindahan alam. 🍽️ Nak cari makanan halal pun tak susah di sini. Banyak kedai makanan halal di sekitar kawasan Khanom, so tiada masalah bab makan. 📍 Lokasi betul-betul tepi pantai – sangat tenang, jauh dari kesibukan. Kalau anda tengah cari getaway yang peaceful, memang ini tempat yang perfect. ✨ Serius highly recommend Chula Beach Resort! 🏝️ #BeachVibes #KhanomBeach #ChulaBeachResort #RelaxAndUnwind #TravelDiaries #SunriseGoals #naturelovers ♬ original sound - Chasing The Suns Travel Blog

Saturday, July 27, 2024

Musafir ke Tanah Suci: Catatan Umrah

Boleh click Listen On Browser sambil baca Musafir ke Tanah Suci: Catatan Umrah,



Assalamualaikum,

26 Julai 2024 berangkat pulang ke Malaysia dengan hati yang sangat berat & sayu untuk meninggalkan bumi penuh barakah , Mekah & Madinah. I leave a piece of my heart here. Perjalanan 2 minggu yang penuh dengan kasih sayang Allah. Terima kasih ya Allah. Jemputlah aku kembali ke sini, Ya Rahman. 


Semuanya bermula tahun lepas, Allah detikkan jemputanNya perlahan lahan. Hana mula sebut-sebut teringin nak buat Umrah, dan sementara tu melalui Kak Gie, Allah kenalkan kami dengan Ustaz Nan (Husband Kak Gie), leader yang buat trip Umrah ni. At the same time ada juga kawan-kawan rapat yang offer reach out personally ajak join trip Umrah diorang. Sepertinya Dia sedang beri hints dan sedang membuka jalan. Tetapi, to be honest, masa tu sejujurnya di lubuk hati ni rasa belum layak untuk jejakkan kaki di rumah Allah. Rasa banyak dosa, rasa tak cukup ilmu, rasa takut pun ada terdetik juga, yelah kita tahu dosa & aib kita.

Tuesday, May 21, 2024

Oh No! Hana Kena Heat Rashes di BANGKOK!!


Assalamualaikum & Hello Sunchasers! | Lama saya tak post dekat sini! Nak cerita dengan korang pengalaman saya kena heat rashes last week secara tiba tiba selepas balik dari travel di Bangkok. It was a scary experience for me sebabnya muka saya jadi penuh berbintik macam tu in just a few hours!

Memang panik lah lebih2 lagi bintik tu berisi macam whitehead tu tau. I contacted my Doctor friend and was informed yang this could be heat rashes. So saya pun study lah sikit tentang heat rashes ni ataupun dikenali juga sebagai prickly heat. Saya terbaca yang I need to cool down my face.

So saya basuh muka dengan air ais Cuckoo and pakai soothing gel Herbalife dekat muka. Tak pakai apa2 yg lain cuma ulang letak soothing gel Herbalife je dekat muka everytime lepas mandi dan ambil wudhu. Saya simpan soothing gel tu dalam peti nak bagi dia lagi sejuk.

Sebelum ni kalau ada apa2 masalah skin gatal2 atau jadi sensitif, memang saya selalu guna gel ni. This time around, I think it may work on this prickly heat rashes (please work please)Hari ke-2 muka masih berbintik but dah tak ada sangat isi whitehead di dalam tu. Dia just banyak bintik biasa yang tiada isi.

So saya continue lagi with the same routine for day 2 and look at my face on Day 3!!Rasa lega sangatt, nampak merah2 je sikit tapi bintik2 completely gone. I think I have found my holy grail for prickly heat rashes or sensitive skin. (Read: jangan jadi lagi please)


Kalau korang ada isu yg sama macam saya or ada masalah sensitive skin, please cuba this soothing gel ya. Kena ada standby satu di rumah in case jadi apa2, gatal2 ke, dan boleh buat as after sun gel juga.

Just contact saya, sebab saya memang pengedar sah Herbalife, the price is super affordableYou guys seriously need 1 of this at home. Kalau korang click link bawah ni terus ke Whatsapp saya dan saya assist untuk bantu korang dptkan Aloe gel ni okay!
@hanakimifithabits Terjadi dekat saya 3 hari yang lepas, semasa baru balik dari Bangkok🥲 Yang nk calm your skin, sangat recommended utk cuba Aloevera soothing gel Herbalife, dia meredakan redness, menghilangkan gatal dan sesuai dijadikan after sun gel. Disc: produk tidak bertujuan mendiagnos atau mengubati apa2 penyakit Link Aloe Gel di Bio yaaa #pricklyheat #ruampanas #bestaloeveragel #herbalife ♬ original sound - Coach Turun Berat On9



Klik link di bawah ni kalau nak beli Aloe Gel
https://wa.me/message/IP4GZSPJQAMMF1

Sunday, April 7, 2024

Patutkah Masukkan Curug Pelangi Dalam Itinerari Trip Bandung?

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Baru - baru ni di hujung Februari, kami telah terbang ke negara Sang Garuda, Indonesia. Lokasi kalini Jakarta & Bandung. Yes kami tahu, tripnya Februari, April baru nak tulis? Life happens. Alasan paling cliche kan. Anyway! Banyak perkara - perkara menarik yang nak kami kongsikan dengan korang tentang trip ini, tapi untuk posting ni just nak share pengalaman melawat Curug Pelangi di Bandung, dan nak menjawab persoalan korang Adakah Berbaloi Hiking Turun & Naik Curug Pelangi ni dan juga Patutkah Korang Masukkan Curug Pelangi ni di dalam itinerari trip Bandung Korang?

Lawatan kami ke Curug Pelangi ni berlaku pada awal pagi hari kedua. So, cuaca pun tak panas lagi, masih nyaman dan kami pun masih bertenaga! Ni tips pertama, Pergi Awal Pagi! Kenapa kena pergi awal? Sebab ada lebih kurang 1000 anak tangga pelbagai size yang korang perlu tempuhi total turun & naik. Lebih kurang 500 lebih anak tangga one way. So get ready okay! Kalau korang jenis yang berstamina tinggi, kami sangat2 sarankan untuk turun sampai bawah. Tapi kalau tidak ada tenaga, view dari atas pun lawa. Jom kami share.

Friday, January 12, 2024

Hotel Review : Yotaka Khanom Resort Thailand Hidden Gem Yang Viral | Berbaloi Kah?
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Ada tak yang pernah sampai ke daerah Khanom di Thailand? Khanom ni terletak di Nakhon Si Thammarat dan boleh dikatakan bandar pesisiran pantai. Kalau pergi ke Khanom Beach, korang boleh jumpa banyak sangat luxury & aesthatic resorts sepanjang jalan disebabkan view di area ini sangat superb and you can get both hillside & sea.


Kawasan perlancongan Khanom Beach ni sedang giat dibangunkan dan akan jadi seperti Krabi & Phuket tidak lama lagi! Sekarang masih tak ramai orang, masih lengang dan tenang, so memang keputusan yang tepatlah kami pergi haritu.

Kami memilih untuk stay di Resort Yotaka Khanom yang terletak di Khanom Beach. Resort ni pernah viral sebab reka bentuk serta layout dia sangat unik dan resort ni sejenis yang korang boleh terus terjun daripada pintu bilik sahaja ke dalam pool. Kalau korang pilih bilik Pool Access la ya. So jom kita review sikit , berdasarkan pengalaman kami di Yotaka Khanom hotel viral TikTok ini.

Lokasi 
Seperti yang kami sebutkan tadi, resort ni terletak di Khanom Beach, untuk ke sini korang boleh drive sahaja dari Malaysia terpulanglah nak ikut pintu mana. Kalau korang drive sendiri untuk ke sini, sila pastikan korang letak salah satu dari dua lokasi ni sebagai stop korang sebelum sampai ke Yotaka Khanom ni. 1. Viewpoint Sichon-Khanom Road ATAU Loma Cafe. Sumpah view lawa gila!

@farhana_anaa Korang dah sampai ke Nakhom Si Thammarat? Antara tempat yang famous di sini ialah Khanom Beach, boleh dikira sebagai tempat peranginan sebab banyak resort di kawasan ini. Cafe ni memang aesthatic sangat, tinggi di atas bukit. Boleh nampak Koh Samui, dekat dah dari sini. #nakhonsithammarat #khanombeach ♬ original sound - Chasing The Suns Travel Blog


10 minit dari lokasi tu , korang akan sampai lah ke resort EPIK Yotaka Khanom ni. Senang je nak cari, tepi jalan je. Parking space banyak & proper, no problem for those yang driving. Memang sebesar alam signboard dia tepi jalan tu. 

Review Bilik & Resort
Kami ambil bilik yang berharga RM595 per Night. Boleh dikatakan affordable untuk hotel yang berada dalam kategori luxury retreat, dapat direct access to the beach dan bilik yang dapat direct access ke kolam macam ni. Kalau di Malaysia ni, mungkin dah cecah seribu lebih satu malam.

Perkataan pertama yang keluar dari mulut kami berdua seusai masuk ja ke dalam bilik di Yotaka ni adalah "Wow" . Haa memang berbaloi perjalanan 7 jam dari Malaysia untuk ke sini ya. 

Vibe dalam bilik memang terasa mewah dan bilik yang kami dapat tu terbahagi kepada 5 sections, yang pertama ruang tempat tidur, kedua ruang letak barang dan powder room, ketiga ruang bath tub , keempat bilik mandi dan kelima balkoni dengan direct access ke kolam. So memang luas dan sangat selesa. Macam yang kami katalah hilang terus penat driving berjam jam. Semua makanan dalam bilik termasuk buah- buahan adalah complimentary. 

Salah satu tarikan utama Yotaka ni yang buatkan hotel ni sedang viral di Sosmed ialah dia punya balkoni di luar bilik yang boleh terus access ke pool. Memang sangat unik! Ada juga pintu bilik satu lagi yang korang boleh terjun terus ke dalam pool. Tak ada time limit nak mandi pool, malam-malam pun boleh, ada lampu biru di dalam kolam. Cuma yang mana ada anak kecil tu kena hati hati ya, takut diorang terjun tanpa anda perasan. 

Sunday, December 10, 2023

Kereta Sewa Kuching | Ikramtransports : Recommended Dan Senang Berurusan!
Kereta Sewa Kuching 2024 - Kalau bercuti ke Sarawak, lokasi utama tarikan pelancong adalah semestinya Kuching, Sarawak. Kebiasaannya, pelancong akan mencari dan menggunakan kereta sewa untuk ke destinasi percutian mereka. Ini kerana, untuk memudahkan para pelancong untuk kesesuatu tempat.


Di Kuching, Sarawak, antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa adalah Ikramtransports. Ikramtransports sangat disyorkan dan memudahkan urusan pelanggan yang ingin menyewa kereta. Kereta Sewa Ikramtransports kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan kereta sewa bertaraf 5 bintang dengan harga yang berpatutan.


Ikramtransports menyediakan Perkhidmatan Sewa Kereta Di Kuching Sarawak Kuching Car Rental untuk individu atau korporat dan juga menerima bayaran secara Cash, Online Transfer dan Local Order. Syarikat ini juga ada perkhidmatan menyewa seperti Bas, Coaster, Van, kenderaan VIP dan kenderaan yang mampu milik juga di sediakan oleh Kereta Sewa Ikramtransports Kuching Car Rental

Dengan sistem tempahan online yang cekap dan pantas akan lebih memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan Kereta Sewa di Kuching Sarawak. Hingga Ke hari ini, Respon yang diberi pun boleh tahan cepat. Itu berdasarkan pengalaman saya berWhatsapp dengan mereka. Kalau rasa tak nak berWhatsapp, boleh call mereka terus.


Paling menarik, kalau korang turun di Airport Kuching, pihak Ikramtransports sediakan perkhidmatan pickup dan hantar kereta secara percuma.

Selain itu, permintaan pelanggan seperti baby seat dan phone holder akan dibagi secara percuma oleh Ikramtransports tanpa mengenakan bayaran sepanjang penyewaan kereta sewa.


Kereta Sewa Ikramtransports mempunyai pengalaman selama lebih dari 10 tahun dalam meniaga kereta sewa. Perkhidmatan dengan layanan mesra dan cemerlang dari kakitangan Ikramtransports untuk memastikan perjalanan dan urusan pelanggan berjalan lancar.

Jaminan kenderaan yang di sediakan oleh kereta sewa IIkramtransports juga dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Anda kini boleh menikmati Kereta Sewa Murah di Kuching dengan harga yang berpatutan dan tiada kos tersembunyi.



Jangan risau Kereta Sewa Ikramtransports amat dipercayai kerana Syarikat mereka berdaftar di bawah Syarikat BumiPutera. Pejabat Kereta Sewa Ikramtransports mereka terletak berdekatan dengan Airport Kuching.
@ikramtransports Replying to @Magdeline Salap Office kami berdekatan dengan Kuching International Airport, kereta kami akan hantar ke Kuching International Aiport secara percuma ❤️ #keretasewakuching #carrentalkuching #keretasewakuchingsarawak #vansewakuching #kuchingsarawak #ikramtransports ♬ original sound - Ikramtransports



Untuk menyakin para penyewa yang ingin sewa kereta, boleh juga tengok Reviews Google yang direview oleh customers kereta sewa Ikramtransports yang pernah menyewa kereta sewa Ikramtransports.







Jika anda berminat untuk membuat sewaan, boleh terus ke website Ikramtransportsdi link di bawah! Atau terus hubungi mereka di maklumat berikut!

https://ikramtransports.com/


Email : ikramtransports.official@gmail.com

Phone: 019 985 3904

Address: 1st floor, Sublot 4, Lot 1522, Block 17 KCLD, Lorong Lapangan Terbang 5J5, 93250 Kuching, Sarawak

Tuesday, December 5, 2023

Cara Mudah Ke Betong, Thailand: Panduan & Tips Ringkas Masuk Melalui Pengkalan Hulu

Assalamualaikum & Hello Sunchasers! Pada entry kali ini kami akan berkongsi tentang pengalaman kami masuk ke Betong, Thailand dengan menaiki kereta. Kalau yang teringin nak masuk Thailand melalui Betong ni, haa korang akan dapat info yang berguna  Secara jujurnya, kami tak pernah tahu bahawa checkpoint untuk masuk ke sana adalah dari Pengkalan Hulu je, tak jauh la dari tempat kami di Lunas. Dalam sejam setengah perjalanan dah boleh sampai border, dekat banyak lah berbanding kalau nak ke Perlis. So yang mana menetap di area Kedah Selatan & Perak Utara, ada ni jalan lain untuk kita masuk ke Thailand tauu!

Keputusan kami nak ke Betong ni very last minute, tanpa apa-apa persediaan sangat, kami bawak sahaja geran dan passport dan terus gerak. Mindset kami, kalau boleh masuk kita masuk kalau tak kita patah balik 😆 Kalau ada rezeki, dapatlah kami merasa pengalaman masuk Thailand melalui Pengkalan Hulu guna kereta ni.


Insurance Kenderaan


Insurance Thailand untuk kereta ni korang boleh buat dalam perjalanan sahaja. Bila dah masuk area Pengkalan Hulu, korang akan start nampak kedai-kedai insurans di tepi jalan. Since kami memang dah ada passport, pihak insurance hanya perlukan geran kereta sahaja. Bayaran adalah seperti berikut:

  • Whitecard : RM2 per person
  • Insurance : RM10 (kereta biasa) RM35 (SUV)
  • Borang TM2 & TM3 (2 copies each) : RM6

Kami dimaklumkan kalau yang tak ada passport tapi menggunakan I/C Kedah atau Perak, boleh buat border pass untuk masuk. In term of process, saya tak berapa arif, boleh cuba call no agen insurance tersebut ya 0194822580 MAIZAL 

BETONG - UPDATE TERKINI 2025

Jika owner ada dalam kenderaan, bawa geran asal sahaja dah cukup. Jika tiada geran asal, copy boleh diterima tapi perlu cop pengesahan di balai polis. Kalau owner kenderaan tiada, perlu ada surat authorisation daripada owner. 

Proses masuk


Lepas buat insurance korang terus ke Betong Checkpoint bahagian inigresen Malaysia. Drive through sahaja dan bagi passport semua penumpang kepada officer yang jaga. 

Setelah cop passport, naik kereta dan drive ke imigresen Thailand. Park kereta dan semua penumpang perlu turun dan cop passport. Drive ke satu entrance lagi, di situ hanya owner sahaja perlu turun bawa Borang & dokumen kereta. 

Di imigresen Thailand & tempat pengesahan dokumen kereta ni, korang bawak duit ringgit ye. Ada mereka minta RM2 & RM3. 

Dah settle semua ni, korang pun dah boleh masuk Thailand dengan senang hati! Nak tahu apa tempat best yang kami lawati semasa trip pendek kami ni? Haaa nantikan next posting okay!! Harap perkongsian ringkas ni membantu la korang dalam process nak masuk Betong Thailand ni guna kereta sendiri yaa! Assalamualaikum!