The Treasured Island: Samoa

How would I describe Samoa in one word?
"Unique"

Pernah kah anda mendengar tentang negara bernama Samoa ini? Saya rasa, Samoa ini bukan lah destinasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Honestly sebelum bercadang untuk join trip ni, saya sendiri pun satu habuk tak tahu tentang negara ini. Adalah sedikit online research yang saya buat sebelum pergi supaya tak completely jadi rusa masuk kampung. Bimbang jugak rasa pada awalnya sebab melalui online reading, Samoa ni nampaknya agak berbeza sedikit in terms of culture berbanding tempat tempat yang saya pernah lawati sebelum ini. Mereka agak traditional dan sangat menitikberatkan soal adat budaya. Walaupun ada federal government in place, tetapi negara ini sangatlah village-centric di mana penduduk penduduknya belong kepada kampung-kampung tersendiri. Untuk setiap kampung pulak, akan ada 'matai' iaitu chief, dan ada pula village village rules nya. Jadi, trip kali ini sememangnya adalah one of a kind, dan lain dari yang lain. Saya bagaikan ke sebuah negara orang asli, yang kewujudannya kurang diketahui di mata dunia!

Location| Kalau dalam world map, Samoa ni almost tak nampak pun. Sebab kecik sangat and right at the end of the map. Antara negara-negara Pacific Island lain yang berjiran dengan Samoa adalah Fiji dan Tonga. Lokasi nya adalah somewhere around the region yang saya bulat kan dalam map di bawah, just to give you all an idea where it is. Memang dekat ceruk dunia kan?


Negara ini adalah sangat isolated from the rest of the world to the point that some of them do not even know of Islam. Namun, jangan risau kerana mereka sangat lah menghormati agama dan budaya lain. Barang barang brand harian yang kita juga agak sukar untuk didapati di negara ini kerana tak banyak imported products di Samoa. Mungkin kerana lokasi pulau ini yang agak isolated membuatkan ia kurang strategic untuk international trade. Jadi sekiranya anda ingin melawati negara dalam region Pacific Island ini, sangat lah disarankan to bring your travel essentials (sunblock, cosmetics etc) siap siap. Chances are you won't be able to get your everyday brand here. The weather is pretty much like Malaysia, hot and humid. So you know what you should pack.

Sebagai lokasi percutian, Samoa dan negara negara Pacific Islands ini bagi saya sesuai untuk orang orang yang adventurous, sukakan laut dan nature. Juga untuk orang yang inginkan a unique cultural twist to your vacation. For those who truly love beaches and sunsets, this will be your paradise on earth. But warning, to those who are a fan of bustling cities and entertainment, it's gonna bore you to death kot saya rasa huhu. 

Beach & Nature| Selepas tiba di Samoa, saat bergerak saja dari Faleolo International Airport saya sudah pun terpesona dengan keindahan negara ni. Uish lain macam cantiknya. Santai dan sangat indah. Kerana Samoa ini adalah negara kepulauan yang agak kecil, duduk almost anywhere pun boleh nampak pantai yang terbentang luas. Air lautnya pula bukan seperti pantai pantai yang saya pernah nampak sebelum ini. Sangat tenang dan jernih. Sambil sambil tu dikiri kanan jalan diselit sekali dengan permandangan kampung dan pokok pokok hiasan tanaman orang kampung. Penduduk Samoa ni jugak ramai yang berjalan kaki, so sambil sambil bersiar tengok pemandangan tu dapatlah tengok sekali ragam penduduk tempatan. Saya sesungguhnya sangat lah enjoy car rides di Samoa sebab pemandangan tepi jalannya memang out of the world. Perasaan damai dia tu sangat lain. Di sini saya selitkan beberapa footage scenery di Samoa yang saya dapat record dari atas kereta.
Disebabkan permandangan sepanjang jalan yang sangat cantik, sangatlah recommended untuk sewa kenderaan pusing pusing pulau ini. So lebih senang untuk berhenti tangkap gambar etc. Ada banyak pantai pantai yang saya lawati sepanjang berada di kepulaun ini. Walaupun air laut memang ada di mana mana sepanjang jalan, namun untuk mandi, picnic dan lain lain aktiviti lebih sesuai untuk ke pantai yang dikhaskan. Antara tempat yang sempat saya singgah dalam ekspedisi mengelilingi pulau ini adalah Lalomanu Beach. Lalomanu Beach ini terletak dalam kampung, so kami kena bayar sedikit untuk masuk ke pantai ni. Untuk pengetahuan anda, pantai/sungai di Samoa ni kebanyakannya memang menjadi 'hak' sesebuah kampung, so kena bayar kepada kampung tersebut untuk visit.
Kelebihan pantai-pantai di Samoa ini on top of airnya yang jernih ialah ia tidak crowded! Kerana Samoa ini belum lagi dicommercialise sepenuhnya sebagai pusat pelancongan seperti negara jirannya Fiji, belum ramai yang tahu tentang keindahan negara ini. Definitely a plus point for those who love tranquillity.

Kesempatan pusing-pusing pulau ini jugak saya ambil untuk melawati To-Sua Ocean Trench, yang merupakan salah satu daripada beberapa oceanic trench yang wujud di dunia. Saya sememangnya sangat excited untuk ke sini kerana kecantikan oceanic trench sememangnya sudah lama saya dengar. Perjalanan ke To-Sua Trench ni memang sangat menarik kerana kiri kanan jalan dihiasi bukit bukau berselang seli dengan lautan. Lepastu ada pulak macam macam jenis haiwan sepanjang jalan - anjing, lembu, kuda, babi. Dah macam masuk safari pulak rasanya haha. Silalah jangan turun dari kereta apabila lalu di kawasan kawasan macam ni ye, takut berbahaya pulak. Semasa saya dan rakan-rakan ke To-Sua Oceanic Trench ini, kami tiba terlalu awal, jadi kawasan trench ini belum dibuka untuk pengunjung! Tempat ini hanya dibuka untuk pengunjung starting from around 11:30 am.

This is where things got really interesting. Kerana kami ada beberapa jam untuk diluangkan sebelum trench dibuka, kami decide untuk YOLO je drive around dan masuk ke resort beaches yang sememangnya bersepah sepanjang jalan. Waktu ini, saya dan rakan-rakan ternampak sebuah simpang kecil yang tak tahu menghala ke mana. Kami decide untuk main redah je lah since kami pun tiada hala tuju! Kononnya explorers gitu. And guess what? We totally hit a jackpot! Di sebalik simpang kecil ini rupanya tersembunyi suatu teluk dekat a resort beach yang sangat cantik! Seabreeze Resort namanya. Rasa nak menangis bila terfikir betapa beruntungnya kami. Haha over sangat. Tapi tempat ni memang cantik ya amat siap ada orang snorkelling sebab jernih sangat airnya. Kami end up makan di resort ni, minum air kelapa dan spent hours here enjoying the scenery! Sempat main terup lagi sambil tengok laut. Resort beach ni memang free to visit, but the water activities are limited to only the guests yang stay there lah. Kami terlalu sukakan tempat ni sehingga siap check harga untuk one night stay. Tapi kerana kami dah pun ada accommodation lain di Apia dan agak mengejar masa, so tak jadi. Kawan saya Din memang determined untuk come back to Samoa one day sebab nak stay dekat resort ni.

Usai meluangkan masa di Seabreeze Resort, kami terus menyambung balik misi kami untuk visit To-Sua Ocean Trench. Alhamdulillah kawasan trench pun dah dibuka untuk pengunjung. Trench ni terletak dalam sebuah taman, so perlu pergi ke tengah tengah taman untuk tengok trench nya. Tapi untuk turun betul betul ke trench tu yang agak dalam, kena melalui suatu tangga kayu yang agak seram sejuk saya tengok. Curam. Saya ni dah lah tak pandai berenang dan careless, kalau tergelincir dari tangga tu memang tergolek masuk dalam trench lah jawabnya. Jadi saya batalkan hasrat untuk turun tangga tu. Namun tak rugi datang ke sini kerana view trench ini walaupun hanya dari atas sangatlah cantik. Ramai juga orang yang mandi manda di trench ni, tak kurang juga yang buat terjunan dari atas tangga. Mat saleh lah kebanyakannya yang sukakan stunt stunt macam ni. Fuh gerun. Saya memang tengok dari atas je lah. Huhu. Di tebing tebing taman ini pula ada permandangan lautan yang tidak kurang hebatnya. Saya dan rakan-rakan spent a few hours di sini menikmati permandangan dan bersantai di pondok-pondok kecil yang banyak disediakan. Misi ocean trench accomplished!
Kepada yang suka snorkeling, ada banyak sangattt snorkelling spots di Samoa ni. Antara yang menarik ialah giant clam snorkelling di Savaia! Namun, anda mestilah pandai berenang keranaaaa jeng jeng jeng tiada peralatan snorkeling yang disediakan di sini. Tempatnya pun dalam kampung. Terkejut beruk juga saya pada mulanya. Macam mana nak snorkelling ni equipment pun takda huhu. Jadi saya hanya mampu mandi pantai di sini while rakan-rakan lain yang pandai berenang pergi snorkelling. So, kalau anda berhasrat nak snorkelling di Samoa, please check first before going whether the place yang anda nak snorkel tu ada sediakan peralatan ke tak. Another choice ialah bawa peralatan snorkelling anda sendiri seperti yang mat saleh selalu buat. Tapi menurut rakan-rakan saya yang pergi snorkelling melihat giant clam, kawasan giant clam itu sebenarnya tidak terlalu dalam dan tidak berombak pun. Ia juga tidaklah begitu jauh dari pantai, so memang selamat sebenarnya untuk snorkelling tanpa instructor dan alatan, janji kena pandai berenang sahaja. Pantai-pantai lain yang sempat saya visit di Samoa adalah Taumesina dan sebuah lagi pantai yang saya dah tak ingat namanya.
Masuk kampung| Nature activity yang paaaaaling menarik dan tak akan saya lupakan di Samoa ini ialah apabila kami pergi waterfall hike di sebuah perkampungan yang bernama Lalotalie. Perkampungan ini terletak di Falasaela, dan tidak jauh dari Savaia. Saya yang sememangnya sukakan cultural stuff, sangatlah exciteddd yang amat apabila tahu kami akan masuk meneroka kampung kerana system kampung di Samoa ni sangat unik! Untuk masuk ke kampung ni, kami sudah dinasihatkan untuk berpakaian sopan dan membawa lava lava kami. Apa itu lava lava saya akan explain sebentar nanti. Setibanya kami di Lalotalie, saya memang totally terpegun. Kami dibawa ke center of the village, di mana terletaknya rumah matai kepada kampung tersebut. Olsen namanya. Kawasan ini sangat cantik. Ada sebuah falei untuk penduduk penduduk kampung berkumpul, dan terdapat juga pondok pondok kecil dari kayu dan nipah untuk penginapan tetamu yang bertandang ke kampung ini. Di kawasan yang sama juga terdapat pondok mini galeri yang memuatkan model topografi kampung ini yang memaparkan lokasi sungai sungai dan laut, beserta gambar-gambar acara penting yang pernah berlaku. Olsen turut memberikan kami penerangan tentang kampung ini dan juga asal usulnya. Menurut Olsen, sumber air utama di Lalotalie ini merupakan sungai mereka. Sungai ini sememangnya sangatlah dipelihara daripada pencemaran kerana sungai ini ada lagendanya yang tersendiri. Ada sedikit unsur unsur sacred lah kiranya.
Olsen yang merupakan chief di kampung tersebut kemudiannya mengarahkan beberapa anak muda yang merupakan young chiefs di Lalotalie untuk ikut serta guide kami untuk waterfall hike. Maka bermulalah ekspedisi hutan kami yang sangat mencabar. Di saat kami semua struggle untuk merentas sungai dan memanjat bukit yang licin, anak anak muda di sini macam terbang pun ada! Saya memang struggle sebab at certain points, air sungai yang deras ini berada di paras dagu saya. Panik jugak jadinya. Tapi Olsen dan anak anak buahnya memang relax je. Mereka macam tarzan! Melompat dari satu batu ke satu batu, bergayut ke sana ke sini dengan cepatnya di celah celah pohon dan tebing yang curam, tanpa sebarang masalah langsung! On top of that, mereka juga turut memegang some of barang barang kami seperti handphone dan camera! Saya memang sangat amazed. Ada beberapa kanak-kanak anak penduduk kampung yang turut excited nak ikut serta ekspedisi kami. Walaupun masih kecil, fuhhh mereka ni sama pantas dan terer dengan Olsen. Tarzan ke kome kome ni?!

Kami akhirnya tiba di waterfall yang dimaksudkan. Penat namun sangat puas. Sungguh seronok saya apabila melihat Olsen dan anak-anak buahnya mandi manda. Terpancar keakraban penduduk kampung di sini. Mereka nyanyi bersama-sama dalam bahasa Samoa yang saya pun tak faham apa maksudnya. Kemudian, bermulalah pula acara terjunan ke dalam air. Fuhh terkejut saya melihat mereka terjun dari tebing tebing bukit yang agak tinggi ke dalam air dengan pelbagai aksi. Kami dah bagaikan menonton suatu pertunjukan. Setelah puas meluangkan masa di sini, kami bergerak pulang kembali ke center kampung. Menurut Olsen, waterfall hike ni sebenarnya ada 7 level dan yang kami pergi ini baru level 1. Yang level 1 ini pun bagi saya dah sangat mencabar, tak tau lah apa akan jadi sekiranya saya hike ke kesemua tujuh level haha. Mungkin pengsan. Rasa berat hati nak tinggalkan kampung yang sangat unik ni dan villagers nya yang sangat welcoming. Sempat juga kami survey survey kemudahan di kampung ni, kerana rakan saya Din bakal menginap di sini selama dua malam untuk melaksanakan project bersama orang kampung. Nampaknya di kampung ini takda bilik mandi dan semua orang memang mandi sungai ja. Kami hanya mampu mengucapkan Goodluck pada Din dan selamat mandi sungai haha. Tempat penginapan Din pula ialah one of the pondok-pondok comel yang ada di center kampung tersebut. Menurut Olsen, kampung mereka memang banyak menerima kunjungan tetamu untuk waterfall hike seperti ini, almost setiap hari. This waterfall hike saya memang highly recommend!

Culture & People| Samoa ini sememangnya kaya dengan culture. Kebanyakan penduduknya selit bunga di telinga. Comel pula saya rasa. Adat mereka juga adalah sangat welcoming towards guests. Antara perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa welcoming dinner di guest house tempat saya menginap. Selesai sahaja dinner, kami diberitahu bahawa ada acara adat untuk mengalu-alukan kedatangan kami. Chef-chef rumah kemudiannya menyediakan suatu minuman di dalam sebuah mangkuk besar manakala kami semua duduk mengelilingi meja makan. Kemudiannya, mereka meletakkan minuman tersebut ke dalam cawan dan mula menyanyi suatu lagu Samoa dengan suara yang kuat. Minuman ini kemudiannya diberikan kepada seorang tetamu. Tetamu tersebut kemudiannya haruslah menghabiskan air tersebut dan kemudiannya menyebut “Manui-a!!” dan mengembalikan cawan tersebut kepada tuan rumah. Proses ini kemudiannya diulang untuk setiap guest yang ada kira kira 30 orang! Masa ni saya, Aina dan Din dah panik menunggu giliran kami. Kami bimbang bahawa minuman itu adalah arak kerana orang Samoa ni banyak juga minum alcohol. Dan adat di sini ialah tidak boleh menolak pemberian. Kami memang nervous. Tapi apabila tiba giliran kami, chef guesthouse datang memberitahu bahawa jangan risau kerana minuman ini tak alcoholic. Fuh lega saya. So saya pun minum je lah. Tak ingat apa rasanya minuman tersebut. Lepastu saya pun jerit “Manui-a!!” sambil angkat cawan. Hahaha lawak pun ada apabila diingat.
The most beautiful thing about Samoa bagi saya sebenarnya adalah orangnya. Kerana mereka sangat baik dan ramah, kami menjadi agak akrab dengan orang-orang di guesthouse kami. Rasa seperti family dan tak kekok langsung. Sebelum kami balik mereka menghadiahkan setiap seorang dari kami dengan lava lava. Buat pengetahuan semua, lava lava ini adalah sehelai kain bermotif yang dipakai oleh rakyat Samoa. Sangatlah recommended untuk anda membeli lava-lava sebaik tiba di Samoa kerana ianya adalah bagaikan suatu tanda penghormatan kepada adat budaya negara ini. Terutamanya apabila masuk ke kawasan kampung, adalah amat recommended untuk pakai lava lava sebagai tanda hormat. 

Fun fact| Tahukah anda bahawa movie popular Disney iaitu Moana adalah diadaptasi dari kehidupan di Samoa? Yes, Moana is a Samoan princess! Saya pun cuma tahu tentang ini setelah melawat negara ini. Apabila saya amati betul-betul, memang tepat sekali. Seperti yang digambarkan dalam movie Moana, orang-orang di Samoa sememangnya orang pulau yang rata-ratanya berkulit agak gelap, berambut kerinting, selit bunga di telinga dan pakai pakaian bermotif! 


Bagi saya, pengalaman saya ke Samoa ini memang one of a kind. Moga moga dengan post ini dapatlah menambah lagi pengetahuan kita tentang negara yang sedikit terasing di mata dunia ni. Mana lah tahu satu hari mungkin anda pula yang akan berpeluang untuk ke sini! It is truly a beautiful, unique island! Anyway, thanks for reading my experience till the end. 

By Chasing The Sun Guest Writer
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

Hi.. Should you guys come to another pacific island which is Palau? This is another island in pacific yang malaysian sangat2 tak familiar jgk. I'm staying here for 2 years already and ada 3 malaysian je yg residence sini.Can check google about Palau for further information about the islands as local people call this place as Pristine Paradise🙂

Balas
avatar

@Aidil Rahman Woa, this is our 1st time hearing about Palau. I've googled it and looks very beautiful! InshaAllah kalau ada rezeki we'll be there! You guys reside there? Working with the government?

Balas