Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, April 7, 2024

Patutkah Masukkan Curug Pelangi Dalam Itinerari Trip Bandung?

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Baru - baru ni di hujung Februari, kami telah terbang ke negara Sang Garuda, Indonesia. Lokasi kalini Jakarta & Bandung. Yes kami tahu, tripnya Februari, April baru nak tulis? Life happens. Alasan paling cliche kan. Anyway! Banyak perkara - perkara menarik yang nak kami kongsikan dengan korang tentang trip ini, tapi untuk posting ni just nak share pengalaman melawat Curug Pelangi di Bandung, dan nak menjawab persoalan korang Adakah Berbaloi Hiking Turun & Naik Curug Pelangi ni dan juga Patutkah Korang Masukkan Curug Pelangi ni di dalam itinerari trip Bandung Korang?

Lawatan kami ke Curug Pelangi ni berlaku pada awal pagi hari kedua. So, cuaca pun tak panas lagi, masih nyaman dan kami pun masih bertenaga! Ni tips pertama, Pergi Awal Pagi! Kenapa kena pergi awal? Sebab ada lebih kurang 1000 anak tangga pelbagai size yang korang perlu tempuhi total turun & naik. Lebih kurang 500 lebih anak tangga one way. So get ready okay! Kalau korang jenis yang berstamina tinggi, kami sangat2 sarankan untuk turun sampai bawah. Tapi kalau tidak ada tenaga, view dari atas pun lawa. Jom kami share.



Kalau korang memang datang bersedia, dan mampu turun & naik curug ni, sangat disarankan korang turun sampai bawah sebab ada view sangat epik menanti korang. Cuma kena hati-hati yang bila dah sampai bawah tu disebabkan kelembapan kawasan di situ, batu-batunya ada yang berlumut, so risau terjatuh. Kami pun terjelopok jatuh sebab tersilap pijak batu.  Jomm kita tengok view dari bawah.







So memang sangat sangat berbaloi penat lelah dan keringat ya bila tengok view yang Subhanallah lawa tu. Memang mengingatkan kita kepada betapa kerdilnya kita di bumi Allah ni. To be hones, pada mulanya, kami sendiri tiada sebarang expectation tau tentang curug ni, tapi nampaknya Curug Pelangi ni jadi salah satu memori paling syok sepanjang di Bandung. 

So untuk jawab soalan di awal entry tadi, Adakah Berbaloi Hiking Turun & Naik Curug Pelangi ni dan juga Patutkah Korang Masukkan Curug Pelangi ni di dalam itinerari trip Bandung Korang? jawapan untuk kedua-keduanya adalah A BIG YES! Jemput tengok video kami record sepanjang hike.





@farhana_anaa 📍Curug Pelangi, Lembang, Bandung Make sure pakai kasut yang sesuai ya, boleh tahan trek tangga nak ke sini😁 #curugpelangi #curug #curugbandung ♬ sonido original - DiegoVegaSoria
Latest
Next Post

post written by:

0 comments: