Assalamualaikum Sunchasers! Harap korang semua sihat walafiat dan dalam lindungan dan rahmat Tuhan ok. Saya baru sampai ke rumah selepas 5 Hari 4 Malam meneroka keindahan alam di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Akan saya tuliskan catatan sepanjang saya di sana dalam entri yang lain kerana entri kali ni adalah tentang makanan!
Sejurus tiba dari Sabah, alang-alang dah berada di KL, saya buat keputusan untuk tambah satu entri bagi kembara makanan untuk Chasing The Sun ni dan kali ini pilihan saya adalah untuk cuba restoran burger yang diinspirasikan daripada In-N-Out Burger dari Amerika Syarikat di mana kesegaran bahan adalah fokus utama. Restoran yang saya maksudkan adalah Harley's Burgers & Roasters yang terletak di Cyberjaya.
Sampai sahaja kami di sana, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah hiasan luar dan dalaman restoran ini yang terlihat sangat premium. Kami tiba lebih kurang jam 6.30pm dan ketika itu tidak terlalu ramai pengunjung lain. Oh ya, saya datang bersama dengan 3 orang lagi rakan saya , Farhan, Aiman & Ima. Sorang pun tak pernah lagi cuba Harleys Burgers & Roasters ni. Kami semua teruja nak makan tapi tak pasti apa yang mahu di 'order' . Mujur pekerja di kaunter tu baik hati untuk terangkan satu per satu menu utama mereka.
Menu yang korang boleh order kat sini |
Setelah mendapat sedikit penerangan tentang menu disitu, kami buat keputusan untuk order 3 Combo Set dengan setiap satu combo set itu ada signature Burger mereka dan satu Burger Vegetarian, selebihnya kami tambah juga menu sampingan dan pencuci mulut untuk lengkapkan keseluruhan menu kami. Untuk minuman, kami order Jus Epal, Tembikai, Iced Lemon Tea dan Strawberry Milkshake. Kat bawah ni adalah menu yang kami pilih tak termasuk pencuci mulut.
Makanan
- Combo Set - 4 X 4 Cheese Burger with Potato Salad and Drink
- Combo Set - 5 X 5 Harley's Burger with Coleslaw and Drink
- Combo Set - Chicken Burger with French Fries
- Vegetarian Burger with Paneer Cheese
- Hot Wings
- Popcorn Chicken
- Chili Cheese Fries
Kalau korang nak makan Burger dekat sini kena pastikan perut memang kosong sebab portion burger yang disediakan memang besar. Untuk 5X5 Harleys Burger tu memang literally burger paling besar pernah saya makan seumur hidup. Ni memang tak tipu. Korang tengok sendirilah dekat gambar yang kami ambik ni.
Ingat tak tadi saya sebut Harley's ni diinspirasikan oleh In-N-Out Burger di Amerika Syarikat yang mementingkan kesegaran bahan, memang korang boleh rasa betapa juicy nya patty daging burger kat sini. Kalau korang bukan jenis yang teliti sangat pun korang akan perasan yang daging burger tu memang segar & juicy.
Menurut apa yang saya baca, patty di sini dibuat dari daging lembu premium Australia yang bebas dari bahan pengawet serta perasa dan pewarna tiruan. Dan itu memang kami tak deny langsung. Serious jelas kesegaran patty burger tu.
Menurut apa yang saya baca, patty di sini dibuat dari daging lembu premium Australia yang bebas dari bahan pengawet serta perasa dan pewarna tiruan. Dan itu memang kami tak deny langsung. Serious jelas kesegaran patty burger tu.
Hot Wings dan Popcorn Chicken yang kami order pun sedap. Paling dekat saya boleh bandingkan untuk Hot Wings tu adalah ayam goreng di 4 Fingers. Haa kalau korang suka ayam di 4 Fingers, korang akan suka juga Hot Wings di sini. Kena cuba!
Untuk pencuci mulut pula kami pilih 3 jenis kek iaitu Pandan Cake, Salted Caramel Cake dan hot selling kek diorang iaitu Burnt Cheese Cake. Korang kalau datang wajib try Burnt Cheese Cake tu! Tapi kena datang awal sebab kek tu selalu habis awal menurut pekerja kat situ.
Ini dia Burnt Cheese Cake yang padu tu! |
Secara keseluruhan, saya senaraikan di bawah antara perkara-perkara utama yang buatkan saya rasa puas hati dengan pengalaman pertama makan di Harley's Burgers & Roasters dan semestinya akan datang semula jika berkesempatan.
1. Kesegaran Daging Burger
2. Jus segar yang dibuat tanpa gula
3. Burnt Cheese Cake!
4. Suasana/Ambience yang selesa dan sangat luas
5. Pilihan Kek yang banyak
6. Kopi yang di brew segar depan mata korang (saya akan tuliskan satu entri istimewa untuk kopi ni)
7. Pekerja sangat membantu (sangat penting untuk kes macam kami yang tak pernah makan kat sini, shout out to Nordin & Shah sebab bantu kami)
8. Servis yang cepat.
Ok, jadi itulah 8 points utama yang buatkan pengalaman saya pertama kali makan di Harley's ni positif dan kalau ada peluang, ya saya akan datang semula ke sini, sekarang pun dok terbayang dah daging burger tu. Fuhh. Sebagai sebuah jenama restoran milik rakyat Malaysia, Harley's Burgers & Roasters berada di landasan yang tepat untuk menjadi lokasi pilihan utama bagi penggemar burger sekitar Lembah Klang.
Ok sampai sini dulu untuk kali ni, kalau korang ada cadangan restoran-restoran unik untuk saya cuba boleh komen di bawah ya! Saya sertakan kat bawah ni maklumat tentang alamat dan media social diorang untuk korang dapatkan matlumat lebih lanjut ya! Jumpa lagi di lain entri!
Ok sampai sini dulu untuk kali ni, kalau korang ada cadangan restoran-restoran unik untuk saya cuba boleh komen di bawah ya! Saya sertakan kat bawah ni maklumat tentang alamat dan media social diorang untuk korang dapatkan matlumat lebih lanjut ya! Jumpa lagi di lain entri!
Instagram : https://www.instagram.com/harleysmalaysia/
Facebook : https://web.facebook.com/HarleysMalaysia
0 comments:
Post a Comment