Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Monday, September 19, 2022

Assalamualaikum & Hello sunchasers | Pada entry kali ini saya akan ceritakan tentang pengalaman kami ke Semporna, Sabah dengan menggunakan pakej percutian daripada Zafqan Travel & Tours. This is definitely one of the best trips ever, kami masih tak boleh move on sampai sekarang. Masih terbayang-bayang lagi warna air laut turquoise kat sana, sangat menenangkan jiwa. Bak orang kata, the tan will fade, but of course the memories will last forever.
Seperti yang korang tahu, kami jarang travel menggunakan travel agent sebab acah backpacker gitu tapi this one was an exception. Setelah mengambil kira jarak perjalanan yang agak jauh dari Tawau Airport ke Semporna dan juga keperluan penggunaan boat continuously di Semporna, travel agent is a must then! Rasanya lebih jimat daripada manage sendiri. Package yang kami ambil daripada Zafqan adalah package all in bermula daripada airport pickup, hotel, snorkelling, makan, boat tour sehinggalah dihantar semula ke airport untuk berlepas pulang. 

Di sini kami kongsikan pakej yang kami ambil secara ringkas:

4D3NPackage
🎯RM785/pax Adult 
🎯RM392/pax 5-12 Years Old 
✅Airport Transport Return 
✅Accomodation Maglami2 WaterHouse 2 Night ( untuk trip kami, kami stay di Singamata Adventure & Reef Resort)
Accomodation A Hotel 1 Night 
✅Island Hopping Package 3 Day Visit 8 Island 
✅Equipment Snorkeling 
✅Insurance 
✅Guide 
✅BLD - breakfast, lunch & dinner

Kami kongsikan itinerary daripada Zafqan secara detail juga ye, tapi tak 100% sama dengan trip kami di sana, diorang ni flexible, ok je ikut kita punya request and timing.



Apa yang kami suka dengan Zafqan Travel & Tours?

Boat paling meriah | Kami rasa bangga sangat naik boat Zafqan sebab boat diorang adalah anhtara boat yang paling meriah kalau jika hendak dibandingkan dengan boat-boat lain. Mana taknya, ada speaker besar dalam boat yang play lagu sepanjang kami berada di atas boat, tengok boat lain banyak yang sunyi sepi. Personally, i really enjoy the experience looking at the turqoise sea and blue sky while listening to the music, feeling so small in the limitless sea, subhanallah. 



Tour Guide Best | Sepanjang 2 hari kami berada di atas boat, guide yang ikut kami memang sangat membantu dan tak lekang dengan senyuman. Memang baik sangat. Diorang ni punya swimming technique jangan cakap lah, siap boleh buat show dekat kami dari dasar laut. Untuk yang tak pandai swim macam Hana ni, guide dia sabar je bawak swim dengan pelampung. Seriously, tak ada langsung perasaan kena judge sebab tak reti berenang dan tak pernah pun diorang tanya dah nak naik ke belum walaupun banyak kali kita pusing-pusing di tempat yang sama.


Snorkeling | Kami berpeluang berkunjung ke beberapa buah pulau yang cantik. Antaranya ialah Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Mataking Besar, Pulau Timba-Timba dan Pulau Pom-Pom. Memang terbaik selection pulau dalam package Zafqan, sebab pulau-pulau ini adalah antara yang mempunyai paling banyak coral dan ikan yang cantik. Tapak sulaiman pun ada! Kalau bernasib baik, boleh nampak penyu. 





Makanan | Kalau pergi ke Semporna tak sah lah kalau tak makan seafood betul tak? Zafqan pun tak melepaskan peluang bawak kami semua pergi seafood dinner di DNR Restaurant. Memang banyak sangat selection menu di sini dan semua seafood yang dihidangkan gemuk-gemuk belaka. Portion besar pulak tu, sampai tak larat kami semua nak habiskan. Memang puas makan seafood di sini, tak boleh dapat seafood fresh macam ni di tempat kita rasanya. Semasa di Tawau, kami juga dibawa ke kedai mi tauhu, boleh dikatakan makanan famous yang wajib kita cuba sekiranya berkunjung ke Sabah. Untuk makanan sepanjang aktiviti snorkeling pulak, Zafqan memang dah pack siap-siap makanan dalam bekas plastik untuk kami makan di pulau-pulau tertentu. Mudah sangat, sedap pulak tu, nak mintak tambah pun tiada masalah.



Resort Atas Air | Sepanjang berada di Semporna, kami stay di Singamata Adventure & Reef Resort. Memang cantik resort ni, dekat atas air! Yang paling best sebab resort ni ada view point yang lawa sangat, korang nak star gazing malam-malam pun boleh.




Overall rating for Zafqan Travel & Tours : 🌟🌟🌟🌟🌟




Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: