Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, August 22, 2020

Hotel Tour #7 : Bao Sheng Durian Farm | Nature Retreat in Balik Pulau, Best Tak?

Assalamualaikum and Hello Sunchasers | Alhamdulillah weekend kali ni kami sempat short escape ke Balik Pulau, Penang! Tak sangka plan last minute dan booking on the spot membuahkan hasil. Kami akan kongsikan serba sedikit pengalaman kami di sini bersama anda semua! Seperti yang tajuk kat atas tu tulis, hotel yang kami nak bawa korang tour adalah Bao Sheng Durian Farm @ Balik Pulau. 


Terletak di Balik Pulau, Penang. Tak susah pun nak cari tempat ni, boleh waze je. Kalau yang tak biasa ke Balik Pulau, jangan duk mai waktu malam na, jalan dia mencabar kona-kona! Bila dah nampak sign dekat jalan tu akan ada self doubt sikit nak drive masuk, sebb jalan dia bercerun tinggi. But dont worry, dah betul dah tempatnya, masuk je. 

Bilik-bilik di sini direka khas supaya menghadap pemandangan kebun durian. Memang seronok lah feeling dalam bilik yang ada view nature direct di depan mata. Kami ambil bilik biasa, Tatami Room. Seperti namanya, interior bilik ini bertemakan ruang dalam rumah di Jepun. Memang betul-betul terasa vibe nature retreat. One more thing, takde masalah internet dan line ye di sini. Tiptop!


Berapa harganya? Harga bagi Tatami Room hanya RM180 semalam. Not bad lah for this hidden gem! Dengan view yang macam tu, rasanya memang sangat berbaloi. Ada juga Villa yang lebih besar, harga RM360. 







Breakfast included dengan harga bilik. Kalau nak pergi makan di luar pun boleh juga, tapi disebabkan lokasinya yang agak secluded ni, kedai makan agak jauh juga, boleh pilih untuk pergi ke Batu Feringghi ataupun Balik Pulau. Not an issue pun, cuma just something yang korang perlu tahu.




Perkara Perlu Tahu Sebelum Book Bilik Di Bao Sheng Durian Farm | Kepada yang nak datang ke sini, please be informed that Tatami Room ni tak ada attached bathroom ye. Kena keluar bilik untuk ke bilik mandi dan juga tandas. Tapi percaya cakap kami, kawasan compound & corridor Tatami Rooms ni tak terbuka sangat, so takde la rasa tak selesa nak ke toilet. Shared bathroom dia pun bersih dan selesa. This is not a big problem sangat lah kepada kami berdua. For those yang nak stay di bilik yang ada attached bathroom kena ambil villa

One more thing, kepada yang takut anjing tu, kentalkan jiwa ye. Banyak anjing kat sini tapi semua jenis yang tak peduli dengan kehadiran manusia, okay je. Kami yang pengecut anjing ni mula mula sampai tu agak berdebar juga la tengok anjing anjing ni,tapi bila tengok anjing tu buat dunno ja dekat kami, kami pun gagahkan ja diri.Tapi jangan risau, anjing tu tak berkeliaran di kawasan bilik, cuma di parking sahaja. Area bilik clear

Bilik bilik Tatami ni dipisahkan by very thin wall di antara satu bilik dengan bilik yang lain, so nak bersembang rancak tu kena tahan sikit la ya, takut mengganggu jiran di bilik sebelah. Kami pun berbisik bisik ja sepanjang kat sini..haha..Again, not an issue, tapi something yang perlu tahu sebelum datang sini.

Overall, kami enjoy dengan stay last minute booking kami di Bao Seng Durian Farm ni. Biliknya cantik, dikelilingi nature yang menenangkan, staff pun baik dan ramah. Kalau korang nak lari sekejap dari kesibukan kerja dan kekalutan kota, haaa ini antara lokasi terbaik untuk korang tujui. Harap perkongsian ni dapatlah sedikit sebanyak bagi a glimpse of Bao Sheng Durian Farm ni kat korang yang mungkin teringin nak datang selepas tempat ni viral di group Facebook BBM tempoh hari. Boleh book diorang di Agoda, Booking.com & other booking platform ya. Ok, jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.








Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: