Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, August 22, 2020

Hotel Tour #7 : Bao Sheng Durian Farm | Nature Retreat in Balik Pulau, Best Tak?
Assalamualaikum and Hello Sunchasers | Alhamdulillah weekend kali ni kami sempat short escape ke Balik Pulau, Penang! Tak sangka plan last minute dan booking on the spot membuahkan hasil. Kami akan kongsikan serba sedikit pengalaman kami di sini bersama anda semua! Seperti yang tajuk kat atas tu tulis, hotel yang kami nak bawa korang tour adalah Bao Sheng Durian Farm @ Balik Pulau. 


Terletak di Balik Pulau, Penang. Tak susah pun nak cari tempat ni, boleh waze je. Kalau yang tak biasa ke Balik Pulau, jangan duk mai waktu malam na, jalan dia mencabar kona-kona! Bila dah nampak sign dekat jalan tu akan ada self doubt sikit nak drive masuk, sebb jalan dia bercerun tinggi. But dont worry, dah betul dah tempatnya, masuk je. 

Bilik-bilik di sini direka khas supaya menghadap pemandangan kebun durian. Memang seronok lah feeling dalam bilik yang ada view nature direct di depan mata. Kami ambil bilik biasa, Tatami Room. Seperti namanya, interior bilik ini bertemakan ruang dalam rumah di Jepun. Memang betul-betul terasa vibe nature retreat. One more thing, takde masalah internet dan line ye di sini. Tiptop!


Berapa harganya? Harga bagi Tatami Room hanya RM180 semalam. Not bad lah for this hidden gem! Dengan view yang macam tu, rasanya memang sangat berbaloi. Ada juga Villa yang lebih besar, harga RM360. 

Saturday, August 15, 2020

Hotel Tour #6 : Staycation In Nature @ Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Staycation kali ni, saya & husband terasa nak mandi sungai and enjoying nature. Minggu lepas berpeluang ke Warung Bonda di Rumah Hutan, Batang Kali (milik Bonda Rozita). Tak nak pergi jauh dari ibu kota tapi masih mahu berehat menikmati nature, jadi minggu ini kami cuba menginap di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort - milik Alif Syukri.


Ada banyak pilihan bilik dgn harga serendah RM100/Malam di sini. Paling menarik, nama bilik bilik di resort ni semuanya unik-Halia Bara, Derhaka Mertua, Gadis Lompat, Bobo Dimana, Janda Lawa, Janda Berhias, Rumah Batak, Sedap Malam. Alhamdulilah bilik kami sopan je namanya, Pandan Wangi.

Tuesday, February 4, 2020

Hotel Tour #2: Royale Chenang Resort | Perkampungan English di Pulau Langkawi
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang ada plan nak pergi ke Langkawi dan masih belum book hotel lagi, mari sini saya nak cadangkan satu hotel yang tengah up and coming now dekat area Pantai Tengah (5 minit away dari Pantai Chenang). Nama hotelnya, Royale Chenang Resort dan hotel ni baru sahaja dilancarkan pada Januari 2019. Beberapa minggu yang lepas, saya sendiri berpeluang menginap di hotel yang cantik ni dan sajalah nak bawa korang tengok sekitar kawasan Royale Chenang Resort ni.