5.0KM Charity Run For Fund UNIKL MSI 2019

Sama Sama Sihat Sambil Membantu Mereka Yang Memerlukan.

A Positive Trend| Sepanjang tahun 2018 yang lepas saya perasan banyak rakan-rakan mula bergiat aktif dalam acara-acara larian. Larian Penang Bridge International Marathon, Standard Chartered KL Marathon, Half Marathon Sungai Petani dan banyak lagi acara larian lain yang disertai rakan-rakan dari zaman sekolah sehinggalah ke rakan sekerja sekarang, tak kira perempuan mahupun lelaki. Kagum tengok rakan-rakan ada yang join full marathon sampai berpuluh-puluh kilometer meredah panas matahari. Saya masa di Korea haritu terlepas train malam, kena jalan kaki 3jam sejauh 12 kilometer pun masih merungut hingga ke harini, so, hats off kepada korang!Saya sendiri amatlah menyokong aktiviti seumpama ni dan berharap trend acara larian ni akan berterusan hingga ke tahun 2019 ni dan tahun tahun seterusnya. Saya sebenarnya ada niat juga nak join acara larian di SMK Kulim Hi-Tech tahun lepas tetapi terpaksa batal kerana ada urusan kerja.
An Opportunity To Start| Tahun ni saya nekad untuk mula berjinak dalam aktiviti ni, akan mula perlahan-lahan dan cari acara yang tak berapa nak jauh sangat jaraknya. Alhamdulillah dipertemukan dengan brochure acara larian berhampiran dengan tempat saya bekerja iaitu di UNIKL MSI. Acara yang diberi nama 5.0KM Charity Run For Fund UNIKL MSI 2019 ini dianjurkan oleh pelajar UNIKL MSI dengan sokongan penuh daripada Hospital Kulim dimana sebahagian daripada kutipan yuran penyertaan akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Hospital Kulim.
A Great Initiative| Disebabkan sewaktu saya belajar dulu memang saya pun bergiat aktif dengan aktiviti kokurikulum ni jadi saya terpanggil untuk turut menyertai acara ini sebagai tanda sokongan terhadap pelajar-pelajar UNIKL ini, lebih-lebih lagi mereka mempunyai objektif yang positif untuk menyeru orang ramai untuk amalkan gaya hidup sihat sambil membantu mereka yang memerlukan. Acara yang bakal di rasmikan oleh YB kesayangan ramai, YB Syed Saddiq ini akan berlangsung pada bulan April 2019. So kalau korang yang mana baru nak mula libatkan diri dalam acara larian ni, eloklah mulakan dengan acara ini. Harapnya jadual korang cun la bulan April ni ya. Korang boleh rujuk poster dekat bawah untuk maklumat yang lebih detail.
Bakal dirasmikan oleh YB Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Important Note| Kepada pembaca Chasing The Sun yang berminat untuk menyertai larian amal ini, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak RM 5.00 dari yuran penyertaan kalau korang mendaftar secara manual dan sebutkan Promo Code special kami. "Daftar Secara Manual" di sini bererti korang kena call atau whatsapp wakil penganjur dan sebutkan Promo Code yang saya berikan dibawah ini kepada mereka. Jika korang mendaftar sebelum 1 Februari 2019 lagi untung sebab korang akan dapat potongan Promo Code dan juga potongan Early Bird. Yuran Early Bird adalah RM45 so kalau guna Promo Code korang cuma perlu bayar RM40 daripada RM50 yuran asalnya. So cepat-cepat register dan gunakan peluang ini! Kalau tak sempat Early Bird, korang masih boleh guna promo code dan dapatkan potongan RM5.00. Oklah tu kan! RM5.00 boleh dapat sepinggan Nasi Ayam kot! Maklumat untuk dapatkan potongan Promo Code ini adalah seperti dibawah.
Promo Code : Chasing The Sun
Contact Person : Khairul Asyraf-013 464 9695
Recommendation| InshaAllah pada 20hb tu nanti team Chasing The Sun pun akan join lari sama dengan korang dan buat liputan pasca larian di sini. Nak snap muka-muka korang nanti! I believe in the noble cause that these students are promoting and I want to make this as a start of more running events in 2019! Barulah boleh travel dan chase the sun dengan lebih aktif dan sihat! Dan lagi satu, alang-alang korang dah sampai ke area sini, boleh lah korang boleh la melawat tempat favourite saya tengok sunset/sunrise, Sawah Padi Kampung Permatang Durian, Kepala Batas. Contoh shot di lokasi berkenaan.
Lastly| Harapnya tiada aral melintang untuk kami sertai acara 5.0KM Charity Run For Fund MSI 2019 ni. Kepada yang dah memang stay dekat Kulim ni, jomlah kita sama-sama meriahkan acara ni. Sekali lagi, jangan lupa gunakan Promo Code dari kami dan daftar secara manual ok!
Promo Code : Chasing The Sun
Contact Person : Khairul Asyraf-013 464 9695
Itu sahaja untuk kali ini, kalau korang ada apa-apa soalan boleh ajukan di comment section dibawah ataupun boleh directly berhubung dengan penganjur acara ni ya! Jumpa korang kat sana 20hb April ni!

By Kimi
Previous
Next Post »
0 Komentar