Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, October 2, 2021

Hotel Tour #13 : Lone Pine, Batu Ferringhi Penang | Berbaloi Ke Stay Kat Hotel Tepi Pantai Ni?



Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Harap korang semua sihat walafiat. Entri kali ni kami nak bawa korang tour di sebuah hotel yang selalu sahaja berada dalam senarai senarai hotel paling best di Penang. Hotel apakah itu? Haa namanya Lone Pine, lokasinya di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Sedikit nak kongsi dengan korang, kami memang dah lama dah tau tentang Lone Pine ni, setiap kali terasa nak stay somewhere yg fancy di Penang, mesti nama Lone Pine ni akan naik. Tapi sebelum ni tak pernah plan sampai jadi. Kalini, sebab dah lama dok menabung (PKP punya pasai), so kita redah kasi jadi! Jom kita ronda ronda Lone Pine



Lokasi | Macam yang kami cakap tadi, Lone Pine ni terletak di Batu Ferringhi, entrance dia memang betul betul depan Petronas Batu Ferringhi tu, so bab location, memang terbaik lah. Ada access terus ke pantai dan kedai kedai makan pun sangat dekat, jalan kaki je kalau nak jalan cari makan kat area situ. Also dekat compound Lone Pine ni ada kawasan private yang customers diorang boleh picnic di bawah pohon pohon pokok Pine. Nice gila.




Bangunan | Kalau tengok dari luar, kami assume bangunan Lone Pine ni memang dah dibina lama dahulu lah. Mungkin zaman zaman British dulu. Vibe English memang jelas kelihatan kalau tengok pada tingkap, bumbung dan corak corak pada dinding. Dekat bahagian foyer dia memang cun. Dengan ada dahan dahan pokok yang menjurai turun dari atas, cantik lah. Boleh rasa dia punya unsur elegan dan mewah tu. 







Interior | Untuk bahagian dalam pulak, macam sedikit contrast dari design diorang yang dekat luar, sebab interior diorang lebih incline kearah modern punya hotel design. Luar classic dalam modern. Dekat balkoni ada bath tub! Ruang yang sangat luas, dan bahagian bilik mandi dan tandas memang mcm dpt sebijik lagi bilik lain. So mmg sangat spacious. Bilik yang kitorang book ni berharga RM400 per night including breakfast dan biliknya menghadap terus ke pantai. So, memang nice sangat! Meh tengok video tour kami ni.








Sarapan | Untuk sarapan, buffet masih belum available. Diorang akan hantar kebilik terus sarapan korang. Mlm sebelumnya korang dah kena pilih siap2 menu untuk sarapan korang. Boleh tahan banyak jugak pilihan dan portion yang Lone Pine sediakan. Kalau nak compare dengan ala carte breakfast dari beberapa hotel lain yang kami pernah try sebelum ni, ni antara yang paling besar la portion dia.






So segala hype tentang Lone Pine ni sebelum ni, semuanya ternyata bukan sekadar hype semata mata, tetapi memang menepati lah kami punya expectation. In fact kan, to be honest, the experience exceeded what we expected. The English + Classic + Nature + Luxury vibe was on point. The location memang sangat convenience. The room was great.  The breakfast also very nice. Memang lepasni akan datang lagi lah cerita dia. 

Kami nak tutup entri ni dengan 2 insiden menarik (sedih) yang berlaku sewaktu kami stay di Lone Pine tempoh hari. First, handphone Kimi Samsung Note10 dibawanya terjun sekali masuk ke dalam swimming pool sebab selama ni memang dok ingat Note10 ni kalis ayaq. Sekali bawa naik, rosak bossku. Short circuit, body lekang dan camera rosak. Haha. Rupanya kalis ayaq ja tapi tak kalis swimming pool.  The next insiden, breakfast kami dicuri burung Gagak! Like literally depan mata kami, seekor burung Gagak ni lepas kami habis makan, and sambil kami dok kemas2, dia mai slow2 kat meja makan kami and grab something. Hebat kau dik. 

Ni sebelum sedar Phone dah terkorban

So itu sajalah yang kami nak kongsikan untuk entri kali ni. Kepada korang yang mmg dah lama aim nak stay di Lone Pine ni tapi belum terbuat sebab harganya yang agak mahal, my suggestion is go on with it! I promise you it's worth it. Ok korang, jumpa lagi di lain entri. Bawah ni ada lebih banyak gambar yang kami ambil di Lone Pine. Enjoy! Assalamualaikum.






Kawasan hotel memang dikelilingi pkok Pine






Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: