Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Saturday, October 23, 2021

Lokasi Bergambar Di Penang | Kampung Agong Lokasi Viral Di Penaga!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Diharapkan supaya anda semua sihat walafiat hendaknya. Bertemu lagi kita di ruangan blog Chasing The Suns. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi tentang percutian di dalam negara kita. Musim-musim PKP ni mesti ramai sangat dah jadi tepu kan. Yelah, mana tak nya dah lama sangat duk terperuk je dalam rumah, nak pergi sana sini pun dah tak boleh macam dulu kan. Ya Allah, hapuskanlah wabak Covid-19 ini secepat mungkin dari dunia ini Ya Allah, amiinn.  (Jom pakat amiinkan bersama)

Kalau sebut je pasal melancong, mesti ramai sangat yang membayangkan percutian ke luar negara seperti Eropah, Amerika bahkan ke Afrika sekalipun. Namun begitu, tahukah anda bahawa negara kita Malaysia juga tidak kurang hebatnya untuk dijadikan destinasi pelancongan korang. Salah satunya tempat yang bernama Kampung Agong yang terletak di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mengikut catatan sejarah, bermula pada tahun 1942, pengasas tanah mula menanam ladang kelapa yang dikelilingi oleh sawah sebaik sahaja berinovasi ke Taman Tema Agro. Kampung Agong dibuka pada tahun 2019 di Kawasan seluas 15 ekar. Kampung Agong diberi nama julukan pengasas tanah yang penduduk kampung memanggilnya sebagai ‘Agong’.  Terdapat tiga taman dalam seluruh Kawasan Kampung Agong ini dan setiap satu taman ada hotspots menarik yang korang boleh bergambar tak kiralah individu ataupun berteman.



Bayaran tiket masuknya tidaklah mahal. Bagi pemegang MYKAD, harga tiket masuk bermula daripada RM 8 untuk kategori dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak, ia sememangnya berbaloi kerana anda akan dapat menikmati pengalaman yang bernilai lebih dari itu. Manakala bagi pelancong luar negara pula adalah sebanyak RM 18 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak. Haa, dan part yang paling best, Kampung Agong nie dibuka setiap hari dan beroperasi dari waktu 9.00 am – 6.00 pm, boleh tahan pusing tiga taman lah korang nanti ya? 



Akhir sekali, sama-samalah kita  berdoa dan berharap sangat supaya wabak Covid-19 ini segera diangkat dari dunia ini dan kita pun boleh lah kembali merentas daerah dan negeri tanpa sebarang masalah lagi dah, nanti boleh lah korang datang ke sini, huhu..Bertemu lagi di lain entri, saya Aiman Thumb mengundur diri. Assalamualaikum.

Previous Post
Next Post

post written by:

Facebook : https://www.facebook.com/aiman.azami.7/about

0 comments: