Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, August 15, 2020

Hotel Tour #6 : Staycation In Nature @ Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Staycation kali ni, saya & husband terasa nak mandi sungai and enjoying nature. Minggu lepas berpeluang ke Warung Bonda di Rumah Hutan, Batang Kali (milik Bonda Rozita). Tak nak pergi jauh dari ibu kota tapi masih mahu berehat menikmati nature, jadi minggu ini kami cuba menginap di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort - milik Alif Syukri.


Ada banyak pilihan bilik dgn harga serendah RM100/Malam di sini. Paling menarik, nama bilik bilik di resort ni semuanya unik-Halia Bara, Derhaka Mertua, Gadis Lompat, Bobo Dimana, Janda Lawa, Janda Berhias, Rumah Batak, Sedap Malam. Alhamdulilah bilik kami sopan je namanya, Pandan Wangi.


Menurut saya harganya berpatutan sekiranya datang pada weekdays. Kalau weekend, rate bilik akan menjadi double tp masih berbaloi kerana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan utk beriadah bersama keluarga.

Aktiviti yang bole dilakukan di Sugeh Resort:


1.Mandi sungai

Terdapat anak sungai di dalam resort ini, berdekatan kawasan Rumah Batak. Sungai disini dijaga dengan baik dan airnya memang bersih. Nikmat sangat dapat mandi sungai di bawah pepohon yang redup sambil piknik bersama keluarga. Terdapat beberapa gazebo yg disediakan sepanjang sungai untuk kegunaan penginap di sini.



2.BBQ

Kali pertama saya melihat resort yang menyediakan port bbq yang proper di hampir kesemua rumah disini. Jadi tak perlu berebut port dgn penginap lain. Cuma bawa makanan yg diperap, arang, alatan membakar sahaja. Tempat bbq juga dilengkapi lampu di sekitarnya, jadi bole sambung ber-bbq hingga ke malam hari.





3.Mini Zoo

Anak anak kecil jugak tidak akan bosan berada disini kerana mereka boleh melawat haiwan yang dipelihara di sini. Tentu saja haiwan di sini tidak sebanyak di zoo negara. Antara haiwan yang ada di resort ini, rusa, burung merak, kuda dan angsa.




4.Flying fox, ATV, Horse Riding

Bagi penginap yang sukakan aktiviti lasak,boleh la mencuba flying fox kat sini. Saya juga tak melepaskan peluang utk ber-flying fox. Hanya bayar rm30 di kaunter receptionist di lobby, dapatlah terbang utk 2 pusingan.Selain itu, ada juga aktiviti horse riding disediakan, this one kami tak sempat utk mencubanya.Jika datang dengan kawan kawan next time, in shaa Allah kami nk cuba naik ATV pulak.




5.Berbasikal

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kawasan sekitar resort dgn menaiki basikal. Sweet jugak naik basikal 2-seater dgn pasangan smbil menikmati udara petang.Anak anak pon mesti gembira dapat berbasikal bebas di sekitar resort.


6.Bilik Karaoke

Ada bilik karaoke yg disediakan dan bole digunakan secara percuma oleh semua penginap Sugeh Resort. Anda hanya perlu book sahaja di kaunter receptionist lobby berserta deposit rm50. Satu sesi adalah selama 2 jam, bole la lepaskan gian mikrofon dengan keluarga /kawan kawan. Biliknya luas, selesa terletak bersebelahan swimming pool.



Jika hanya mahu chill di bilik, pon boleh. Lepak saje di balcony bilik masing masing sambil update Instagram. Eh😂Sambil bermalas malasan, just enjoy the nature. Rasa nyaman sangat sebab sekeliling resort dipenuhi pepohon hijau. Overall, Sugeh Resort is recommended! Selamat beristirehat.










Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: