Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Sunday, April 14, 2019

Honeymoon in Seoul - Winter 4D3N Itinerary (and bonus for Spring)


Why you should consider honeymoon in the city – especially, Seoul Korea?

Ramai tak memilih untuk berbulan madu di bandar besar seperti Seoul, “Sesak, crowded”, kata mereka. Honeymoon adalah masa untuk bersenang-senang, lari dari kesibukan bandar. Namun Seoul bukanlah bandar yang anda patut elakkan sebagai destinasi berbulan madu. Kesibukan kota Seoul tidak akan menjejaskan percutian romantik anda dan si dia. Perkembangan ekonomi Korea Selatan tidak memberi kesan kepada historical dan cultural negara tersebut disebabkan kerajaan negara tersebut sangat menitikberatkan preservation and conservation of these things, thus, Seoul is the city where the past and present coexist

Di samping menawarkan historical and cultural experiences, Seoul juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda lakukan bersama pasangan dan lokasi-lokasi romantis untuk dikunjungi. Dari kunjungan-kunjungan yang lepas pada musim sejuk dan spring, saya merasa janggal berada di Korea seorang diri tanpa pasangan. Maka saya simpulkan Winter & Spring adalah musim berkasih sayang. Love is in the air. Di-mana-mana saja anda dapat melihat pasangan kekasih. Drama Korea memotretkan bahawa Korea adalah kota penuh cinta - saya setuju. Terutamanya pada kedua musim ini. Terdapat banyak lokasi penggambaran drama-drama menjadi lokasi wajib untuk dikunjungi bukan saja pencinta drama Korea tetapi juga pasangan yang hangat bercinta.

Seoul tidak meletihkan. Anda hanya perlu enjoy dan follow sample itinerary yg saya sediakan kat bawah. Di samping itinerary perjalanan, saya akan selitkan beberapa tips peribadi yang mungkin dapat membantu anda untuk plan percutian berbulan anda bersama yang tersayang.

Personally, saya selalu mengidamkan percutian berbulan madu ke kawasan pergunungan yang sejuk seperti Kundasang atau ke negara 4 musim pada musim sejuk. Kenapa? Suhu memainkan peranan guys. Terutamanya untuk membangkitkan mood meneroka kota tempat yang dilawati. Kalau panas, rasa stress nak berjalan. Kalau stress-stress tak romantik lah kan? Jadi kat sini saya nak bagi sample 4D3N honeymoon itinerary in Seoul in winter time. Sila baca hingga akhir kerana saya akan selitkan itinerary honeymoon in spring pulak. Cause its a lil too late for winter preparation for this year, but you can still use it for next year, kan? Okay, selamat membaca.

Day 0 - Hari Perjalanan

Let's just not include this day in the itinerary. Sebab perjalanan ke Korea dari Kuala Lumpur memakan masa lebih kurang 7 jam. Hampir separuh hari jika termasuk proses yang terpaksa dilalui kat airport.

Tips 1  Pilih waktu perjalanan pada waktu pagi atau tengah hari. Kenapa? Sebaik anda menaiki penerbangan pada waktu pagi, anda akan tiba di Incheon Airport pada waktu petang. Anda masih mempunyai masa untuk settle down, tunaikan solat jamak di airport bagi yg beragama Islam sebelum bertolak ke Seoul. Perjalanan dari airport ke Hotel anda mungkin akan memakan masa sejam. Maka, anda akan tiba di Hotel pada waktu sesuai untuk anda check in. Ambil masa berehat sebentar, sebelum keluar menikmati nightlife yang sememangnya berbeza dari negara kita. Honeymoon adalah masa untuk berehat, santai dan menikmati setiap moment bersama pasangan anda. Tak perlu rushing. Enjoy!

Day 1 - Historical & Cultural Day


Visit the Palaces | Mulakan hari anda dengan memahami sedikit mengenai sejarah dan kebudayaan Korea dengan melawati salah satu daripada 3 istana ini : Gyeongbokgung (the main palace), Deoksugung, Changdeokgung. Anda boleh mengikuti lawatan percuma bersama English guide untuk lebih mudah memahami latar belakang istana dan serba sedikit mengenai sejarah dan budaya masyarakat Korea.

Tips 2  Untuk lebih romantis  disamping be one with the crowd, anda boleh menyewa matching/couple hanbok - pakaian tradisional Korea. Kini hanbok telah di moden-kan sedikit, jadi anda berkemungkinan akan dapat melihat pelbagai fabrik dan corak menarik pada hanbok yang anda sewa. Harga sewa adalah bergantung kepada waktu sewaan dan jenis hanbok - bermula dari serendah RM35/sejam hingga RM120/24jam dan hanbok tradisional adalah lebih murah berbanding hanbok moden.

Strolling around the traditional village and hip area | Teruskan perjalanan anda ke sebuah kawasan perumahan tradisional korea yang masih kekal hingga kini - Bukchon Hanok Village. Tempat yang wajib dikunjungi di Seoul untuk anda semadikan photo kenangan bersama tersayang berlatar-belakangkan the past & present of Seoul. Hanok adalah rumah tradisional korea yang diperbuat dari bahan asas seperti kayu, batu, tanah, jerami dan kertas. Ciri khas hanok adalah pada seni bida bumbung dan tembok yang dapat membezakan keunikan seni bina Korea dengan Jepun dan China. Bukchon Hanok Village masih didiami sehingga sekarang, jadi adalah sopan kiranya pengunjung mengekalkan suara pada volume rendah agar tidak mengganggu para penghuni rumah-rumah tersebut.

Selepas itu, anda boleh meneruskan perjalanan di sepanjang Samcheong-dong Cafe Street di mana terdapat banyak kafe-kafe unik termasuklah rooftop cafe seperti Cafe Breezin ini. Teguk secawan kopi sambil menghayati pemandangan daerah bersejarah Seoul bertemankan yang tersayang.

Sekiranya suhu terlalu sejuk, anda dan pasangan boleh mengunjungi tea house seperti Cha Teul ini untuk merasai pengalaman minum teh secara tradisional di dalam hanok.

Tips 3 Saya sarankan anda untuk membawa tripod atau monopod untuk hasil photo yang lebih menakjubkan! Alternatif bagi tripod adalah keramahan anda. Bagaimana? Gunakan keramahan anda untuk meminta pertolongan dari pengunjung lain untuk menjadi photographer sementara anda

Traditional Market | Singgah di salah satu traditional market berdekatan Gyeongbokgung iaitu Tongin Market. Rasai pengalaman berbelanja makanan istimewa tempatan menggunakan duit syiling lama Korea. Try the spicy tteokbokki! Sooo nice!
Sunset from N Seoul Tower | Menara komunikasi yang menjadi lokasi penggambaran beberapa scene romantis drama Korea wajib anda kunjungi! Menghayati sunset sambil menikmati churros overlooking the city of Seoul dan  'kunci' cinta anda dan si dia di Locks of Love. Pada waktu malam pula, naik ke tingkat atas menara untuk menghayati indahnya kota Seoul pada waktu malam. Suasa di sekitar menara pada waktu malam sangat romantis dengan lampu pelbagai warna. For sure it's the worst place for a single person to be but the greatest for couple.


Day 2 - Romantic Course


Sign up for a workshop, visit art gallery or museum | Mulakan hari kedua anda dengan mengikuti handmade workshop seperti membuat cincin atau perfume atau menyulam. Anda dapat mengenali pasangan dengan lebih lagi melalui aktiviti-aktiviti seperti ini. Alternatively, anda boleh melawati art gallery di kawasan Insadong sambil menjamu mata anda di Ssamziegil Market dengan pelbagai barangan handmade yang super unik.

Enjoy walking on the sky | Kunjungi Haneul Park yang merupakan salah satu dari World Cup Park Seoul. Taman yang terletak 98m dari aras laut ini dipanggil taman langit (Haneul=Sky). Dan 'Taman Lalang' ini sangat cantik pada musim sejuk kerana anda seakan berada di dunia yang lain. Luahkan cinta anda pada pasangan sambil berjalan seakan di atas awan.

Tips 4  Save your energy. Terdapat tiga cara untuk anda sampai ke Haneul Park ini iaitu berbasikal, hiking dan menaiki 200++ anak tangga atau menaiki cart. Cart ini seakan minivan yang membawa pengunjung berulang-alik dari tempat parkir ke taman dengan harga 3,000won (lebih kurang RM12).


Be kids again | Winter holiday is not complete without this activity. Bawa pasangan anda meluncur salji di Ttukseom Hangang Park Sledding Hill. Masa untuk menunjukkan anda lelaki sejati, sewa sebuah sled dan meluncurlah bersama pasangan anda. Jadi kanak-kanak semula tetapi masih berada dalam elemen romantis.


Free skate under the night sky | Di Malaysia, kita perlu bayar untuk ice skating. Tapi di Seoul pada musim sejuk, anda boleh skate secara percuma di hadapan City Hall atau juga dikenali sebagai Seoul Plaza. Terdapat sebuah padang yang dijadikan ice rink sepanjang musim sejuk dan dibuka kepada umum. Siapa tahu aktiviti sukan seperti ini boleh menjadi sangat romantis, kan? Apatah lagi di tambah dengan elemen seperti lampu berwarna-warni dan muzik. Rasanya seakan berada di dalam filem Disney.


Day 3 - Special Day


Create your own version of 'Winter Sonata' | Hari ini anda perlu keluar sedikit dari Seoul dan mengunjungi lokasi penggambaran drama Winter Sonata iaitu Nami Island. Drama yang merupakan suatu fenomena. Maka, tak hairanlah sekiranya sehingga kini, 17 tahun selepas drama ini disiarkan, masih banyak lagi pengunjung yang datang ke Nami Island disebabkan drama tersebut. Sebuah lokasi penggambaran drama yang telah menjadi salah satu lokasi yang mendapat jumlah kunjungan paling tinggi di Korea.


Tips 5  Salah satu scene romantis di Nami Island dalam drama tersebut adalah ketika kedua watak utama menaiki basikal di sepanjang deretan pokok pine dan pokok maple. So, anda boleh menyewa basikal bersama pasangan untuk melakonkan semula scene tersebut. Or simply to cover the whole island. Nami Island berkeluasan 460 m2 itu mempunyai ciri yang berbeza di setiap sudut. Maka basikal merupakan medium terbaik untuk anda mengelilingi pulau tersebut.

Go skiing under the moonlight | Pada sebelah petang, and boleh menaiki bas menuju ke Ski Resort yang terletak berhampiran Nami Island iaitu Vivaldi Park. Ski resort ini merupakan lokasi penggambaran drama Legend of the Blue Sea untuk scene Lee Min Ho dan Jung Ji Hyun bermain ski pada waktu malam. Anda boleh menginap satu malam di ski resort tersebut dan merasai pengalaman meluncur salji pada waktu malam. Tentunya waktu malam lebih selesa kerana tidak sesak dan lebih romantis bertemankan cahaya bulan.

Tips 6  Anda boleh mendapatkan tiket shuttle bus dari Nami Island ke Vivaldi Park di pejabat pusat pelancongan yang berdekatan dengan booth tiket ferry untuk ke Nami Island.

Day 4 - Shopping Day


Shop all you want | Bertolak pada waktu pagi meninggalkan ski resort kembali ke Seoul kerana syurga shopping menanti anda dan pasangan. Hari terakhir merupakan hari berbelanja menghabiskan sisa-sisa wang Korea yang masih ada disamping berbelanja buah tangan untuk ahli keluarga. Namdaemun Market merupakan tempat yang anda harus lawati. Buah-buahan, sayur-sayuran, cenderamata, baju, beg, ginseng, street foods, barang perhiasan dan banyak lagi ada dijual di pasar ini. Sekiranya Namdaemun Market tidak memuaskan nafsu shopping anda, sila berkunjung ke Dongdaemun Shopping Area. Dongdaemun merupakan kawasan jualan pukal, namun terdapat juga banyak kedai yang menjual barangan dengan harga yang murah.

Sekiranya anda berada di kawasan Dongdaemun, anda boleh singgah sebentar di Dongdaemun Design Plaza untuk mengambil gambar kenangan berlatarbelakangkan bangunan yang memiliki seni bina yang sangat unik ini.

Dan sebelum meninggalkan Seoul untuk menuju ke airport, anda boleh mencuba pelbagai jenis street foods di sepanjang kaki lima shopping mall di kawasan ini yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 pagi hari berikutnya. Saya sarankan anda memilih waktu perjalanan pulang dari Korea ke KL pada waktu tengah malam. Kerana anda tidak perlu bergegas untuk ke airport dan sejurus menaiki kapal terbang anda boleh segera berehat sehingga tiba di KL pada keesokan harinya.

Okay, selesai itinerary berbulan madu singkat dan padat tetapi santai dan romantis.

Bonus untuk spring honeymoon pula saya simpulkan dalam jadual dibawah. Basically agak sama dengan itinerary musim sejuk. Saya hanya tukar aktiviti pada hari kedua dan ketiga kerana faktor musim (sila rujuk bahagian berwarna merah) . Spring atau musim bunga sudah semestinya sesuai untuk berbulan madu. Oleh itu, saya selitkan banyak lokasi yang lebih menarik dan romantis untuk dikunjungi.  Jadi apa tunggu lagi, rancanglah perjalanan anda sekarang.


You're welcome. 
For more additional info, check out my personal blog or my instagram account with #ISescapade.

By Chasing The Sun Guest Writer
Ima















Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: