Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, October 18, 2019

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dua minggu yang lepas saya telah ke Korea Selatan atas urusan kerja. Ini merupakan kali kedua saya ke sana atas urusan yang sama. Tahun lepas saya datang sewaktu musim panas, tahun ini pula datang pada awal musim luruh. Harapnya tahun depan pergi musim sejuk pula lah. Hehe. Tahun lepas saya turun di Busan dahulu selama dua hari sebelum berangkat ke Seoul menaiki train dari Busan. Disebabkan kurang research dan kurang persediaan, trip saya tahun lepas memang agak kelam kabut sedikit. Jadi mengambil iktibar dari trip tahun lepas, Alhamdulillah trip kali ini lebih teratur. Sempat juga singgah beberapa tarikan utama di Seoul selepas selesai urusan kerja.

Untuk entri kali ini saya akan berkongsi dengan korang tentang restoran makanan halal yang sempat saya kunjungi sepanjang berada di sana. Disebabkan jadual kerja yang padat, bukan sepanjang 6 hari di sana tu saya sempat keluar makan, ada hari yang makan di bilik sahaja. Ini adalah 4 restoran Halal yang sempat saya kunjungi sepanjang di Seoul. Harap dapat membantu para travelers yang sebelum ini rasa sukar untuk temukan restoran makanan Korea Halal di Seoul.

1. Halal Kitchen (86-2 Samcheong-ro, Samcheong-dong, Jongno-gu, Seoul)

Terletak berhampiran dengan Gyeongbokgung Palace, restoran ni sangat sesuai untuk sesiapa yang baru selesai melawat Gyeongbokgung Palace tu. Saya jalan kaki haritu rasanya hampir setengah jam juga jaraknya dari pintu gerbang palace tu. Oh, mungkin sebab saya ada sesat sikit sebelum sampai ke restoran tu. Kalau korang tak sesat, mungkin dalam 10-15minit sahaja kot.


Masuk sahaja restoran ni, pertama sekali saya disambut oleh rakyat Malaysia yang sedang makan kat situ, kemudian baru tuan pemilik kedai tu datang dan berikan salam seterusnya membawa saya ke tempat duduk. Kemudian dia pun perkenalkan diri serta menu-menu yang ada disitu. Saya order Bulgogi Beef + Nasi. Beberapa minit selepas order, pemilik kedai tu datang dengan satu set dapur dan perkakas untuk grill dan steambot, rupanya untuk menu yang saya order tadi tu, memang diorang akan masak depan mata kita. Sambil dia grill daging Bulgogi tu, sempat dia terangkan sedikit bahan-bahan untuk resepi Bulgogi tu, mesra pelanggan sungguh.


Portion-nya agak besar dan sesuai untuk 2 orang makan sebenarnya, harga 33,000 KRW. Agak mahal sebenarnya tapi kalau korang tanya saya, sejujurnya memang berbaloi sebab rasa dia memang sedap. Malah ada yang kata Beef Bulgogi kat sini antara yang paling sedap di Seoul. Jadi , memang berbaloi untuk korang cuba. Cuma, pastikan korang tak sesat cari restoran ni nanti ya!

2. Agak Agak Restaurant(57 Donggyo-ro 25-gil, Yeonnam-Dong, Mapo-gu,Seoul)

Restoran Agak-Agak ni saya jumpa secara tak sengaja sebenarnya. Restoran ini terletak berhampiran dengan Hongdae Street. Malam tu, saya berjalan di Hongdae Street untuk lihat persembahan jalanan di sekitar Hongdae Street yang meriah gila tu. Tahun lepas saya sudah ke sini dan memang tak jumpa langsung restoran makanan halal. Dicari dalam Google pun tak ketemu. Jadi, saya buat keputusan untuk cari restoran vegan. Jumpa maklumat tentang satu restoran vegan ni, dan saya terus bergerak menuju ke situ berpandukan Waze.

Sesampai di situ, restoran tu rupanya dah tutup.Aduh penat jer berjalan. Disebabkan dah letih, saya decide untuk terus patah balik dan gerak pulang ke Hotel. Berpandukan waze, saya berjalan menuju ke stesen Hongik Univ. Stesen. Kali ni Waze bawa saya masuk beberapa lorong kecil, mungkin untuk shortcut, takut pun ada time tu. haha. Dalam dok ikut Waze tu, dari jauh saya ternampak lampu neon depan kedai yang tertulis, Agak Agak Malaysian Local Kitchen. Sumpah tak tipu ni, memang agak dramatik tapi memang itulah yang berlaku.

Lega tak terkata masa tu, macam nak sujud syukur! Saya kemudiannya terus masuk ke dalam dan disambut oleh seorang waiter yang juga merupakan pelajar dari Malaysia. Ruangan dalam restoran ni agak minimalis dengan sedikit sentuhan hiasan berunsur retro. Buka saja menu, nampak Nasi Lemak, tak tengok menu yang lain dah! Terus order, Nasi Lemak disitu berharga 9,000 KRW. Kalau korang tak tahu mana nak makan berdekatan Hongdae Street, datanglah sini!




3. Kampungku Myeongdong (Jong-ro 20-gil, Namsandong 2(i)-ga, Jongno-gu, Seoul)

Kampungku ni antara restoran halal di Seoul yang paling terkenal dalam kalangan pengunjung Malaysia. Salah satu sebab utamanya mungkin kerana pemilik restoran ni adalah orang Malaysia sendiri. Tahun lepas tak sempat datang ke sini, jadi tahun ni memang taknak lepaskan peluang untuk makan di sini. Ingatkan kecik ja kedainya, rupanya besar! Dua tingkat ruangan makan, setingkat lagi ruangan solat. Dah nampak macam setaraf dengan kedai kedai fastfood yang besar besar. Restoran ni lebih kurang 10 minit berjalan dari Myeongdong Street dan kalau korang guna subway,  turun dekat Stesen Myeongdong dan Exit terdekat adalah Exit 3.

Kalau rindu makanan Malaysia, boleh la order masakan Malaysia kita, tapi kalau nak cuba masakan Korea pun boleh tahan mantap juga kat sini. Tukang masak diorang memang orang Korea sendiri, memang authentic la kiranya. Untuk trip kali ni, saya sempat ke Kampungku sebanyak 2 kali. Kedua dua kali tu saya order masakan Korea. Bulgogi Beef with Rice dan juga Samgyetang ( Sup Ayam Ginseng). Puas hati dengan servis, makanan dan suasana dalam restoran ni. Memang selayaknya restoran ni viral! Haaa satu lagi info penting, kalau nak Solat, diorang ada sediakan Musolla dekat tingkat atas

4. Asian Family Restaurant Dongmoon (Nami Island)

Restoran ke-empat ni letaknya di tengah-tengah Pulau Nami. Ya, Alhamdulillah sempat juga melawat ke pulau ikonik ni. Cantik gila weh Pulau Nami ni. Setiap sudut pun Instagrammable! Cuma disebabkan saya datang ni awal musim luruh, jadi daun-daun pokok masih belum bertukar kuning ataupun oren. Kebanyakkanya masih hijau. Kalau tak, mesti lagi cun!




Bab makan dan Solat memang tak perlu risau sebab restoran Dongmoon ni ada kedua-duanya. Pulau Nami ni kecil sahaja jadi memang mudah nak jumpa restoran ni. Pilihan makanan disini terdiri daripada masakan Korea dan juga masakan Asia tenggara. Nasi goreng pun ada kalau korang nak! Saya order Beef and Black Been Sauce Noodle, saja kononnya nak cuba masakan yang pelik-pelik sikit. Haha. Memang pelik sungguh rasa dia! Tapi sedap! Lepas makan tu boleh terus naik ke tingkat atas untuk solat di Musolla di situ ya. Memang convenient!


Itulah 4 restoran makanan halal di Seoul yang saya sempat cuba untuk trip kali ni. Saja nak kongsikan juga kat sini walaupun takdelah informatif sangat pun kan. Tapi harapnya dapatlah memberi manfaat dan sedikit rujukan kepada rakan-rakan traveler lain yang mungkin menghadapi kesukaran untuk cari makanan halal kat Korea sana. Ok itu saja untuk kali ni! InshaAllah nanti saya akan kongsikan juga tempat-tempat menarik yang sempat saya lawati sepanjang di sana. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: