Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, August 8, 2020

Harley's Hombarista | Plan Subscription Kopi Untuk Korang Yang Kaki Kopi!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat semuanya ya! Dalam entri kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang kopi.. Untuk pengetahuan korang, Kimi merupakan hantu kopi. Memang dari zaman sekolah, uni dan sehingga sekarang lah dia memang dengan tegarnya consume coffee.


Jadi, bila owner Harlye's Burgers & Roasters contact kami untuk cuba kopi diorang under diorang punya Harley's Hombarista subs plan, kami pun onz. Basically, dengan Harley's Hombarista ni, korang akan subscribe untuk bayar bulanan sewa coffee maker dan juga coffee capsules dari Harley's Burger's and Roasters. Diorang ni wellknown dengan diorang punya premium coffee juga selain burgers. Kami pernah review burgers & coffee diorang dulu kat SINI & SINI. Details mengenai subscription plan tu korang boleh download melalui link kat bawah ni.

Thursday, October 31, 2019

Nikmati Kopi Premium di Harley's Burgers & Roasters!
Assalamualaikum Readers | Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dan sentiasa dalam lindunganNya.



Mengidam nak minum kopi premium? Mengimpikan pencuci mulut yang serba mewah? Pada hari Ahad yang lepas, saya dan beberapa lagi sahabat mendapat permintaan untuk membuat satu review di restoran yang terletak di Cyberjaya. Restoran ini bernama Harley's Burgers and Roasters. Di restoran ini, terdapat beberapa menu utama seperti burger daging, burger ayam, ayam goreng jeluk dan beberapa lagi menu utama yang lain. Tak sangka pula, di sini juga terdapat hidangan kopi premium segar dan juga beberapa pencuci mulut khususnya kek yang sangat sedap. 

Tuesday, September 17, 2019

Harley's Burgers & Roasters : Burger Segar Untuk Penggemar Burger Sejati
Assalamualaikum Sunchasers! Harap korang semua sihat walafiat dan dalam lindungan dan rahmat Tuhan ok. Saya baru sampai ke rumah selepas 5 Hari 4 Malam meneroka keindahan alam di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Akan saya tuliskan catatan sepanjang saya di sana dalam entri yang lain kerana entri kali ni adalah tentang makanan! 

Sejurus tiba dari Sabah, alang-alang dah berada di KL, saya buat keputusan untuk tambah satu entri bagi kembara makanan untuk Chasing The Sun ni dan kali ini pilihan saya adalah untuk cuba restoran burger yang diinspirasikan daripada In-N-Out Burger dari Amerika Syarikat di mana kesegaran bahan adalah fokus utama. Restoran yang saya maksudkan adalah Harley's Burgers & Roasters yang terletak di Cyberjaya.