Tuesday, November 3, 2020

Chalet Istana Sangkut "Enam Jahanam" Di Kuala Krai | Chill & Enjoy Tepi Sungai!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Sorry yer agak lama kami tak update post baru kat sini. Recently kami berdua sedikit sibuk dengan kerja fulltime kami sampai tak sempat nak menjengah ke sini. Sekarang dah ada ruang boleh lah tulis sikit.

Kali ni nak share dengan korang satu tempat menarik yang baru last weekend sahaja kami pergi *dalam dok kata busy tu sempat jugak pergi berjalan kan..Oops.. Lokasi menarik yang kami maksudkan adalah Istana Sangkut di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan. 


Again, plan kali ni pun agak last minute jugak, lepas balik kerja hari Jumaat minggu lepas lebih kurang pukul 8.00pm baru kami buat keputusan untuk just pack up and shoot pergi ke Kuala Krai. Oh, lupa nak mention idea untuk ke Kuala Krai ni datang sebab travel geng kami (Nashrik & Nurul) malam tu stay dekat situ jugak. So, semua salah diorang! haha.

Pukul 10.00pm kami gerak dari Kulim menuju ke Kuala Krai. Oh ya, of course kami call terlebih dahulu Istana Sangkut untuk check sama ada masih punya bilik kosong and diorang bagitau ada kosong. Kami bagitau mungkin akan sampai around 2.00am - 3.00am. Diorang kata boleh! so kami pun onz. Cut story short, kami sampai sana around 4.30a.m. Haa sudah, time tu takda siapa dekat kaunter reception diorang. Haha ofcourse lah kan, its 4.30am kot! So kami decide untuk tunggu jelah dalam kereta sampai ada orang bangun.

Dalam pukul 5.00am, Nashrik & Nurul bangun nak pergi toilet, only to find both of us hampir terlena dalam kereta. Nasib baik Nashrik tau mana satu rumah owner Istana Sangkut ni, so dia pergi ketuk bilik diorang & dapatkan kunci untuk kami. Yeay! Teruslah kami bergegas ke bilik & tidur. 

Keesokkannya, barulah dapat menikmati pemandangan dan suasana indah chalet tepi sungai ni. Syok weh bangun pagi dikejutkan oleh deruan air sungai dan tiupan angin nyaman di tengah tengah hutan ni. Ok, jadi mari kami bawa korang tour sedikit Istana Sangkut ni!

Bilik comel | Benda pertama yang menjadi tarikan kat sini adalah 6 buah chalet berbentuk unik yang diberi nama bertemakan watak-watak filem dalam filem P.Ramlee berjudul 6 Jahanam. Nama namanya adalah Katipang, Jaginda, Mumbala, Sujamang, Paragas dan bilik yg kami dapat adalah Karambit. Nampak dah yang pemilik chalet ni mesti peminat P.Ramlee. 3 buah bilik berbentuk separa bulatan dan 3 buah lagi berbentuk segi tiga. 





Bahagian dalamnya pula, selesa dan punya ruang yang luas untuk solat. Kami ingatkan dalamnya cuma muat muat katil ja rupanya boleh tahan luas juga. So, boleh solat dalam bilik sahaja ya. 

Selain dari 6 bilik ni, pengunjung juga boleh pilih untuk menginap di khemah yang telah disediakan disitu. Ada lebih kurang 10 buah khemah yang boleh memuatkan anggaran dalam 50-60 orang semua sekali. So, boleh cuba yang tu juga kalau korang nak.




Tepi Sungai | Tarikan kedua disini adalah lokasinya yang terletak betul betul di tepi sungai.. Cuba bayangkan bangun pagi ja dengar air sungai menderu. Tambah dengan bunyi burung berkicauan lagi. Memang best! Hari yang kami pergi tu, paginya memang cuma kami berempat sahaja yang mandi kat sungai tu. Memang seronok la masing2. Sebesar besar kawasan tu kami berempat ja yang dok mandi manda. Btw, boleh sewa pelampung ya kalau korang tak panda berenang. Cuma RM3 sahaja.










Staff Peramah | Semua pekerja disitu yang kami jumpa memang ramah-ramah belaka. Tak lokek bercerita tentang Istana Sangkut ni kepada kami. Semua orang senyum dan sangatlah welcoming. In fact, diorang cuma charge kami separuh harga sahaja sebab kami cuma tido beberapa jam disitu. So, daripada RM60 kami cuma kena bayar RM30. 

Kami dimaklumkan bahawa penginap di Istana Sangkut ni juga ditawarkan pakej aktiviti outdoor yang agak menarik. Antara aktivitinya adalah 'jungle tracking' 'flying fox', 'water crossing', 'water confident', '4x4 experience' dan banyak lagi! Cumanya, kami tak sempat nak buat semua tu sebab ada destinasi lain lagi yang hendak dituju. 

Kami check out jam 12.00pm dan terus menuju ke Kota Bharu untuk misi lain disana pula. Walaupun kami cuma stay di Istana Sangkut ni dalam masa yang sangat singkat, tapi terasa puas sebab dapat menghirup udara segar di sini dan dapat mandi manda di sungai Lata Rek ni. Seronok sebab dapat lari dari kerja dan kesibukkan urusan harian kami. 

The only thing yang kami rasa perlu tambah baik adalah kemudahan tandas.Waktu kami disana, pintu tandas lelaki dua2 tak boleh lock dan juga air dalam kolah keruh dan air paip bertanah. Other than that, we had a great time and inshaAllah might come back to do more activities. Ok, itu sahaja untuk kali ni. Jumpa lagi di lain entri! Assalamualaikum.

Contact Istana Sangkut to book your stay now! 

Call/Whatsapp : 0199401553






Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: