Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, October 16, 2021

Tempat Makan Best Di Baling | Mesti Try Nasi Dalca PappaAbu's Kopitiam ni Kalau Sampai Baling!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Alhamdulillah guyss! Kita dah boleh travel rentas negeri semula. Lega sangat sangat sebab lepas ni dah boleh kembali ke jadual travel untuk CTS ni seperti biasa. Lepas ni tak perlu sangkut dalam jem dekat SJR dah. Tapi ingat ye korang, patuhi SOP sebaik yang mungkin. Sama-sama kita jadi rakyat yang bertanggungjawab okay!

Dalam entri kali ni kami nak kongsikan satu lokasi tempat makan yang best dekat Baling, Kedah. Ni kira lokasi yang sedang viral dan bakal bertambah viral la lepas ni memandangkan org ramai dah boleh travel semula kan. Lokasinya adalah Nasi Dalca PappaAbu's Kopitiam . Beberapa hari yang lepas, kami ada urusan di Baling dan ada yang recommend untuk kami cuba Nasi Dalca di sini. Curious dan teringin nak tau apa yang best dekat sini, kami pun try.


Lokasi
| Dari segi lokasi, memang mudah sangat sangat nak cari restoran ni. Betul betul di tengah bandar Baling. Berdekatan dengan Baling uptown. Kami akan kongsikan maps dekat bawah satgi. Yang bestnya, parking banyak dan mudah. 




Menu | Menurut pemilik PappaAbu's Kopitiam ni, menu Nasi Dalca ni sebenarnya baru sangat lagi diorang perkenalkan di restoran diorang. Sebelum ni diorang cuma menyediakan masakan atau menu kopitiam style la. Tapi waktu tengah - tengah Covid haritu, tercetus idea untuk try jual Nasi Dalca.

Menu yang ada agak pelbagai jugak, ada Nasi Dalca Kambing, Ayam Madu , Sotong, Daging dan juga boleh mix & match jugalah kalau korang nak. 

Menu yang kami try adalah of course lah Nasi Dalca Kambing! Dah la first time nak try, patutnya ambik lah masing2 set yang berbeza kan, ni tak! dua dua ambik set yang sama. Haduyai cmna CTS nak majuu ni. Haha. Lepas dah order, nampak sangat menarik, baru lah terlintas mungkin nak letak kat blog, jadi kami pun order tambah ala carte Ayam Madu diorang yang nampak sedap sangat!




The verdict is, memang patutlah diorang diviralkan. Memang sedap! Gulai dalca dia terbaik. Set kambing yang kami ambik tu pun on point! Nasib baik kami minta tambah Ayam Madu tu sebab sedap gila Ayam Madu tu. Rasanya, kami mungkin akan sarankan untuk korang try Ayam Madu tu lagi kot sebagai menu pertama untuk korang cuba kat sini. Sedikit nota tambah, bawang goreng dia lain macam weh, dia goreng depan mata korang. Rangup lain macam. haha. 

Kalau korang dari area sekitar Baling, atau ada plan nak staycation di air panas Baling atau mendaki Gunung Baling, kami rekemen sangat untuk datang dan try Nasi Dalca PappaAbu's Kopitiam ni okay! Puas hati guaranteed! Boleh refer map kat bawah ni kalau nak pergi sana. Diorang bukak 11pagi sampai 10mlm. Ni Facebook page diorang -> Nasi Dalca PappaAbu's Kopitiam . Jumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum!

Previous Post
Next Post

post written by:

1 comments:

Anonymous said...

Emperor Casino | Shootercasino
The Emperor Casino choegocasino offers free casino games and exclusive slot and bonus tournaments. Play slots and casino table games and 제왕카지노 get $10,000 bonus + septcasino 200 Free Spins.