Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, December 19, 2020

Pertama Kali Tengok Menara Condong Teluk Intan | HanaKimi Anniversary Roadtrip 2020!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Its the end of the year dan ini bermaksud its time for another Anniversary Roadtrip! yeayy! Tahun lepas, destinasi kami punya Anniversary Roadtrip adalah Avani Sepang Goldcoast Resort. Tahun ni kita menuju ke Pahang! Oh btw, Anniversary Roadtrip ni adalah sempena dengan tarikh perkahwinan kami iaitu 22nd December. Kami nak jadikan roadtrip ni sebagai satu tradisi, even sampai kami dah beranak pinak nnt pun kita angkut semua pergi roadtrip. Untuk roadtrip kalini, kenderaan kami telah ditaja oleh Insas Pacific Rent-A-Car Sdn. Bhd. (PRAC) Tahun ni kita roadtrip naik Toyota Camry uols! haha.

Dalam entri ni kami sekadar nak kongsikan dengan korang kecantikkan Menara Condong Teluk Intan di waktu malam. Kami berdua tak pernah lagi datang ke Menara Condong Teluk Intan ni sebelum ni, cuma pernah dengar dan baca tentangnya. Bila dah ada peluang menginap satu malam di Teluk Intan, semestinya landmark yg wajib dilawati adalah menara condong ni la kan.


Lawa gila guys Menara Condong Teluk Intan ni di waktu malam. So bright and vibrant! Ramai orang dok chilling dekat situ. Boleh dikatakan menara ni ibarat the heart of Teluk Intan la. Lokasi pun kat tengah-tengah pekan ni. Disebabkan kitorang datang ni malam, tak sempat lah nak tengok apa ada di dalam. Tapi tengok luaran pun dah impressed! Cantik.