Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Thursday, July 30, 2020

Pengalaman Pertama Kali Kami Mencuba FOREST BATHING (Shinrin-Yoku) Di The Habitat Penang Hill!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Dua minggu yang lepas, kami sekali lagi berkunjung ke The Habitat yang terletak di Bukit Bendera Pulau Pinang. Walaupun dah kali yang kedua, tapi still excited dari malam sebelumnya lagi sebab dah boleh bayang dia punya back to nature punya vibe tu. Selalu orang datang Penang untuk food hunting dan street art, tapi Penang actually has a lot more to offer. Boleh try untuk explore dia punya nature side pula! Kalini, kami ke The Habitat untuk cuba buat Forest Bathing (Shinri-Yoku)!


Kami bertolak dari Kulim sekitar jam 7.30 pagi dan sampai di Bukit Bendera lebih kurang jam 9 pagi. Sesampainya di Bukit Bendera, kami dah gelabah main pusing-pusing dekat parking bertingkat. Akhirnya sampai tingkat 5A baru ada parking! Fuhh, ramainya manusia dah datang sini pagi-pagi ye. Berdasarkan pengalaman yang lepas datang ke Bukit Bendera, proses nak naik train ke atas ni mungkin boleh menyebabkan sakit kepala. Tapi tak kira, Habitat punya pasal, InshaAllah berbaloi beb.


Surprisingly, bila masuk dalam tengok aik, normal tak ramai sangat orang. Beratur beli tiket train pun cuma 5 minit sahaja. Harga tiket train bagi dewasa biasa ialah RM12 untuk pergi dan balik. Sejurus selepas dapat tiket, terus pergi ke tempat naik train. Tak sampai 5 minit train dah sampai! Yassss. Sempat lagi kami berdua selfie.


Setelah sampai di atas, kami melihat sekeliling mencari booth The Habitat, tapi tak nampak pula. Rupanya The Habitat dah tak ada booth macam time kami pergi tahun lepas. Booth yang kami datang dulu tu cuma temporary booth je sementara tunggu The Habitat siap sepenuhnya. Now, diorang dah ada their own grand entrance. Dekat je dengan dataran Bukit Bendera tu. Terbaik! 







Kami pun terus menuju ke Kaunter tiket. Untuk kali ini, kami ambil pakej Forest Bathing atau nama melayunya Mandi Embun. Pada waktu dan ketika tu, kami memang clueless dan tak ada expectation apa pun tentang Forest Bathing. Jadi, kami berminat nak tahu lebih lanjut tentang keseluruhan proses Forest Bathing kat The Habitat ni. 

Forest Bathing ni akan start tepat jam 10 pagi dan kami akan bersama dengan 5 orang pengunjung lagi. Guide yang ditugaskan untuk berada bersama kami ialah Low dan Farah. Seriously Low ni best gila! Boleh nampak yang dia memang suka alam semulajadi. Penerangan yang dia bagi pun mantap dan berkesan.


Sebelum program bermula, kami ada briefing session dahulu. Melalui penerangan yang Low bagi, Forest Bathing ni sebenarnya berasal dari negara Jepun, di sana ia dipanggil Shinrin-yoku. Kerajaan Jepun siap jadikan program ni sebagai dia punya National Health Program lagi. Di Jepun, kadar kematian disebabkan stress yang melampau amat tinggi, jadi diorang memerlukan satu program yang dirangka khas untuk menurunkan stress level rakyat diorang. Melalui kajian, Jepun telah mengenalpasti Forest Bathing adalah satu aktiviti yang paling sesuai untuk diorang implement sebagai National Health Program untuk merendahkan tahap stress pekerja-pekerja di Jepun.

Low juga berkongsi dengan kami tentang study yang dijalankan di Jepun dimana dua kumpulan pekerja diberikan percutian selama 3 hari 2 malam di hutan dan di bandar.  Memang ketara perbezaannya, dapat dilihat stress level diorang yang bercuti di hutan turun dengan mendadak manakala diorang yang bercuti di bandar agak mendatar. Pada sesi ini, kami akan menggunakan lima deria utama kita untuk menyerap positive energy from the forest; deria rasa, bau, sentuhan, pendengaran dan penglihatan.Tak sabar!



First, kami mulakan dengan deria penglihatan. Kami dibekalkan dengan kanta permbesar setiap seorang. Makanya sibuk lah kami semua membelek pokok, daun, bunga, serangga serangga dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini kita dah familiar dan selalu tengok dekat rumah tepi jalan dan sebagainya. Tapi sedihnya, kita tak pernah hargai. Walaupun dah tengok banyak kali kita tak pernah tahu yang ada pokok nampak sahaja daunnya hijau, tetapi bila diselak di belakangnya rupanya berwarna ungu. Sama lah juga macam manusia kan, never judge a book by its cover. A little self reminder to myself. 






Kemudiannya kami dibawa ke satu lookout point ni untuk melihat keindahan alam semulajadi yang terbentang luas. Low minta kami semua tengok pokok yang paling dekat dan yang paling jauh, dari pangkal hinggalah ke puncak. Kerdilnya kita di bumi Allah ini kan? Exercise deria penglihatan ni bertujuan untuk membuka minda kami to live in the moment and pay attention at our surrounding right now. 

Kerap kali kita terlampau risaukan tentang masa hadapan dan sesalkan masa lalu sampai kita terlupa hargai keindahan disekeliling kita pada waktu sekarang. Jadi lepas ni kami kena belajar untuk chill dan hargai alam sekeliling kami. Love the philosophy behind this exercise!






Next, kami diminta pula berbaring di atas yoga mat yang tersedia dan melihat ke langit. Memang best okay perasaan ni! Kami kemudiannya diajar breathing exercise atau lebih specific lagi, Wim Hof Breating Technique. Surprisingly lepas buat breathing exercise tu, kami tak ada langsung masalah untuk tahan nafas hingga lebih dari 2 minit. I think we can go even further than that kalau bukan sebab hujan yang sudah mula turun renyai-renyai. Sejuk ja rasa. 

Kami kemudiannya bergerak pula ke next checkpoint untuk menguji deria pendengaran. Kami diminta duduk di bangku di bawah satu sheltered area dan pejamkan mata sambil diiringi dengan bauan aromaterapi tea tree oil yang dipasang oleh Low. Kami diminta meninggalkan sebentar semua masalah dunia dan tumpukan perhatian dengan bunyian di sekeliling. Memang terasa nyaman mendengar bunyi rintikan hujan diiringi kicauan burung-burung seakan membentuk sebuah melodi hutan. 





Sejurus selepas aktiviti untuk deria pendengaran, kami terus sambung dengan smelling activity pula di tempat yang sama. Low dah kumpul beberapa jenis tumbuhan dan minta kami semua pejamkan mata sambil hulurkan tangan. Bila dah dapat tumbuhan, kami diminta ramas benda yang kami pegang untuk mengeluarkan dia punya aroma. Tak sangka weh, kita yang dikatakan jenis yang memasak la jugak, tak kenai bau daun kunyit. Adoiii, jatuh saham. Bau yang paling saya suka tak lain tak bukan mestila bau biji kopi. Boleh addicted dengan bau ni. 






Sesudahnya aktiviti smelling, kami bergerak pula ke last check point untuk menguji deria rasa. Masa ni, badan memang dah terasa ringan. Memang betullah orang cakap duduk kat hutan ni bila kena dengan caranya, kita dapat tenangkan fikiran. I second that!

Di checkpoint terakhir, kami berkumpul di bawah khemah sementara Low menyiapkan hidangan untuk kami semua. Kami juga akan ada tea ceremony! Low kemudiannya kembali dengan membawa 7 wooden steamer yang masing- masing di dalamnya terdapat beberapa jenis buah-buahan/sayuran. Ada peria, timun, epal, passion fruit dan seaweed. Nampak tak variasi buah yang diberi ikut kita punya 5 deria rasa utama?



Pertama sekali, kami diminta untuk makan Peria. Memang terasa pahit. Saya makan sikit je tak habis! Tapi perlu ingat, yang pahit ni lah banyak khasiat. Seterusnya kami makan pula Epal. Kami diajar untuk letak buah tersebut di bahagian depan lidah supaya kemanisan buah tu benar-benar terasa. Selepas itu, kami makan pula buah Passion Fruit yang masam dengan biji-bijinya sekali. Tak sangka sedap rupanya buah ni. Last sekali makan Seaweed, maklumlah we save the best for last kan. 

Aktiviti makan-makan ni walaupun nampak simple tapi buat kita sedar bila kali terakhir kita makan sesuatu dan kita hayati betul-betul rasa makanan tu? Kadang-kadang kita tak fikir banyak, terus makan je. Pandai betul Low tackle kita punya daily life dengan aktiviti ni. 


Selepas selesai tasting session, Low mulakan pula tea ceremony menggunakan Teh Misai Kucing. Low ceritakan juga kepada kami sejarah upacara minum teh ini yang telah menjadi amalan raja dan masyarakat Cina sejak dari dulu lagi. Banyak juga etika minum yang betul yang kami pelajari. Menarik sekali!







Di penghujung program, kami semua sempat buat round table sambil berkongsi pengalaman masing- masing sepanjang program. Ternyata semua orang bagi feedback yang positif. Memang tercapai matlamat kami semua nak sedut aura positif dan kurangkan stress. Kalau ada program overnight atau camping lepas ni, memang for sure kami akan join! Untuk kita yang bekerja ni, seriously kita perlu aktiviti-aktiviti macam ni once in a while untuk refresh balik our body and mind. 

For sure kami akan repeat The Habitat Penang and we look forward to more exciting activities! Secara keseluruhannya, kami sangat puas hati dengan keputusan kami untuk cuba 2 jam Forest Bathing di The Habitat ni. Selesai kesemua aktiviti & exercise, kami percaya Low dan team berjaya menyedarkan kami tentang falsafah utama di sebalik Forest Bathing ni iaitu, to live in the moment dan hargai semua yang ada disekeliling kita pada waktu ini. 

Tak dilupa juga secara scientificnya memang Forest Bathing ni mampu menguatkan immune system kita (we really need a strong immune system with the pandemic condition nowadays) dan juga mampu mengurangkan kadar stress kita. Kami rasa bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat ni supaya lebih ramai yang tahu tentang Forest Bathng ni, dan mungkin boleh rasai sendiri pengalaman di The Habitat Penang Hill. 




By the way, bagi yang join forest bathing ni, setelah tamat aktiviti boleh la jalan- jalan di dalam The Habitat ni. Luas okayyyy. 











Kat bawah ni kami ada buat Vlog sikit untuk kongsi pengalaman kami dalam bentuk video pulak dengan korang, harap korang suka dan jangan lupa subscribe channel kami tauuu!


Kepada korang yang berminat untuk buat Forest Bathing ni dekat The Habitat Penang Hill, korang boleh book session korang dengan contact terus nombor ni +60196457741 ataupun email diorang  dekat  inquiry@thehabitat.my . Korang kena book cepat tau sebab setiap session cuma boleh masuk 6 hingga 7 orang. Sekarang pula tengah ada promo! Jommss korang! Boleh dapatkan info lagi dekat website diorang https://thehabitat.my/ ok! Alright, sampai di sini sahaja untuk entri kali ni. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.





Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: