Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, September 19, 2022

Tour Guide Best Semporna Trip : Zafqan Travel & Tours | Confirm Puas Hati!
Assalamualaikum & Hello sunchasers | Pada entry kali ini saya akan ceritakan tentang pengalaman kami ke Semporna, Sabah dengan menggunakan pakej percutian daripada Zafqan Travel & Tours. This is definitely one of the best trips ever, kami masih tak boleh move on sampai sekarang. Masih terbayang-bayang lagi warna air laut turquoise kat sana, sangat menenangkan jiwa. Bak orang kata, the tan will fade, but of course the memories will last forever.
Seperti yang korang tahu, kami jarang travel menggunakan travel agent sebab acah backpacker gitu tapi this one was an exception. Setelah mengambil kira jarak perjalanan yang agak jauh dari Tawau Airport ke Semporna dan juga keperluan penggunaan boat continuously di Semporna, travel agent is a must then! Rasanya lebih jimat daripada manage sendiri. Package yang kami ambil daripada Zafqan adalah package all in bermula daripada airport pickup, hotel, snorkelling, makan, boat tour sehinggalah dihantar semula ke airport untuk berlepas pulang. 

Saturday, July 11, 2020

Tempat Best Untuk Makan UFO Tart di Sandakan | San Da Gen Kopitiam's Specials!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Bila di Sandakan, kalau korang tanya apa makanan unik yang hanya terdapat di Sandakan ataupun yang berasal dari Sandakan, antara jawapan yang akan disebut pastinya UFO Tart. Haa jadi bila dah tahu yang UFO Tart ni memang special kat Sandakan, haruslah kita cuba kan?  Tour guide kami & wakil Tourism Malaysia Sabah telah bawa kami untuk cuba salah satu kopitiam yang menyediakan UFO Tart yang terbaik sekali di seluruh Sandakan, namanya San Da Gen Kopitiam.


Friday, October 4, 2019

Saturday, September 21, 2019

Kembara Sabah V.1 - Tabin Wildlife Resort | 2 Hari 1 Malam Mendekati Alam
Assalamualaikum & Hello Sunchasers! 11hb - 15hb September tempoh hari saya telah berkesempatan untuk menyertai Media FAM Trip ke Lahad Datu & Sandakan Sabah. Sedih terpaksa tinggalkan Hana untuk beberapa hari tapi pada masa yang sama, teruja untuk kenali rakan-rakan baru dan terokai keindahan alam Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Kalau ada yang ikut saya di Instagram (@Kimijamai) pasti perasan untuk gambar-gambar di Sabah tempoh hari, saya turut sertakan #VisitMalaysia2020 dan #VisitSandakan sebagai satu initiatif untuk mempromosikan produk produk perlancongan khususnya di Sandakan dan Lahad Datu, Sabah ini. Untuk perkongsian kali ini, saya ingin membawa korang semua masuk jauh ke dalam hutan, bebas dari sesak dan kekalutan bandar, untuk mendekati alam di Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu.



Friday, September 6, 2019

Sandakan Food & Agriculture Festival 2019

Sandakan Food Festival Datang Lagi!

Assalamualaikum Sunchasers! Sandakan Food Festival kali ke-2 kembali lagi September ini setelah mendapat permintaan ramai selepas penganjurannya buat kali pertama, kali ini pesta ini datang dalam format baru yang merangkumi pengeluaran pertanian di Bandar Sandakan. Dikenali sekarang sebagai Sandakan Food & Agriculture Festival, ia akan menawarkan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan unik serta hasil pertanian tempatan yang dibawa dari pedalaman Sandakan.