Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, November 6, 2020

Tempat Makan Best Di Kulim | Nasi Ayam 5 Bintang di Warung Nasi Ayam Bonda

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Korang penggemar nasi ayam? Haa samalah kita. Entri kali ni kami nak perkenalkan korang kepada satu kedai nasi ayam yang mungkin terpaling sedap di sekitar Kulim ni. Ini bukan cobaan, memang benar benar sedap and I mean it. Sebenarnya dah lama nak masukkan kedai ni dalam list Tempat Makan Best Di Kulim ni tapi bila sampai di situ ja, mesti tak sempat nak snap gambar or tak teringat nak snap gambar pun sebab dah excited sangat nak makan. Lokasi yang dimaksudkan adalah Nasi Ayam Bonda @ Sungai Ular, Kulim.


Portion | Kalau korang pergi makan kat sini and tak puas hati dengan portion dia, mari bagitau kat kami. Menu nasi ayam kat sini korang boleh pilih , nak Biasa, Special atau Double Special. Untuk Biasa pun sebenarnya dah cukup mengenyangkan buat perut orang normal macam kami. Kalau yang terasa extra lapar boleh order Special dimana korang akan dapat separuh ayam. Kalau Double Special, korang dapat separuh ayam dan extra nasi. Haaa so memang takkan wujud issue portion tak cukup dan sebagainya. 


Rasa | Ayam kat sini digolek right before your eyes. Memang korang boleh nampak ayam yang sedang digolek kat tepi kedai dan memang setiap kali order diorang akan angkat dari pemanggang. So ayam dia memang sentiasa panas dan juicy guys. Sumpah tak tipu. Kami dah pergi makan kat sini rasa lebih dari 50 kali kot (almost setiap hari Jumaat lunch dari tahun 2016). Jadi percayalah bila kami kata nasi ayam disini memang padu. Dimakan pula dengan air asam , sup dan juga sos blackpepper nya. MasyaAllah, syurga dunia. Haha. 


Waiting time | Setakat yang kami pernah makan kat sini, memang kedainya sentiasa penuh. Sentiasa. Tapi yang bestnya, tak pernah kami tunggu lebih dari 10 minit untuk makanan sampai. Memang cepat dan sistematik! Balik ja dari Nasi Ayam Bonda ni mesti tersenyum riang. Haha.. Kami siap ada geng office yang diberi nama Nasi Ayam Bonda kot! Thats how much we love this kedai! 


So, kalau korang ada di sekitar Kulim, Lunas or Sungai Ular, jemputlah cuba Nasi Ayam dekat kedai Nasi Ayam Bonda ni ya. InshaAllah puas hati dan akan jadi regular customer macam kami jugak! Haha. Bawah ni kami sediakan location diorang kalau korang nak cari ok. Serbu jangan tak serbu! Assalamualaikum!

Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: