Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, September 6, 2019

Sandakan Food & Agriculture Festival 2019

Sandakan Food Festival Datang Lagi!

Assalamualaikum Sunchasers! Sandakan Food Festival kali ke-2 kembali lagi September ini setelah mendapat permintaan ramai selepas penganjurannya buat kali pertama, kali ini pesta ini datang dalam format baru yang merangkumi pengeluaran pertanian di Bandar Sandakan. Dikenali sekarang sebagai Sandakan Food & Agriculture Festival, ia akan menawarkan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan unik serta hasil pertanian tempatan yang dibawa dari pedalaman Sandakan.

Bermula dari 13hb hingga 15hb September 2019, festival ini akan dimeriahkan dengan acara makanan di seluruh bandar Sandakan - pertandingan memasak dan membakar, bengkel memasak, demo makanan, pelbagai acara makanan & kraf dan bakal di rasmikan di Perkampungan Festival Makanan di Bandar Kim Fung, sebuah pinggir bandar yang meriah lebih kurang 10 minit memandu dari pusat bandar. 
Penambahan bagi musim ke-2 festival ini adalah pameran hasil pertanian. Hasil tanaman seperti sayur-sayuran organik, buah-buahan dan produk makanan dari hutan hujan Borneo akan menjadi tarikan utama di pameran ni! 
Bagi aktiviti Farm-to-Table , festival ini juga akan menampilkan pengalaman santapan istimewa di Sandakan, jauh di pedalaman yang memberikan suasana tenang  dan juga pemandangan yang pastinya indah. Dari produk penduduk kampung kepada resipi turun temurun, pengunjung bakal berpeluang merasai makanan dan juga pengalaman warga setempat Sandakan.

Penganjur juga bakal membawakan semula aktiviti popular seperti Sandakan Amazing Food Race, pertandingan Sandakan Grand Chef Cooking & Bakery untuk mencungkil bakat terpendam penduduk tempatan. 
Sandakan Tourism Association bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Sabah akan membawa kira-kira 30 penulis media sosial dan blogger makanan dari Semenanjung Malaysia, Singapura dan Kota Kinabalu untuk mendalami Sandakan bersempena pesta ini dalam usaha untuk mempromosikan Sandakan sebagai destinasi perlancongan yang kaya dengan keunikan kulinari. Oleh itu jemputlah datang dan rasakan sendiri semua makanan dan hasil pertanian yang ditawarkan Sandakan! 

Sandakan Food & Agriculture Festival 2019 dianjurkan oleh Sandakan Tourism Association dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah, Malindo Air, Maswings dan GrabCar. 
Saya mewakili Chasing The Sun juga akan turut berada disana untuk melakukan liputan bagi pesta ini. Kalau korang berkelapangan, jemput datang dan kita jumpa di sana ya! 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.facebook.com/sandakanfoodfest/
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: