Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang pernah dengar tak tentang MyKori? Sebelum ni saya pernah dengar tentang dessert cafe ni sebab baru baru ni MyKori ada buka cawangan terbaru di Sungai Petani. Dari apa yang saya tengok sambutannya memang hebat. Dengar kata kena beratur sampai ke luar kedai! Saya ni jenis yang tak berapa gigih untuk beratur panjang semata mata untuk makanan, jadi, awalnya memang tak ambik port langsung tentang MyKori ni (Ya saya tahu sangatlah ironik seorang yang nak jadi food blogger tapi tak mampu nak beratur untuk 'food').
Haritu masa kami dalam perjalanan nak beli barang di Giant Kulim, sambil dok borak dengan Hana, terkeluar pula topik MyKori ni. Nak dijadikan cerita rupa-rupanya di Kulim juga ada cawangan MyKori! dan lokasinya betul-betul bertentangan dengan Giant Kulim.
Jadi, memandangkan kami tengok orang tak ramai kat MyKori Kulim ni, kami pun sebulat suara setuju untuk cuba MyKori. Kedainya memang mudah nak cari dan ruangan parking pun banyak kat kawasan tu. Sangat memudahkan. Kami masuk dan Hana terus pergi buat tempahan di kaunter dan saya terus pergi 'cop' tempat. Kami order Mini Matcha Latte Kakigori (RM13) dan satu lagi kami order Kakigori Boru (Yogurt) dengan topping Dark Chocolate Ice Cream, Dragon fruit, Strawberry Puree dan Granola Oats (RM15).

Okaylah itu saja nak kongsi dengan korang untuk entri kali ini. Cadangan saya, sebelum pergi ke MyKori tu, korang pergi dulu website MyKori dan baca dulu menu-menu yang diorang ada dan flavour apa yang korang suka dan topping macamna yang korang nak. Baru nanti tak rambang mata depan kaunter tu. Haha. Maklumat tentang MyKori Kulim saya sertakan kat bawah okay! Alah, depan Giant Kulim ja. Takkan terlepas punya! Jumpa lagi di lain entri!
Website MyKori : https://mykori.my/full-menu/menu/
0 comments:
Post a Comment