The Lopburi Book

By Chasing The Sun - January 12, 2019

We Turned a Clumsy Candid Backpacking Trip into An Epic Honeymoon.

A Little Back Story| Maaf jika penulisan saya dalam entry kali ini ada bahagian-bahagian yang sedikit cheesy dan juga lebih panjang dari lain lain entry, ini kerana entry kali ini berkisarkan pengembaraan saya dan Hana (yang baru saja melangsungkan perkahwinan 3 minggu lepas) di bumi Thailand. Kali ini kami ingin mencuba untuk meneroka keunikan sebuah wilayah yang terkenal dengan ladang Bunga Mataharinya, Wilayah Lopburi (Musim Bunga Matahari dari November-February). Ini boleh dikira sebagai honeymoon lah jugak walaupun dari gayanya tak macam pasangan pergi honeymoon kerana kami pergi ke sana cuma Backpacking dan pergi menaiki Train sahaja. Sedikit lari dari norma idea sebuah honeymoon tapi kami tak kisah, yang penting kami dapat spend masa bersama dan tinggalkan sebentar segala tanggungjawab di halaman sendiri, berjalan di tempat di mana hanya kami kenal kami.

Idea untuk ke Lopburi sudah diutarakan lebih kurang dua bulan sebelum kami berkahwin dimana kami plan untuk ke Bangkok, Lopburi dan Kanchanaburi namun mendekati tarikh perkahwinan, bajet kelihatan sedikit tidak mengizinkan, kami hampir batalkan trip ini last minit namun Alhamdulillah, rezeki orang kahwin, diberikan juga peluang oleh Allah untuk melihat keindahan alamNya, selamat kami pergi dan balik dari trip ini. Untuk trip ini, tiada ticket train mahupun hotel yang kami book lagi, memang last minit baru kami capai persetujuan untuk pergi, kami akan bergantung kepada pengalaman saya mengembara di Thailand terdahulunya. Seperti kisah saya backpacking menaiki train ke Bangkok & Kanchanaburi, kali ini saya masih catatkan maklumat maklumat dan detik-detik yang saya rasakan significant dan perlu dikongsikan bersama pembaca disini, saya namakan nota ini The Lopburi Book. Mari saya kongsikan.
The Beginning |Majlis walimatulurus kami dilangsungkan pada 22hb Disember 2018 (Sabtu) dan kami buat keputusan untuk mulakan kembara kami ini pada keesokkan harinya, Ahad. Kami sedar akan penatnya kenduri kahwin, namun semangat untuk bercuti berdua itu mengatasi kepenatan dan segala  masalah yang lain. So here is the plan, kami akan menaiki train bersama rakan-rakan Farhana dari zaman degree, geng mereka diberi nama MP, kami akan menaiki KTM Komuter jam 6.59am ke Padang Besar dan kemudianya ke Hat Yai, MP akan stay di Hat Yai dan kami berdua akan terus ke Bangkok jika ada tiket yg masih available dan selebihnya akan kami aturkan as we go by (bunyi macam plan yang sangat "baik" no?). Itu plan asalnya, namun kalau namanya Kimi, memang perancangannya sentiasa tersimpang. Saya dan Hana terlepas Komuter jam 6.59am, kami terlepas 5 minit sahaja. Namun MP sempat belikan tiket Komuter untuk kami dan selitkan dicelah-celah papan tanda yang ada di Stesen KTM Sungai Petani tu. Jadi kami tunggu Komuter berikutnya, di jadualkan jam 7.59am.
Sidenote| KTM Komuter Utara ni sangat sharp and on time, memang tepat tibanya di minit yang ditetapkan, sedikit berbeza dengan KTM Komuter di KL sewaktu saya belajar dulu. Jadinya, make sure time management tepat ya, jangan jadi mcm Hana Kimi. 

The Waiting | Kami tiba di Stesen Padang Besar lebih kurang jam 9.20am dan MashaAllah ramainya manusia. Pasti ini kerana ramai yang bercuti panjang sempena Krismas. Kami beratur round pertama untuk membeli tiket train dari Padang Besar ke Hat Yai, selesai itu beratur round kedua untuk melalui Imigresen Malaysia, jangan lupa untuk dapatkan White Card ya, untuk dapatkan White Card, korang perlu tunjukkan tiket train yang baru dibeli tadi. Round ketiga beratur pula untuk melalui Imigresen Thailand. Proses ini telah mengambil masa hampir 2 jam lebih. Namun kami telah dijanjikan bahawa train untuk ke Hat Yai itu akan tunggu sehingga semua orang on board baru mereka akan gerak. Berita baik buat kami, namun berita buruk buat mereka yang telah datang awal pagi, ada yang sudah tiba seawal 6 pagi dan mereka harus tunggu sehingga train penuh iaitu lebih kurang pukul 12 tengah hari. Saya pun tak pasti kenapa train kalini hanya ada satu trip pagi untuk ke Hat Yai. Oh ya, terlupa nak bagitau, kami hanya sempat beli tiket untuk standee, bermakna kami perlu berdiri sepanjang perjalanan ke Hat Yai lebih kurang sejam.
Train To Hat Yai |  Train berlepas dari Padang Besar ke Hat Yai lebih kurang jam 12.20pm dan seperti yang dimaklumkan tadi kami perlu berdiri sepanjang perjalanan, namun disebabkan dah beratur lama sangat tadi, kaki kami pun dah terketar ketar, so kami duduk ja atas lantai train tu. Seusai kami duduk, penumpang lain yang berdiri turut duduk beramai-ramai. Alhamdulillah, takdelah letih berdiri sangat. Semasa dalam train kami telah mendapatkan Simkad DTAC dengan RM30, pakejnya Unlimited Data untuk 3 Bulan dan boleh sentiasa activate nombor itu setiap kali memasuki Thailand. Kami rasa that was a pretty good deal, jadi kami beli. Oh ya, kami bertemu kembali dengan MP di atas train ini,cumanya mereka berjaya dapat tempat duduk kerana mereka tiba sejam awal dari kami.

Hat Yai Junction| Sejam kemudian kami tiba di Stesen Hat Yai Junction, dan kami terus bergegas ke kaunter tiket untuk beli tiket ke Bangkok, jantung berdebar-debar risaukan kemungkinan tiket dah habis, namun nasib masih di pihak kami, ada train 1st Class Sleeping Coach jam 6.10pm. Kami terus beli tiket berkenaan, satu berth atas dan satu lagi berth bawah.Saya baru tahu rupanya berth bawah lebih mahal dari berth atas disebabkan ianya lebih luas dan ada tingkap untuk tengok view. Berth bawah 945 Baht (RM 120) manakala berth atas 855Baht (RM108). Saya cadangkan ambil lower berth, walaupun sedikit mahal tapi ruang extra dan view yang korang bakal dapat memang worth the price.
Kai Tod Decha Restaurant| Train ke Bangkok jam 6.10pm nanti, kami masih punya banyak masa untuk diluangkan di bandar persinggahan Hat Yai ini, jadi kami decided untuk tag along dengan MP untuk lunch dan mungkin berjalan sekitar Hat Yai kalau sempat. Kami reunited dengan MP di hadapan train station dan terus menaiki salah satu Songthaew yang sudah ready di hadapan untuk mengambil penumpang, kami tunjukkan destinasi hotel MP dan beritahu pemandu Songthaew itu untuk bawa kami ke tempat makanan halal yang berdekatan hotel itu, dengan bayaran 20Baht seorang, pemandu itu terus menuju ke sebuah restoran yang kelihatannya padat dengan dengan orang Malaysia, nama restoran itu Kai Tod Decha. Tips, Jika datang berkumpulan, eloklah buat seperti apa yang kami lakukan, setengah dari kami masuk untuk 'cop' tempat duduk dan setengah lagi beratur untuk buat tempahan makanan. Makanan kat sini, kalau mengikut judgement saya, memang padu on point semua rasanya.Kami order Tom Yum, Sotong Bakar, Kang Kung Belacan, Kerabu Mangga, Nasi Kunyit Ayam Goreng dan Teh Susu dan kami berlapan bayar 195Baht (RM25) seorang.  Mungkin sedikit mahal bagi bajet kami, tapi takpelah, kami belum makan apa-apa sejak pagi so, okay.
Around Hatyai| Settle makan, kami follow pula MP ke hotel mereka. Berehat dan solat sebentar kemudian kami masuk ke Central Festival sebentar. Beberapa minit disitu, kami kemudiannya mengucapkan selamat tinggal kepada MP kerana jam sudah hampir pukul 5pm. Kami book Grab untuk bergerak dari Central Festival ke Hat Yai Junct Train Station. Tidak perlu download apps Grab baru atau tukar apa-apa tetapan di apps Grab korang, terus book sahaja dengan Grab yg sedia ada. Peringatan, ada certain kawasan yang Grab tidak dibenarkan untuk ambil penumpang, contohnya di hadapan Central Festival itu,driver Grab kami meminta kami untuk ke seberang jalan kerana menurut dia, ada camera yg akan snap gambar dia ambil penumpang dan dia boleh disaman.
On Board| Setiba di Hat Yai Junct Train Station, kami cuba untuk mencari money changer berdekatan stesen namun tak jumpa, jadi kami terus sahaja naik ke coach kami dan decide untuk tukar duit nanti di Bangkok. Coach kali ni rasanya macam lebih pendek berbanding yang saya naiki sebelum ini. Alhamdulillah, kami kini selamat di dalam train menuju ke destinasi seterusnya, Bangkok. Untuk train ride yang panjang kali ini kami lebih prepared dari segi keperluan makanan, hasil pengalaman saya starving atas train beberapa bulan yg lepas, kami bawa bersama roti, kerepek dan bekalan yang lain. Siap sedia untuk perjalanan 16jam ke Bangkok.
Reminiscing | Sepanjang perjalanan ke Bangkok ini, kami banyak throwback cerita-cerita kami sejak zaman sekolah, kenal dari tingkatan dua, lalui bermacam ujian dan Alhamdulillah berjodoh berdua akhirnya. Seorang wanita yang sejujurnya baik hati, kerja keras dan selalu meletakkan kepentingan orang lain sebelum diri sendiri, Terima kasih Allah pertemukan kami.

Fellow Backpackers |Di atas train ini kami berkenalan dengan dua Backpackers lain dari Malaysia, Naresh dan Dillip. Mereka berdua sedang dalam perjalanan menuju ke Vietnam. Haa lagi jauh destinasi mereka. Saling bertukar pengalaman dan cerita-cerita travelling, banyak tips yang kami kongsikan dan pelajari daripada mereka. Mereka punya plan lagi sempoi dari kami, internet pun belum dibeli lagi dan research pun sangat minima yg mereka buat, memang just wing it and pray hard punya style. Sejujurnya kami pun suka travel yang candid dan random macamtu. Kami kongsikan internet kami dengan mereka supaya dapat mereka buat sedikit kajian tentang tempat yang bakal dilawati dan buat apa-apa persediaan yang perlu.

Bangkok Hua Lamphong Railway Station| Setelah hampir lebih 16 jam diatas train, kami tiba di Hua Lamphong Railway Station, Bangkok.  Jam ketika itu lebih kurang 11.45am. Oleh kerana Naresh dan Dillip masih perlukan internet connection, mereka tag along bersama kami sejurus turun dari train. Kami berempat menuju terus ke money changer untuk membuat tukaran wang, kami mula perasan perbezaan yang sangat ketara pada kadar tukaran wang disini, semalam di Padang Besar kadarnya ialah 7.70, tapi di Bangkok kadarnya 7.14. Semalam kami tukar wang di Padang Besar RM500X7.7= 3850Baht Baht tapi di Bangkok jika kami tukar , RM500X7.14=3570Baht.  Banyak bezanya tu. Jadinya tips kami di sini, tukar terus jumlah yang besar di Padang Besar atau sebelum korang sampai ke Bangkok, perbezaannya ketara.
Bangkok Mission |Setelah selesai menukar wang, Naresh dan Dillip pergi mendapatkan SimKad mereka, dan dari situ, kami ambil haluan masing-masing, sempat kami bertukar nombor telefon dan facebook untuk berhubung di lain masa. Misi bunga matahari HanaKimi diteruskan, destinasi seterusnya adalah hotel yang baru sahaja kami book awal pagi tadi, nama hotel kami, Harry Suites dengan kadar RM77 semalam. Kami semak di apps Grab berapa tambang yang dikenakan untuk ke Hotel berkenaan, 194Baht, kemudian kami tanyakan pula pada driver Tuk Tuk, 600Baht. Pergh, memang dia ketuk habis-habisan. Jadinya kami pilih Grab. Ini satu lagi tips, sentiasa semak di Grab terlebih dahulu tambang transportation. Jadikan Grab itu sebagai penanda aras. Kalau Tuk Tuk lebih mahal, ambil Grab, kalau Songthaew lebih murah, you know what to do.

The Disapointment| Harry Suites ini letaknya di Sukhumvit Road dan kami book melalui Agoda.com . Kami tak punya expectation yang tinggi tentang hotel ni memandangkan harganya yang murah dan kami pun book last minit, tapi itupun hotel ni still mampu mengecewakan kami, dengan air dari bilik mandi mengalir keluar dan bertakung sampai ke bawah katil sampai ke plug yang tak berfungsi, aduh nasib. Bukan sahaja tak selesa malah juga merbahaya. Sebenarnya kes yang hampir sama terjadi sewaktu saya stay di Mix Hotel dulu, juga di Sukhumvit Road. Jadi korang kalau tak terdesak sangat, elakkan dua hotel ni ya. Nasib baik kami hanya stay di sini satu malam sahaja.

Chasing Bangkok Sun| Okay, lets put the frustration aside dan focus pada perkara yang lebih positif. Kami berehat sekejap di hotel dan cepat-cepat keluar untuk misi chasing the sun kami yang seterusnya iaitu mengejar matahari terbenam sambil berlayar river cruise menuju ke Asiatique. Kami perlu pergi ke Yodpiman Market berdekatan dengan The Grand Palace kerana disitu letaknya salah satu port untuk naik cruise yang saya sebutkan tadi. pada detik itu, kami sudahpun terlewat untuk masuk ke Grand Palace jadi kami tak rush untuk kejar tiket Grand Palace. Yang kami kejarkan adalah matahari. Kami memilih untuk menaiki MRT Sukhumvit menuju ke Hua Lamphong Station dan kemudian memenuhi bucket list kami untuk menaiki Tuk Tuk di kota raya Bangkok (dengan harga yang murah kerana Hua Lamphong Station dah tak jauh dari Yodpiman). Kami minta driver Tuk Tuk untuk berhenti di kawasan the Grand Palace untuk kami amati kemegahan istana kerajaan Gajah Putih ini walaupun hanya dari luar pagar. Dahsyat manusia boleh membina sesuatu senibina seindah ini, namun dahsyat lagi Tuhan yang mengilhamkan semua ini.
The Great Sunset| Matahari mula melambai pergi, langit perlahan lahan bertukar warna, kami pula semakin laju berjalan menuju ke Yodpiman risau jika terlepas boat cruise waktu sunset ni, mujur saya pernah ke sini sebelum ini, jadi saya tahu sedikit selok belok area ni. Sampai di Yodpiman Market, kami menuju ke Pier 1, pier ini saja yang menuju ke Asiatique tau. Jangan naik di Pier lain, takut dihantar balik Kodiang nanti! Kami satu-satunya penumpang yang tunggu di Pier tu waktu tu, risau jugak takut dah terlepas, tapi Alhamdulillah our Chao Praya Long Boat arrived selepas 10 minit menunggu. Kami naik dan bayar 15Baht seorang. Pemandangan sepanjang cruise menuju ke Asiatique ni, Subhanallah, beyond words, lebih-lebih lagi kali ni saya dapat berkongsi perasaan ini dengan seorang insan lain yang bergelar Isteri saya. Fuh, bergenang jugak air mata time tu. Emotional pulak. Maaf. Mari tengok gambar.
The Amazing Soup| Saya sangat sangat sarankan korang rasai pengalaman cruise waktu sunset ni, a must try experience. Kami tiba di Asiatique tidak lama selepas itu dan disebabkan kami masih belum menjamah a proper meal sejak tiba di Bangkok siang tadi, kami bercadang untuk makan dahulu sebelum jalan-jalan di dalam kawasan Asiatique. Di hadapan Asiatique itu terdapat sebuah foodcourt yang mana didalamnya ada dua kedai makan yang menjual makanan Halal. Kami order Nasi Kunyit dengan Ayam Goreng, Sup Kaki Ayam dan Gai Pad Krapow beserta air Green Tea dan Thai Milk Tea dengan total bayaran 245Baht (RM31) yang mana kami rasa agak berbaloi melihatkan portion makanan dan minuman yang dihidangkan , satu lagi, Sup Kaki Ayam dia memang DaBomb. Sampai ke hari ini kami dok teringat ingat. A must try!
Dengan perut yang kenyang, kami lintas semula jalan dan masuk ke Asiatique untuk pusing-pusing dan mungkin cari aiskrim green tea yang saya pernah cuba dahulu. Di Asiatique ni barang-barangnya tak semurah di Chatuchak Market, mungkin kerana barangan di sini sedikit lebih berkualiti dan a lot of premium stuffs dijual disini.  Kami duduk makan Aiskrim sambil tengok ferris wheel dan kemudian terus berangkat balik ke hotel. Sewaktu berjalan keluar dari Asiatique, kami masuk sekejap ke sebuah beauty pharma bernama Beautrium dan menurut Hana, barangan di Beautrium ni agak murah. Korang boleh try masuk dan tengok sendiri ya. Kami pulang dari Asiatique menaiki Grab. Tips, disebabkan disini bahasa menjadi satu penghalang untuk berkomunikasi dengan driver Grab, fungsi snap gambar dalam Grab chat tu sangatlah berguna. Kami  akan snap gambar kawasan sekitar dan send kepada Grab driver supaya senang mereka cari kami.
Kami sampai ke hotel dengan perut yang kenyang dan hati yg senang kerana mission matahari terbenam di Bangkok berjaya dilaksanakan. Setelah settle down, kami mula survey untuk penginapan kami di Lopburi esok. Disebabkan bilik hotel bajet kami di Bangkok ni sangatlah let down, kami decided untuk spend lebih sikit untuk penginapan di Lopburi, cari punya cari kami terjumpa PakLop Resort, harga berpatutan dan bilik nampak selesa dan luas. Kami book dan berharap Harry Suites tidak berulang di PakLop Resort.

Road to Lopburi |Keesokan paginya, kami gerak awal untuk ke destinasi terakhir kami iaitu Lopburi. Kami berjalan lebih kurang setengah jam dari hotel ke Stesen BTS Asoke untuk seterusnya ke Stesen Mo Chit. Sampai di stesen BTS Mo Chit kami turun tunggu di Bus Stop sebelah stesen dan kemudiannya ambil Bas No.3 ke Bangkok Northern Terminal Chatuchak (26Baht). Kalau korang tak pasti bila dan di mana nak turun semasa atas bas ni, cuma pastikan korang berkomunikasi dengan driver bas ataupun makcik yang kutip tiket tu ya. Mereka sangat peramah dan sebolehnya akan cuba mahu membantu.

Confusion| Bas drop kami seberang jalan berhadapan dengan Bangkok Northern Bus Terminal Chatuchak. Dari situ kami pun naik jejantas dan seberang jalan ke terminal, sesampai di terminal, kaunter kaunter tiket bas semuanya tidak menjual tiket ke Lopburi, kami naik hairan. Terlihat ada sebuah pondok kaunter informasi, kami tanyakan cara untuk ke Lopburi, rupanya untuk ke Lopburi, kami cuma boleh naik Van.Terjawab persoalan kami, masalah seterusnya, di manakah Terminal Van? Direction yang pegawai ni berikan agak samar, jadi kami pun meronda-ronda di sekitar terminal bas ini, masih tak dijumpai. Akhirnya, kami masuk ke money changer untuk tukar sedikit duit dan tanyakan di situ. Rupa-rupanya, Van Terminal terletak di seberang jalan sana, tempat di mana bas mula-mula turunkan kami tadi. Aduhai, masing-masing geleng kepala. Van terminal itu terletak cuma 20meter dari bus drop tadi, cari Bangunan B. Kami pun berjalan semula kesana dan dapatkan tiket van kami. Sampai di terminal van , kami terus dapatkan tiket (110Baht seorang) dan terus naik van. Van terus berlepas sejurus kami naik.
Lopburi | Perjalanan dari Bangkok ke Lopburi menaiki Van mengambil masa lebih kurang 2 jam 15minit. Saya memang blackout terus seusai naik van tu. Memang jenis yang cepat mengantuk bila naik kenderaan. Buka-buka mata dah masuk ke Lopburi. Memasuki wilayah Lopburi ni , kami di sambut oleh landasan jalan raya yang luas dan panjang, di kiri dan kanan jalan ada kedai-kedai lama dan sekali sekali melintasi Tesco Lotus & beberapa lagi pasar raya lain, pemandangan ini sedikit berbeza dari pengalaman saya di Kanchanaburi yang mana seingat saya, saya dihidangkan dengan pemandangan bukit bukau sebelum tiba di sana. Sampai di terminal van/bas lopburi, kami duduk seketika untuk fikirkan rancangan kami. Kami setuju untuk pergi cari makanan dulu memandangkan masing-masing dah kelaparan. Di Google tempat makanan Halal di Lopburi , kerisauan mula datang sebab nampaknya kat sini tak banyak lokasi makanan halal, literally dalam blog-blog yang kami baca cuma ada dua sahaja lokasi yang disarankan. Dan kedua-duanya terletak di kawasan lain, berdekatan dengan stesen keretapi Lopburi. 

Change of plan| kami sekarang mahu bergerak menuju ke stesen keretapi Lopburi untuk mencari makanan halal dan kemudiannya ke NooM Guesthouse untuk sewaan motor. Kami berjalan mengelilingi terminal van/bas ini untuk mencari Songthaew ataupun tuk tuk namun tak ada yang available, Grab pun sama. Aneh juga, namun sekali lagi nasib berpihak kepada kami kerana ada seorang driver van yang sedang menunggu kumpulan pelancongnya untuk tiba dan dia bersetuju untuk hantar kami ke stesen keretapi dengan bayaran 100Baht. Yang lagi bestnya, dia bawa dulu kami pusing-pusing untuk lihat tempat tarikan pelancong di tengah pekan Lopburi ni. Ketika inilah baru kami tahu bahawa Lopburi ni bukan hanya punya tarikan ladang Bunga Mataharinya, tetapi juga ada beberapa wat purba yang seakan akan menyerupai bentuk wat wat di Angkor, Cambodia. Salah satu lagi tarikan mereka adalah monyet-monyet yang menghuni wat wat purba di sini. Kalau korang ada kesempatan marilah tengok, memang banyak sangat monyetnya. Saya punya kisah hitam dikejar monyet di Taman Teruntum Kuantan Pahang dulu, jadinya cukup sekadar memerhati dari dalam van. 
Halal Food Mission| Di stesen keretapi Lopburi ni, kami menuruti apa yang ditulis dalam blog yang kami rujuk sebentar tadi. Menurutnya, kami perlu melintasi landasan keretapi ni dan di seberang sana jalan sedikit ke kiri dan ke kanan akan ada dua buah kedai makan halal. Landasan keretapi ni memang selamat dan legal untuk dilintasi ya. Jangan risau. Malangnya, setelah melintasi landasan keretapi ini kami tak berjaya menemukan kedai makanan halal yang diceritakan itu. Mungkin sudah tutup. Berpeluh jugaklah pusing-pusing kawasan perumahan disitu, nasib baik bangunan bangunan di kiri dan kanan jalan itu unik, seronok la jugak menjamah mata menilai unsur budaya disekitar pekan Lopburi ni. 
Our Cute Scooter| Kami seterusnya kembali menyeberangi landasan dan menuju terus ke NooM Guesthouse untuk mendapatkan motor kami. NooM Guesthouse ni cuma 10minit berjalan sahaja dari stesen keretapi ni dan memang kebanyakkan blog yang kami baca ada menyebut tentang sewa motor di sini. Ada reputasi yang baik. Motor yang kami dapat adalah sebuah scooter comel berwarna kuning. Exactly how we want it. Sewa motor adalah 300 Baht sehari, kami memang merancang untuk stay di Lopburi ni sehari sahaja. Minyak motor dia bubuh full dan dia expect untuk kita pulangkan balik juga full. Kalau tak full, dia akan ada charge tambahan. Pastikan korang snap gambar motor tu sebelum digunakan ya. Just in case of anything. Sebelum meninggalkan NooM Guesthouse, kami sempat bertanyakan tentang makanan halal, kot kot mereka di sini tahu. Kata mereka, pada malam hari akan pasar malam di depan stesen keretapi Lopburi ni dan akan ada seorang makcik menjual Pad Thai Halal. Kami menghembus nafas lega, masih ada harapan untuk dapat a proper meal yang halal. Tapi malam masih jauh, jadi kami terus ke hotel kami terlebih dahulu, The Paklop Resort.
The Paklop Resort terletak lebih kurang 25 minit dari kawasan stesen keretapi ni. Tidak terlalu jauh dan paling penting Paklop Resort ni terletak di laluan yang sama untuk kami ke Sunflower farm esok. Ia terletak agak dekat dengan dua sunflower farm yang terkenal di Lopburi ini, Khao Chin Lae Sunflower Farm dan Jumpee Sunflower Farm. Dalam perjalanan, kami sempat berhenti di 7E untuk beli Onigiri salmon untuk dibuat alas perut. Kesian wife kelaparan aduhai. Disebabkan kami menaiki scooter, jadi sedikit susah untuk kami navigate through Google maps ni. Risau jugak kalau-kalau Paklop Resort ni tersembunyi di balik bukit atau hutan-hutan yang buatkan kami tak perasan keberadaanya. Ada sekali kami berhenti untuk tanyakan arah kepada makcik-makcik penjaga kedai di tepi jalan, "Paklop Resort yut thi nai khrap?", ditanyakan kepada mereka, kemudiannya dibalas dengan taluan perbualan dalam bahasa Thai yang sepatah pun kami tidak faham. Kami hanya mampu "Mai Kaw Chai" dan "Mai Pen Rai" sahaja. Kelihatannya seperti mereka juga tidak pasti di mana Paklop resort ini namun bersungguh mereka mahu membantu, berulang kali kami menyebut Mai Pen Rai yang bermaksud "Tak apa",  namun mereka masih berbincang sesama mereka untuk membantu kami, sungguh ramah mereka di sini.Travelling really makes you see the kindness of the people. Akhirnya kami berlalu pergi dan mengucapkan "Kob Khun khrap" kepada mereka sambil berharap akan bertemu Paklop Resort seketika nanti
Arrived| Beberapa ketika kemudian, akhirnya, kami tiba di Paklop Resort Lopburi. Betul-betul di tepi jalan raya rupanya. Buat penat ja kami risau tadi. Melihatkan reka bentuknya dari luar, kami dah mula tersenyum. Kelihatan macam next level punya resort. Adakah kami hit the jackpot?  Ya! Hotel ini sangat cantik. Disambut dengan layanan yang sangat baik, kami cepat-cepat settlekan documentation dan bergerak ke bilik kami. Sampai di bilik, kami sama-sama macam "Wow", "Wow", 'Woowww!". Biliknya sangat luas, kami dapat parking spot kami sendiri di hadapan bilik dan di belakang ada private garden untuk kami jalan-jalan, jugak ada swimming pool untuk berendam. Interior designnya juga terasa mewah dan memang checks all the boxes yang kami harapkan.Dengan harga 1000Baht per night, kami rasa sangat berbaloi dan puas hati.
Kedai Makcik Pad Thai Halal| Malamnya kami kembali ke kawasan stesen keretapi untuk misi mencari Pad Thai Halal. Kami parking berdekatan sebuah 7Eleven di sekitar stesen keretapi Lopburi. Kami terus berjalan menuju ke pasar malam yang kelihatan seperti tak begitu meriah, tak nampak macam pasar malam sangat pun sebenarnya. Berjalan sehingga ke hujung, kami gagal menemukan kedai Pad Thai Halal yang dimaklumkan kepada kami siang tadi. Di situ ada beberapa kedai yang menjual seafood dan kuih muih, namun kami tak yakin dengan status halalnya especially bahan-bahan yang digunakan, jadi No. Kami terus kembali ke motor kami dan berbincang rancangan selanjutnya, kelihatan seperti makan onigiri salmon lagi malam ni. Aduhai.

Another twist| Helmet sudah dipakai dan kami sudah bersedia untuk gerak, tiba-tiba saya ternampak nun di seberang jalan ada satu food cart yang sedikit terpisah dari 'pasar malam' tadi, terdapat lambang bulan dan bintang berwarna hijau yang mana itu merupakan simbol foodcart halal di serata Thailand ni. I was like " Awkkk tuuu tuuu pusing belakang tuu! KEDAI MAKCIK PAD THAI!", lain macam punya bahagia tengok kedai makan tu. Dekat sahaja dengan tempat kami parking tadi rupanya. Tips untuk jumpa foodcart Makcik Pad Thai ni,kalau korang jalan dari arah stesen keretapi, food cart dia is at the furthest end of 'pasar malam' ni, sedikit terpisah dari kedai yg lain. Kami order 2 Pad Thai dan 1 omelet, boleh tapau atau nak makan kat situ. Makcik ni boleh cakap melayu pulak, memang memudahkan kerja. Lastly, korang jangan put expectation yang tinggi tau dekat Pad Thai ni, rasa dia biasa saja tapi cukuplah untuk isi perut untuk malam korang. Sesudah makan, kami singgah 7E untuk topup Jelle collagen dan kemudian balik berehat, bersiap untuk misi bunga matahari esok pagi.Alhamdulillah Tuhan bantu 2 musafir ini ketemukan makanan halal malam ni.
The Great Lopburi Sunrise| Pagi ini kami bangun awal, sangat excited untuk menyelesaikan misi bunga matahari kami dan check one of our bucketlist items! Barang semua dah siap kami packed cuma akan kami tinggalkan sebentar barang kami di bilik Lopburi resort yang cantik ni sementara kami ke ladang bunga matahari. Check out pukul 12.00pm. Kami keluar dari bilik seawal lebih kurang jam 6.15am(subuh masuk jam 5 lebih). Terus menuju ke destinasi kami yang juga kemuncak journey kami ini iaitu Jumpee Sunflower Farm. Beberapa minit diatas motor, kami berdua masing-masing menggigil kesejukan. Suhunya ketika itu terasa dingin yang lain macam. Sweater pula tak dibawa bersama kerana kami tak jangka akan sesejuk ini. Dalam kesejukan pagi, sepanjang perjalanan lebih kurang 30minit ke ladang ini, kami dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang menakjubkan. Jalan kosong, hari masih belum bermula, rumah-rumah masih gelap, hanya kami dan alam. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan dan kejadian yang kami saksikan ini. Kata-kata dan foto tidak mampu memberikan justifikasi terhadap pemandangan dan perasaan yang kami alami ini. Kalau ke sini, saya sangat-sangat sarankan korang untuk buat exactly the same, keluar awal dan saksikan sendiri.
Jumpee Sunflower Farm| Selepas lebih kurang 30 minit perjalanan, kami akhirnya tiba di Jumpee Sunflower Farm. Hanya kami sahaja pengunjung yang ada di situ. Penjaga ladang ini juga baru sahaja tiba dan masih lagi mengemas kedai-kedai kuaci dan souvenir di hadapan ladang. Bayaran masuk cuma 10Baht seorang dan we had the farm literally to ourselves. Memang hanya kami di situ. Sumpah cantik sangat pemandangan disini.Bunga mataharinya besar-besar dan ada yang lebih tinggi dari kami! YES! Misi Bunga Matahari Lopburi akhirnya tercapai! 
Begitulah perjalanan kami untuk merealisasikan idea kami ke Lopburi ini. Perenggan-perenggan berikutnya adalah tentang perjalanan kami pulang semula ke Malaysia. You can skip this part and carry on with your activity, I know its been a super long post. Thank you for reading till here tho!
The Overstay| Kami habiskan a good 2 hours at the sunflower farm dan kemudiannya pulang ke bilik hotel. Daripada hanya sebuah idea, akhirnya berjaya direalisasikan. We did it! Sesampai di bilik hotel, Hana suarakan ideanya, "we are not rushing anywhere right? apa kata kita stay lagi sehari dekat Paklop Resort ni?",  saya pun "heck yes lets do that!", resort ni sangat cantik dan kami dah jatuh hati dengan vibe di Lopburi ni, jadi why not. Saya terus ke receptionist dan inform untuk extend penginapan kami tapi rupanya bilik kami sekarang ada customer yang dah reserved selepas kami. Jadinya, kami tukar ke bilik yang lain dan upgraded ke bilik yang ada bathtub. Tambahan 1200 Baht dikenakan. Kami turut call NooM Guesthouse untuk maklumkan kami akan tambah lagi sehari untuk motor. 300Baht ditambah. Kami puas hati dan tak kesali keputusan untuk stay lagi sehari itu. 

Halal Food Mission Still| Petang itu, sekali lagi misi mencari makanan halal. kami keluar pergi ke pasaraya Robinson dan Tesco Lotus untuk pastikan kebarangkalian mereka ada section menjual makanan halal, kerana ada sumber mengatakan mereka punyai section itu. Namun yang kami jumpa hanya biskut Hup Seng dan Kopiko buatan Malaysia. Ternyata mereka tak punya section halal. Suggestion Hana selanjutnya adalah , untuk kami cari masjid berdekatan dan tanyakan di situ. Masjid yang terdekat ada dalam lingkungan 2km dari Tesco Lotus Lopburi ni, itu destinasi kami.

The Attack| Setiba di masjid, masa tu lebih kurang jam 4.30pm, rupanya masjid itu dah ditutup. Pagar berkunci rapat dan masjid kelihatan usang. Dalam kami asyik memerhatikan masjid itu, tiba-tiba datang seekor anjing besar berlari kearah kami. Panik,kami terus memecut laju keluar dari kawasan itu. Jantung berdegup macam nak meletup. Keluar dari kawasan itu, kami redha sahaja. Kalau dah memang tak ada tempat lain, kami hanya akan ke Makcik Pad Thai sekali lagi. Tidak rushing kemana-mana, kami mengunakan masa yang ada untuk pusing-pusing Lopburi ni dan see what else yang ada. Pusing punya pusing, kami somehow ended up di satu tempat rekreasi yang mana terlihat penduduk tempatan berjogging, zumba dan macam-macam lagi aktiviti lain. Tempat ini bersih dan lapang, dan kami berdua decide untuk turun dari motor dan berpicnic disini. Berbekalkan buah-buahan, kami duduk di tepi jalan melihat mereka bersantai sambil menunggu matahari terbenam. Memang port yang baik untuk lihat sunrise/sunset. Kalau korang nak kesini, boleh search in google maps Chaloem Phrakiat. Somewhere dekat situ. Matahari terbenamnya sangat cantik dan penutup yang paling sesuai untuk hari kami di Lopburi.
Halal Food Mission Ended| Keesokannya, kami sudah betul-betul sedia untuk bergerak pulang ke Malaysia. Dari Lopburi ke Bangkok kami menaiki train.Oh ya, ingat lagi kedai makanan halal yang kami tak jumpa masa mula-mula sampai Lopburi tempoh hari? Kalini kami berjaya menemukan kedai tu! Semua hasil bantuan penjual tiket train di situ. Rupanya memang kedainya berada di lorong kecil yang memang payah nak notice.Tips, Lintas landasan keretapi, terus belok kiri, jalan 20 langkah kedepan then terus belok kanan, 15 langkah lagi kedepan terus belok kiri. Masuk lorong kecil dan terus jalan kedepan korang akan nampak kedai 'kerusi merah'. Kami order macam dalam gambar di bawah dengan harga 190Baht.
The End of The Adventure|Seusai makan dan pulangkan motor sewa, kami pun menaiki train ke Bangkok jam 12.20pm. Dari Bangkok ke Hatyai kami menaiki Bas (815Baht each) kerana tiket train sudah habis untuk sehingga 2 hari berikutnya. Dan dari Hatyai ke Padang Besar, kami menaiki Van (50Baht each). Sempat berkenal-kenalan dengan sebuah keluarga yang bermurah hati untuk menumpangkan kami kereta mereka sehingga ke Sungai Petani namun kami tolak kerana tak nak menyusahkan mereka sekeluarga yang jauh lagi perjalanannya.Alhamdulillah kami selamat sampai ke Sungai Petani menaiki KTM lebih kurang jam 10.30pm. 
Incidents| Pengalaman backpacking kali ni memang tak akan saya lupakan seumur hidup. Banyak insiden-insiden sepanjang trip ni yang membuatkan kami melihat sungguh dunia ni sebenarnya penuh dengan manusia yang baik hati, contohnya ada seorang makcik yang memberikan kami makanan yang dibelinya apabila kami tanyakan di mana dia beli makanan halal. Di penghujung trip kami ini sebenarnya ada banyak lagi drama yang berlaku, Hana akan ceritakan selanjutnya dalam penulisan dia. Dia juga akan sentuh lebih detail tentang kos sepanjang kami disini serta banyak lagi tips untuk korang yang merancang untuk melawat Lopburi. 
Lastly, sebelum ini sewaktu saya travel seorang diri ke Korea dan Kanchanaburi, saya rasakan travel solo is the best. You get to know yourself and whatnot, tetapi rupanya bila ada seorang lagi insan lain yang ada misi yang sama dan dapat berkongsi pengalaman seperti ini, perasaannya lebih hebat. This trip is not just about the destination, its about the people we met along the way, the feelings we shared when we witnessed God's beautiful creations and its about all the obstacles that we managed to overcome together.Indeed,the journey is the story. Terima kasih dekat korang yang masih baca sampai sini, kalau korang nak go through again untuk rujuk suggestion dari kami, saya dah letak dan boldkan perkataan "Tips" sepanjang penulisan ini. Terima kasih sekali lagi, inshaAllah kita jumpa lain entri.

By Kimi

Thailand, Sunflower Farm Lopburi, Lopburi, Lopburi Sunflower Farm, Backpacking in Thailand, Makanan Halal Di Lopburi

  • Share:

You Might Also Like

0 comments