Kami memilih untuk stay di Resort Yotaka Khanom yang terletak di Khanom Beach. Resort ni pernah viral sebab reka bentuk serta layout dia sangat unik dan resort ni sejenis yang korang boleh terus terjun daripada pintu bilik sahaja ke dalam pool. Kalau korang pilih bilik Pool Access la ya. So jom kita review sikit , berdasarkan pengalaman kami di Yotaka Khanom hotel viral TikTok ini.
Lokasi
Seperti yang kami sebutkan tadi, resort ni terletak di Khanom Beach, untuk ke sini korang boleh drive sahaja dari Malaysia terpulanglah nak ikut pintu mana. Kalau korang drive sendiri untuk ke sini, sila pastikan korang letak salah satu dari dua lokasi ni sebagai stop korang sebelum sampai ke Yotaka Khanom ni. 1. Viewpoint Sichon-Khanom Road ATAU Loma Cafe. Sumpah view lawa gila!
@farhana_anaa Korang dah sampai ke Nakhom Si Thammarat? Antara tempat yang famous di sini ialah Khanom Beach, boleh dikira sebagai tempat peranginan sebab banyak resort di kawasan ini. Cafe ni memang aesthatic sangat, tinggi di atas bukit. Boleh nampak Koh Samui, dekat dah dari sini. #nakhonsithammarat #khanombeach ♬ original sound - Chasing The Suns Travel Blog
Review Bilik & Resort
Kami ambil bilik yang berharga RM595 per Night. Boleh dikatakan affordable untuk hotel yang berada dalam kategori luxury retreat, dapat direct access to the beach dan bilik yang dapat direct access ke kolam macam ni. Kalau di Malaysia ni, mungkin dah cecah seribu lebih satu malam.
Perkataan pertama yang keluar dari mulut kami berdua seusai masuk ja ke dalam bilik di Yotaka ni adalah "Wow" . Haa memang berbaloi perjalanan 7 jam dari Malaysia untuk ke sini ya.
Vibe dalam bilik memang terasa mewah dan bilik yang kami dapat tu terbahagi kepada 5 sections, yang pertama ruang tempat tidur, kedua ruang letak barang dan powder room, ketiga ruang bath tub , keempat bilik mandi dan kelima balkoni dengan direct access ke kolam. So memang luas dan sangat selesa. Macam yang kami katalah hilang terus penat driving berjam jam. Semua makanan dalam bilik termasuk buah- buahan adalah complimentary.
Salah satu tarikan utama Yotaka ni yang buatkan hotel ni sedang viral di Sosmed ialah dia punya balkoni di luar bilik yang boleh terus access ke pool. Memang sangat unik! Ada juga pintu bilik satu lagi yang korang boleh terjun terus ke dalam pool. Tak ada time limit nak mandi pool, malam-malam pun boleh, ada lampu biru di dalam kolam. Cuma yang mana ada anak kecil tu kena hati hati ya, takut diorang terjun tanpa anda perasan.