Assalamualaikum Readers | Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dan sentiasa dalam lindunganNya.
Mengidam nak minum kopi premium? Mengimpikan pencuci mulut yang serba mewah? Pada hari Ahad yang lepas, saya dan beberapa lagi sahabat mendapat permintaan untuk membuat satu review di restoran yang terletak di Cyberjaya. Restoran ini bernama Harley's Burgers and Roasters. Di restoran ini, terdapat beberapa menu utama seperti burger daging, burger ayam, ayam goreng jeluk dan beberapa lagi menu utama yang lain. Tak sangka pula, di sini juga terdapat hidangan kopi premium segar dan juga beberapa pencuci mulut khususnya kek yang sangat sedap.
Seberapa premiumkah kopinya?
Cukup premium bagi saya. Sewaktu melintasi bar yang berbentuk ladam kuda ini, bau aroma biji kopi yang segar terus menusuk ke dalam 'lobang' hidung saya dan rakan-rakan. Dari sini saja dapat kita nilai betapa segarnya biji kopi yang ada di restoran ini. Berinspirasikan gaya restoran rantaian seperti di luar negara, kopi hanya disediakan mengikut pesanan semasa di mana kesegaran kopi di sini amatlah menjadi jaminan utama pihak restoran.
Pilihan biji kopi terpilih (premium)
Terdapat pelbagai pilihan biji kopi yang diimport dari luar negara seperti Yunnan dan Myanmar. Nama biji kopi pula adalah seperti Pea Berry, Yangcha, Quan Ping, Pyin Oo Lwin dan juga Ywangan. Kami diberi saranan supaya mencuba Yangcha dan juga Pyin Oo Lwin oleh barista yang berbakat besar ; saudara Shah. Terbukti saranan Shah adalah sangat tepat kepada kami yang menyukai rasa kopi premium yang ringan, wangi dan jitu. Ditawarkan di sini, kaedah-kaedah penyediaan kopi secara 'Pour Over' , 'Syphon' ataupun 'French Press' boleh dipilih mengikut kehendak pelanggan. Buat kami yang cukup teruja atas penjelasan tersebut, kami lantas memilih kaedah 'Pour Over' sahaja dan bersegera menunggu untuk kopi kami dibru.
Cara pembuatan Kopi oleh barista Shah :-
1. Shah menghulurkan bekas-bekas yang berisi biji-biji kopi untuk kami hidu bau mereka yang asli.
2. Setelah selesai, Shah memulakan proses pembuatan kopi untuk kami dengan mengisar biji kopi menggunakan mesin kisar kopi yang berjenama Hero.
3. Air dipanaskan dalam teko.
4. Kemudian, Shah membersihkan jar takungan dengan menggunakan air panas dan melapikkan kain turas di dalam jar satu lagi yang berada di atas.
5. Biji kopi yang telah siap dikisar ditaburkan ke dalam jar yang dilapikkan kain turas lantas terus dicurahkan air panas ke atasnya.
6. Namun begitu, proses menuangkan air panas ke atas biji kopi kisar diselangi dengan waktu rehat selama seminit. Usai seminit, baru disiram kembali biji kopi kisar tersebut dengan air panas.
7. Barista menerangkan proses tersebut adalah perlu bagi memastikan kesemua biji kopi yang telah dikisar terkena air panas yang disiram. Maka, kalau nak kopi yang sedap dan berkualiti, kena banyak bersabar lah ya..
8. Selepas lebih kurang empat minit, maka siaplah kopi kami.
9. Kami yang telah bersabar sambil menelan air liur tadi lantas mencuba kopi tersebut.
10. Ohh yaa, kesemua alat-alat pembuatan kopi premium di sini berjenama Hero yaa. Alat-alat pembuatan kopi yang berjenama Hero ini dipilih kerana faktor kestabilan dan jaminan kualiti bagi menghasilkan kopi yang berstatus 'premium' kepada pelanggan.
Pada pendapat peribadi saya; selaku seorang peminum kopi tegar, sebelum minum saya akan menghidu bau kopi terlebih dahulu sebagai permulaan kepada pengembaraan kopi saya ini. Bau aroma kopi Yangcha (cawan merah) dan Pyin Oo Lwin (cawan biru) menusuk hidung dan bau tersebut amat memberikan keselesaan kepada saya. Puas menghidu bau aroma kopi, saya meneruskan langkah pengembaraan dengan menghirupnya sedikit dahulu. Hasilnya, sangat Perghhh!! Sedap sungguh dan saya amat menyukainya.
Mengambil tips daripada peminum kopi tegar, saya terus menghabiskan kopi di dalam cawan saya. Senyuman kepuasan terukir di bibir tanpa saya sedari. Dalam kepala hotak saya memikirkan untuk ke cawan kedua namun hasrat itu saya batalkan kerana sahabat saya masih belum merasai kenikmatan kopi yang dibru segar ini. Serius, dunia pengembaraan kopi yang baru bermula terasa begitu luas sekali. Sampai ke tahap ini saya boleh sampai apabila melibatkan kopi tahu tak?
Mengambil tips daripada peminum kopi tegar, saya terus menghabiskan kopi di dalam cawan saya. Senyuman kepuasan terukir di bibir tanpa saya sedari. Dalam kepala hotak saya memikirkan untuk ke cawan kedua namun hasrat itu saya batalkan kerana sahabat saya masih belum merasai kenikmatan kopi yang dibru segar ini. Serius, dunia pengembaraan kopi yang baru bermula terasa begitu luas sekali. Sampai ke tahap ini saya boleh sampai apabila melibatkan kopi tahu tak?
Habis cerita mengenai kopi premium kini kita tiba pula ke segmen pencuci mulut iaitu KEK! Terdapat pelbagai jenis kek di sini jadi tak hairanlah jika kalian rambang mata untuk membuat pilihan yaa. Sabarr dulu dong..Cuma lakukan seperti kami; tanya pendapat staf lah! Haha.
Kami disarankan untuk mencuba kek laku keras mereka iaitu 'Burnt Cheese Cake' dan juga 'Pandan Cake' serta 'Salted Caramel Cake'. 'Pandan Cake' dan Salted Caramel Cake' merupakan jenis crepe cake iaitu kek yang dibuat daripada lapisan pancake yang sangat nipis. Ia disusun selapis demi selapis dan di antara lapisan-lapisan tersebut diletakkan filling terterntu seperti vanilla, coklat, strawberry, custard, karamel dan pelbagai lagi filling yang bergantung kepada citarasa penggemar. Dalam kes kami pula, fillingnya mestilah karamel masin dan vanilla pandan. Percayalah, rasanya memang tak kalah dengan kek kebiasaan yang lain.
Burnt Cheese Cake
Seterusnya adalah 'Burnt Cheese Cake'. Mendapat status sebagai 'kek laku keras' di restoran ini, kami amat bernasib baik kerana sewaktu kedatangan kami, kek ini masih terpamer indah di dalam bekas kaca hipster di sini. Selepas disarankan oleh staff yang bernama Nordin, kami tidak membuang masa untuk terus menguji sejauh mana kesedapan kek ini. Ternyata Nordin adalah seorang yang tahu akan apa yang disarankan olehnya kerana kesedapan kek keju ini amat dapat dirasakan oleh segenap deria rasa kami.
Sewaktu suapan pertama, dapat saya rasakan perisa keju yang lembut dan padu pada waktu yang sama. Maksudnya di sini, perisa kejunya tidaklah keterlaluan sehingga boleh menyebabkan muak bahkan tidak pula sehingga tak terasa langsung di lidah. Keras hangus di atas permukaan kek keju ini hasil daripada dibakar menambahkan lagi perisa 'burnt' dan secara automatik menjadi 'pemain pengiring' yang terbaik untuk bersama-sama dengan kek keju ini. #melelehbebb!
Sewaktu suapan pertama, dapat saya rasakan perisa keju yang lembut dan padu pada waktu yang sama. Maksudnya di sini, perisa kejunya tidaklah keterlaluan sehingga boleh menyebabkan muak bahkan tidak pula sehingga tak terasa langsung di lidah. Keras hangus di atas permukaan kek keju ini hasil daripada dibakar menambahkan lagi perisa 'burnt' dan secara automatik menjadi 'pemain pengiring' yang terbaik untuk bersama-sama dengan kek keju ini. #melelehbebb!
Secara keseluruhan, saya amat menyukai dan berpuas hati untuk kopi 'premium' dan kek 'mewah' di sini dek kerana penerangan di atas sebentar tadi. Buktinya, sepanjang menikmati secangkir kopi dan sepotong kek di sini, saya hanya tersenyum tanpa dipaksa. Hanya satu perkara yang masih ligat dalam otak saya sekarang adalah saya pasti kembali ke sini bagi menikmati kopi dan kek di sini di lain masa jika diberi kesempatan. Untuk kalian yang berminat merasai pengalaman ataupun melakukan sesi jelajah kopi dan pencuci mulut, boleh lah lawati sosial media mereka dan berkunjung terus ke restoran Harley's Burgers and Roasters yang terletak di Cyberjaya ini dan saya jamin anda pasti berpuas hati. Bertemu lagi di entri yang lain ya. Assalamualaikum and Have a Nice Day!
By Chasing The Sun Guest Writer
Instagram : https://www.instagram.com/harleysmalaysia/
Facebook : https://web.facebook.com/HarleysMalaysia
0 comments:
Post a Comment