Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, January 8, 2021

Tempat Makan Best Di Sungai Petani | Mari Chill & Lepak di The Kafeina Depot SP!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang penduduk Sungai Petani dan sedang mencari port untuk chill dan lepak sambil nikmati kopi dan juga layan ambience yang super retro, haa kami ada nak rekemen satu tempat makan best ni dekat SP. Kami pun baru ja discover cafe ni, tu pun parents Kimi yang suggest. Haaa nampak tak betapa up to date nya our folks. Haha. Cafe yang kami maksudkan adalah The Kafeina Depot SP. 



Ambience | Kami nak rekemen cafe ni mainly sebab the ambience is super cool. Dia macam a mixture between retro and vintage plus a little bit of boho punya style. A lot of oldies stuff (radio, basikal & macam macam lagi!). Tumbuhan dan pokok pun banyak dijadikan dekorasi di kafe ni ! Kombinasi yang menarik! And yang lagi uniknya, dalam cafe ni siap ada sebuah kedai baju bundle lagi tau! They definitlely nailed the ambience department. So, kudos! 7/10. Meh tengok!








Makanan | Untuk korang yang tak tahu nak order apa, mungkin boleh cuba menu yang kami cuba iaitu Kafeina Cheese Burger , Chicken Teriyaki Poke Bowl dan juga Chicken Chop. All were delicious! Cheese burger dia daging memang sangat juicy. Rasanya the beef patty is homemade. Diorang juga ada coffee station and barista kat situ tapi disebabkan kami dah bantai Starbucks earlier that day, so can't have coffee anymore! So, 6/10 for the food but not sure on the coffee. Maybe next time we'll try the coffee, for sure.



Overall, kami rasa The Kafeina Depot SP ni worth untuk korang datang. Especially for those yang enjoy these vintage/retro vibe. I'm sure you'll appreciate the aesthetic here. Kami dok nampak cafe ni bakal naik dan mungkin juga bakal viral tak lama lagi. Diorang baru beroperasi setahun, boleh dikira baru lagi dan merupakan satu penambahan yang menarik untuk arena cafe di SP ni. So, marilah jemput datang dan try sendiri makan & lepak dekat The Kafeina Depot SP ni ya. Diorang buka jam 3:00pm sampai 11:00pm and tutup cuma pada hari Rabu. Korang search saja nama diorang memang akan jumpa direction kafe ni. Itu saja untuk kali ni. Assalamualaikum!



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: