Boleh click Listen On Browser sambil baca Musafir ke Tanah Suci: Catatan Umrah,
Assalamualaikum,
26 Julai 2024 berangkat pulang ke Malaysia dengan hati yang sangat berat & sayu untuk meninggalkan bumi penuh barakah , Mekah & Madinah. I leave a piece of my heart here. Perjalanan 2 minggu yang penuh dengan kasih sayang Allah. Terima kasih ya Allah. Jemputlah aku kembali ke sini, Ya Rahman.
Semuanya bermula tahun lepas, Allah detikkan jemputanNya perlahan lahan. Hana mula sebut-sebut teringin nak buat Umrah, dan sementara tu melalui Kak Gie, Allah kenalkan kami dengan Ustaz Nan (Husband Kak Gie), leader yang buat trip Umrah ni. At the same time ada juga kawan-kawan rapat yang offer reach out personally ajak join trip Umrah diorang. Sepertinya Dia sedang beri hints dan sedang membuka jalan. Tetapi, to be honest, masa tu sejujurnya di lubuk hati ni rasa belum layak untuk jejakkan kaki di rumah Allah. Rasa banyak dosa, rasa tak cukup ilmu, rasa takut pun ada terdetik juga, yelah kita tahu dosa & aib kita.
Tapi sesungguhnya jemputan Allah yang Maha Esa, tiada satu kuasa pun yang mampu halang, termasuk lah diri sendiri. Maka dipermudahkan urusan kami booking untuk join trip Umrah bawah rombongan Ustaz Nan bersama dengan BahrulMazi Travel Tours.
Walaupun dah selesai booking hati ni tetap rasa belum layak. Bila reflect balik kegusaran hati pada masa tu, ada chance nak cancel last minute tau, mujur Allah kuatkan tekad, sebab jika tidak, pasti tak merasa saya pengalaman bermusafir yang terindah ini.
Hari demi hari berlalu makin hampir dengan Julai, di social media mula keluar video-video, dan posting-posting tentang keindahan Mekah & Madinah. Di tambah pula bila ada rakan-rakan yang dijemput Allah untuk kerjakan Haji tahun ni, hati mula rasa sayu dan sebelum ni rasa tidak layak untuk ke Haramain mula diganti dengan rasa syukur yang teramat dan mula berbunga bunga hati menanti giliran kami.
Laju ja masa berlalu tiba-tiba dah sampai pun minggu flight kami, Alhamdulillah dari awal Allah dah bagi petunjuk, flight kami diawalkan sehari. Sepertinya Allah nak kami lekas tiba dan menjadi tetamu Nya. Tanggal 15 Julai pun tiba, flight kami dari KLIA akan turun di Madinah. Semua perkara dipermudahkan, check in yang sepatutnya jam 11pm , dibolehkan buat jam 7pm.
Dalam flight pula cuma ada 60+ jemaah. Kami dimaklumkan, kami adalah rombongan Umrah pertama selepas selesai musim haji tempoh hari. Jadi flight yang kami naik tu actually ferry flight nak bawa balik Jemaah Haji. Rasa macam VIP. First in my life naik flight sekosong ini. Flight kami berangkat 3:00am 16 Julai 2024. Dengan ini, segala urusan kerja dan segala hal yang ada di Malaysia , kami tinggalkan sebentar untuk memenuhi jemputan Agung yang Satu ini.
Alhamdulillah flight selamat mendarat di Prince Mohammed Bin Abdulaziz International Airport, Madinah. Airport kelihatan kosong, process di Imigresen dan ambil luggage tak sampai 30 minit seingat saya. Boleh tengok gambar bawah ni untuk dapat gambaran betapa kosongnya Airport waktu ni, Alhamdulillah dipermudahkan sekali lagi.
Rasa sebak membuak buak dan masih cuba proses bahawasanya kami sekarang berada di negeri Nabi Muhammad S.W.T. Tanah yang menjadi saksi pengorbanan Baginda dalam menyebarkan & menegakkan syiar Islam yang mana nikmatnya sedang kita semua nikmati harini.
Memandangkan hari masih awal dan hotel belum sedia , kami dibawa ke lokasi pertama iaitu tempat berlakunya Perang Badar & tanah perkuburan para shuhada Perang Badar. Lupa nak mention tadi, rombongan diketuai Mutawif berpengalaman dari Bahrulmazi, Ustaz Hamim, sangat chill dan cool orangnya.
Perjalanan ke Badar mengambil masa kurang lebih satu jam. Muka bumi sepanjang jalan dari Madinah ke Badar dihiasi dengan gunung ganang dan bukit bukau di selangi dengan lembah-lembah berbatu batu.
Selesai melawat lokasi perang & perkuburan Badar, kami solat sebentar di Masjid Areesh sekitar Badar juga dan seterusnya menuju ke hotel. Hotel yg kami dapat adalah Hotel Dar Al Naeem, dekat ja dengan Masjid Nabawi, around 7 minutes ja jalan kaki.
Masa atas bas, kitorang lalu tepi Masjid Nabawi, ya Allah rasa excited dan kagum tengok kecantikkan Masjid Nabawi. Rasa tak sabar nak turun dan cepat-cepat masuk ke masjid.
Selesai urusan check in, tangkas ja kami siap untuk terus ke Masjid. Sepanjang jalan ke Masjid Nabawi tu dari kejauhan dah boleh nampak tau kemegahan dan kecantikkan masjid kesayangan Nabi ni. Di sambut dengan pemandangan Merpati berterbangan di dataran berhadapan masjid, ralik ja tengok semua ni.
Masa atas bas, kitorang lalu tepi Masjid Nabawi, ya Allah rasa excited dan kagum tengok kecantikkan Masjid Nabawi. Rasa tak sabar nak turun dan cepat-cepat masuk ke masjid.
Sesampai di pagar masuk Masjid Nabawi (Gate 334) , melangkah masuk kedalam, first thing hati ni rasa adalah 'Ya Allah, I'm here, I'm Home '. Rasa seperti pulang ke rumah yang tak asing, rumah yang dah terlalu lama diri tinggalkan, rasa tenang yang tak tergambar.
Bermula detik tu, bertapak lah kami di bumi Madinah untuk seminggu, teringat ucapan salah sorang rakan baik saya , 'Selamat berpesta Ibadah'. Sesungguhnya itulah yang berlaku. Sepanjang seminggu, Alhamdulillah merasa banyak perkara yang di hati ni tahu sangat, itu adalah Allah nak tunjuk kasih sayangnya pada hamba dia yang serba serbi kurang ni.
Sepanjang di Madinah, kami turut dibawa ziarah beberapa lokasi istimewa dalam sejarah perkembangan Islam di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah:
Masuk ke Kota Mekah, boleh dirasa kota ni lebih padat & lebih sibuk. Ye lah berjuta juta umat Islam datang pada setiap masa. Ustaz kata, setiap satu dari berjuta tu akan dapat layanan yang berbeza beza dari Tuan Rumah.
Allah S.W.T sebagai Tuan Rumah akan jaga setiap satu dari tetamuNya. Mutawif & Ustaz cuma membantu permudahkan urusan, utamanya yang akan menghadiahkan apa juga rezeki dan pengalaman sepanjang di Rumah Allah ini adalah, Allah sendiri, jadi terima apa jua dengan hati yang redha dan berserah.
Setelah selesai urusan check in hotel (Azka Al Safa Hotel) dan makan malam kami berkumpul sekitar jam 11pm untuk sama-sama bergerak ke kompleks Masjidil Haram dan seterusnya menunaikan Ibadah Umrah. Dari luar terlihat megah bangunan dan binaan Masjidil Haram ni, ini belum lihat Kaabah lagi.
Kami bergerak berkumpulan masuk ke bahagian dalam Masjdil Haram untuk mulakan Rukun Umrah yang kedua iaitu Tawaf. Perlahan lahan kami masuk dan ternanti nanti detik melihat Kaabah buat kali pertama. Turun escalator dan pusing kiri, berjalan beberapa langkah selepas itu mula terlihat dah Kaabah yang tersergam indah di tengah-tengah Masjidil Haram.
Subhanallah sekali lagi perasan yang tak tergambar dengan kata-kata datang menghinggap, rasa kagum tengok seketul Kaabah gah di tengah tengah tu. Rasa meremang pun ada. Saat terlihat Kaabah terus berdoa minta diampunkan semua dosa yang lalu, itu pesan Ustaz.
Process Tawaf pun bermula, merintih pada Allah , mohon diampun dosa dosa yang lalu, melafazkan syukur atas segala nikmat dan juga segala apa yang ingin dicapai dalam hidup semua ini diselangi dengan zikir sepanjang berpusing keliling Kaabah 7 pusingan. Moga dengan berkat tempat paling Mustajab Doa ini Allah angkat doa-doa kami.
Tak dilupakan doa untuk kucup Hajarul Aswad, kali ni dapat lihat betapa ramai nya yang berjuang nak kucup Hajarul Aswad, macam agak mustahil nak join sama bertolak tolak sama, tapi hati sentiasa Yakin, Kalau Allah izin, pasti terjadi.
Selesai Tawaf, solat sunat dan seterusnya ke bukit Safa untuk Rukun seterusnya iaitu Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Alhamdulillah badan masih kuat dan bertenaga selesaikan Saie tanpa sebarang masalah. Selesai Saie, kami lengkapkan semuanya dengan Tahallul. Saya memang dah nekad nak licinkan kepala, tak pernah seumur hidup licinkan kepala, nak ambil fadhilat penuh Tahallul dengan licinkan kepala.
Hari hari di Mekah berlalu rasa cepat sangat, rasa macam tak cukup masa ni. Sekali sekali Mutawif bawa kami ziarah tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah, contohnya Bukit Hira yang mana dipuncaknya terletak Gua Hira tempat Nabi bermunajat kepada Allah dan bawa diri lari dari kesyirikkan warga-warga Mekah ketika itu. Dan juga tempat Nabi terima Wahyu yang Pertama. Betapa jauhnya Nabi bawa diri dan betapa tingginya Nabi mendaki nak cari ketenangan. Allahuakbar.
Kami turut dibawa ke Jabal Thur lokasi penting dalam peristiwa Hijrah Nabi. Selain dari tu, sempat juga kami dibawa melihat tempat Jemaah Haji melaksanakan ibadah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Waktu ni rasa respect sangat dekat para Jemaah Haji, sebab baru faham pengorbanan mereka. Pengorbanan Fizikal & Mental.
Walaupun terasa masa laju berlalu di Mekah , tapi bersyukur sebab rasa masa tu penuh dan padat. Allah selitkan insiden-insiden kecil untuk tunjuk yang Dia sayang dan Dia mendengar, banyaklah yang berlaku yang buat kami tersenyum sendiri sendiri dan terucap 'Terima Kasih Allah'.
Berat hati bila tahu dah tiba masa nak tinggalkan Mekah dan bergerak ke Taif untuk Ziarah yang terakhir sebelum berangkat pulang. Tapi itulah realitinya, jadi kita terima dengan redha dan doa supaya dijemput kembali ke Haramaian.
Dengan berakhirnya Ziarah ke Taif selama satu hari satu malam, maka berakhirlah sudah musafir terindah kami di bumi penuh barakah ini. Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupa selagi nyawa dikandung badan. Diri yang pada mulanya rasa belum layak untuk datang ke Tanah Suci Allah (Mekah & Madinah), akhirnya rasa seperti di rumah dan belum mahu pulang.
Saya coretkan ini disini adalah untuk ubati rindu di hati dan juga untuk berkongsi pengalaman dengan korang yang mungkin turut merindui Haramain & juga sebagai iktibar kepada korang yang mungkin sama seperti saya yang rasa belum layak untuk ke sana sebelum ni. Kalau ada jentikan di hati untuk ke Baitullah, jangan abaikan jentikan itu. Luahkan , sebutkan dan mulalah apa-apa langkah untuk realisasikan rasa di hati tersebut. Ustaz Nan sebut 'Allah tidak jemput yang mampu, Tapi Allah akan mampukan sesiapa sahaja yang dijemput-Nya'.
Doakan saya dan isteri mendapat rezeki dijemput Allah ke Tanah Suci sekali lagi. Dan saya doakan setiap satu dari korang yang membaca ni juga Allah jemput ke sana. Semoga Allah Makbulkan. InshaAllah Alhamdulillah. Assalamualaikum.
- Melawat sekitar Masjid Nabawi
- Ziarah Masjid Quba
- Bukit Uhud & lokasi perang Uhud
- Ziarah kuburan Keluarga & Sahabat Nabi di Perkuburan Jannatul Baqi
Di Bukit Uhud |
Di Masjid Quba |
Di Jannatul Baqi |
Selain tu ada juga melawat kebun Kurma dan ziarah tempat2 terkenal di sekitara Madinah. Dan selebihnya adalah masa untuk fokus beribadah. Diambil kesempatan ini sebaik mungkin untuk berdoa dan munajat kepada Allah. Merintih memohon keampunan dan memanjatkan syukur atas segala nikmat yang Allah dah beri dekat diri yang penuh dosa ni.
Setiap detik kat sini, feeling tu rasa sekejapan sebak yang teramat, dan sekejapan lagi rasa tersenyum gembira ja sebab rasa disayangi Allah & Nabi. Subhanallah tak terungkap dan tak boleh nak ditulis. Semoga semua yang membaca ni satu masa dapat fahami dan rasai apa yang saya maksudkan ni.
Banyak yang dipinta dan didoa sepanjang di sini, yang personal biarlah cuma Allah tahu, yang nak kongsi kat sini adalah, kerap saya berdoa minta di Mekah nanti untuk segala urusan di permudahkan & untuk saya dapat kucup Hajarul Aswad. Moga Allah makbul & permudahkan.
Selesai seminggu di Madinah, Alhamdulillah walaupun belum puas beribadah di sini, berat dan beban di hati terasa seperti hilang dan ringan.
Syukur dapat melawat Makam Nabi dengan mudah banyak kali, dapat solat Fardhu di dalam Raudhah dan dapat merasa solat Jumaat di Masjid Nabawi. Lancar & Mudah, itulah yang saya rasa dalam setiap urusan di Madinah ni. Ya Muhammad , moga nanti di akhirat sana, selancar dan semudah ini juga la ya Kau kurniakan syafaat mu pada diri ini.

Selesai 4 hari di Madinah, kami teruskan perjalanan ke Mekah Al Mukarramah, ke rumah Allah, untuk menunaikan ibadah Umrah kami. Bergerak dari hotel siap berpakaian Umrah supaya nanti tak kalut untuk bersiap di Miqat, Masjid Bir Ali.
Sambil bas bergerak keluar dari kawasan sekitar Masjid Nabawi ni pun dah terasa rindu dekat moment moment sepanjang di kejiranan Nabi Muhammad ni. InshaAllah , dalam hati berdoa moga-moga dijemput lagi.

@farhana_anaa Langit pagi di Al Masjid An Nabawi , tenang setenangnya ✨🌄
♬ original sound - Chasing The Suns Travel Blog
Dekat Masjid Bir Ali, kami solat sunat dan berniat Umrah & Ihram dan maka terikatlah dengan segala pantang larang di dalam Ihram. Perjalanan menuju Mekah akan mengambil masa lebih kurang 5 Jam. Perjalanan ditemani dengan tazkirah dari Ustz Nan, perkongsian Sirah dari Ustaz Hamimi dan juga Talbiah oleh para Jemaah.
Masuk ke Kota Mekah, boleh dirasa kota ni lebih padat & lebih sibuk. Ye lah berjuta juta umat Islam datang pada setiap masa. Ustaz kata, setiap satu dari berjuta tu akan dapat layanan yang berbeza beza dari Tuan Rumah.
Allah S.W.T sebagai Tuan Rumah akan jaga setiap satu dari tetamuNya. Mutawif & Ustaz cuma membantu permudahkan urusan, utamanya yang akan menghadiahkan apa juga rezeki dan pengalaman sepanjang di Rumah Allah ini adalah, Allah sendiri, jadi terima apa jua dengan hati yang redha dan berserah.
Setelah selesai urusan check in hotel (Azka Al Safa Hotel) dan makan malam kami berkumpul sekitar jam 11pm untuk sama-sama bergerak ke kompleks Masjidil Haram dan seterusnya menunaikan Ibadah Umrah. Dari luar terlihat megah bangunan dan binaan Masjidil Haram ni, ini belum lihat Kaabah lagi.
Kami bergerak berkumpulan masuk ke bahagian dalam Masjdil Haram untuk mulakan Rukun Umrah yang kedua iaitu Tawaf. Perlahan lahan kami masuk dan ternanti nanti detik melihat Kaabah buat kali pertama. Turun escalator dan pusing kiri, berjalan beberapa langkah selepas itu mula terlihat dah Kaabah yang tersergam indah di tengah-tengah Masjidil Haram.
Subhanallah sekali lagi perasan yang tak tergambar dengan kata-kata datang menghinggap, rasa kagum tengok seketul Kaabah gah di tengah tengah tu. Rasa meremang pun ada. Saat terlihat Kaabah terus berdoa minta diampunkan semua dosa yang lalu, itu pesan Ustaz.
Process Tawaf pun bermula, merintih pada Allah , mohon diampun dosa dosa yang lalu, melafazkan syukur atas segala nikmat dan juga segala apa yang ingin dicapai dalam hidup semua ini diselangi dengan zikir sepanjang berpusing keliling Kaabah 7 pusingan. Moga dengan berkat tempat paling Mustajab Doa ini Allah angkat doa-doa kami.
Tak dilupakan doa untuk kucup Hajarul Aswad, kali ni dapat lihat betapa ramai nya yang berjuang nak kucup Hajarul Aswad, macam agak mustahil nak join sama bertolak tolak sama, tapi hati sentiasa Yakin, Kalau Allah izin, pasti terjadi.
Selesai Tawaf, solat sunat dan seterusnya ke bukit Safa untuk Rukun seterusnya iaitu Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Alhamdulillah badan masih kuat dan bertenaga selesaikan Saie tanpa sebarang masalah. Selesai Saie, kami lengkapkan semuanya dengan Tahallul. Saya memang dah nekad nak licinkan kepala, tak pernah seumur hidup licinkan kepala, nak ambil fadhilat penuh Tahallul dengan licinkan kepala.
Alhamdulillah maka dengan itu selesai lah Umrah kami yang pertama dan mulalah permukiman kami di Mekah Al Mukarramah selama lebih kurang seminggu. Sejujurnya di benak fikiran sedang proses realiti pada ketika itu, bahawasanya 'aku berada di Baitullah, aku lihat Kaabah depan mata, aku baru sahaja selesaikan Ibadah Umrah, aku Tetamu Allah.'
Hari hari di Mekah berlalu rasa cepat sangat, rasa macam tak cukup masa ni. Sekali sekali Mutawif bawa kami ziarah tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah, contohnya Bukit Hira yang mana dipuncaknya terletak Gua Hira tempat Nabi bermunajat kepada Allah dan bawa diri lari dari kesyirikkan warga-warga Mekah ketika itu. Dan juga tempat Nabi terima Wahyu yang Pertama. Betapa jauhnya Nabi bawa diri dan betapa tingginya Nabi mendaki nak cari ketenangan. Allahuakbar.
@farhana_anaa Pendakian ke Gua Hira ⛰️ Tempat Nabi Muhammad bawa diri untuk beribadah pada Allah dan lari dari kesyirikan, Juga tempat Nabi terima Wahyu pertama🤲🏻
♬ Sholawat Nabi - Hud
Kami turut dibawa ke Jabal Thur lokasi penting dalam peristiwa Hijrah Nabi. Selain dari tu, sempat juga kami dibawa melihat tempat Jemaah Haji melaksanakan ibadah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Waktu ni rasa respect sangat dekat para Jemaah Haji, sebab baru faham pengorbanan mereka. Pengorbanan Fizikal & Mental.
Lintasan dihati teringin itu dan ini yang terus dijawab on the spot pun banyak berlaku. Yang dirisaukan Allah hukum atas dosa dosa yang lalu , malah yang Allah bagi adalah hadiah dari mungkin amal-amal ikhlas terdahulu, sesungguhnya Maha Baik Allah, Ya Rahman.
Syukur Alhamdulillah, antara perkara yang Allah rezekikan sepanjang di Masjidil Haram, dapat sentuh & cium Kaabah, dan sentuh dinding Kaabah di Rukun Yamani, dan ingat lagi tak doa saya sejak dari Madinah tadi? Alhamdulillah dapat juga cium Hajarul Aswad, yg ni kena usaha lebih sikit, tapi dengan bantuan & izin Allah tak terasa susah langsung.
Syukur Alhamdulillah, antara perkara yang Allah rezekikan sepanjang di Masjidil Haram, dapat sentuh & cium Kaabah, dan sentuh dinding Kaabah di Rukun Yamani, dan ingat lagi tak doa saya sejak dari Madinah tadi? Alhamdulillah dapat juga cium Hajarul Aswad, yg ni kena usaha lebih sikit, tapi dengan bantuan & izin Allah tak terasa susah langsung.
Dengan berakhirnya Ziarah ke Taif selama satu hari satu malam, maka berakhirlah sudah musafir terindah kami di bumi penuh barakah ini. Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupa selagi nyawa dikandung badan. Diri yang pada mulanya rasa belum layak untuk datang ke Tanah Suci Allah (Mekah & Madinah), akhirnya rasa seperti di rumah dan belum mahu pulang.
Saya coretkan ini disini adalah untuk ubati rindu di hati dan juga untuk berkongsi pengalaman dengan korang yang mungkin turut merindui Haramain & juga sebagai iktibar kepada korang yang mungkin sama seperti saya yang rasa belum layak untuk ke sana sebelum ni. Kalau ada jentikan di hati untuk ke Baitullah, jangan abaikan jentikan itu. Luahkan , sebutkan dan mulalah apa-apa langkah untuk realisasikan rasa di hati tersebut. Ustaz Nan sebut 'Allah tidak jemput yang mampu, Tapi Allah akan mampukan sesiapa sahaja yang dijemput-Nya'.
Doakan saya dan isteri mendapat rezeki dijemput Allah ke Tanah Suci sekali lagi. Dan saya doakan setiap satu dari korang yang membaca ni juga Allah jemput ke sana. Semoga Allah Makbulkan. InshaAllah Alhamdulillah. Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment