Monday, July 27, 2020

Tempat Makan Best Di Sungai Petani | Korang Kena Datang Ke Biggy & The Ahli Kopi!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang rakyat sekitar Sungai Petani dan mencari satu port lepak baru yang hipster, menyediakan makanan yang lazat dan kopi yang terangkat, say no more, mari lah datang bertandang ke Biggy & The Ahli Kopi. Kami baru cuba harini dan sudah nampak bakal datang berkali kali lagi lepas ni.


Staff disitu bagitahu kami, restoran Biggy & The Ahli Kopi baru berusia setahun, boleh dikatakan masih tengah nak 'up'.Namun kami percaya, restoran ni akan menjadi salah satu lokasi tumpuan bagi mereka yang sukakan satu kelainan in their dining experience. 


Restoran yang terletak betul-betul di tengah bandar Sungai Petani ini dari luarnya nampak macam barber shop tau, serious kami macam was-was sekejap tadi. Haha. Tapi bila masuk, haaa kami sukakan aesthetic vintage yang ditonjolkan di dalam restoran ini. Bermula dari helaian menunya sehinggalah ke hiasan frame di dinding. Dari segi ruang, kelihatan macam sedikit sempit tapi surprisingly bila dah duduk, langsung tak terasa dan langsung tak terfikir tentang ruang, all we talked about was the food and the coffee! 







Untuk lunch tadi kami makan berempat, jadi boleh lah cuba banyak sikit menu diorang. Kami order Nasi Goreng Ahli Kopi, Nasi Ayam, Fat Stuff Meatball Bolognese dan akhir sekali Fat Stuff Beef Alfreddo. Bila makanan tiba, terkejut kami, ingatkan salah meja! Rupanya menu yang ada 'Fat Stuff' di depannya, akan dihidang didalam sepotong roti dan dihantar ke meja kami vertically on a stand! Haha. Terkejut sampai tertukar sapa order apa. Sorry kami noob! Semua yang kami order on point sedap dan portion sangat besar. Worth every penny!





Satu item yang kami memang nak korang cuba kalau korang datang makan kat sini adalah, Kopi Jalan Patani. Kopinya memang kaw, agak powerful tapi not too much! Just nice and it really give you that kick. So korang kena order tau signature kopi diorang ni.


Overall, kami rasa korang pun dah boleh nampak betapa kami sukakan penemuan terbaru kami ni. Haha. Makanan yang sedap, service yang cepat, vintage ambience yang unik dan kopi yang padu. Apa lagi yang korang mahukan? Kami kongsikan Facebook page diorang dengan alamat kat bawah untuk korang pergi cuba makan dekat Biggy & The Ahli Kopi. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.




Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: