Friday, October 2, 2020

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Guys, kami ada nak keluarkan satu kenyataan yang mungkin bakal mengundang kontroversi ni. Kami rasa US Pizza lebih sedap dari Dominos Pizza & Pizza Hut! Haaa itu dia lah kenyataannya. Haha. Kepada yang tak tahu tentang US Pizza ni, diorang ni actually a local pizzeria yang menyediakan pelbagai jenis pizza , samada common flavor dan ada juga pilihan yang lebih adventurous seperti Durian , Cendol, Tomyum dan banyak lagi lah!

Sebelum ni kami dah pernah cuba yang common flavor macam Aloha Pizza, Chicken Classic , Tuna Delite. Memang sedap! Cuma kami tertanya-tanya apakah rasa bila durian digabungkan dengan Pizza. Haa, sebagai "travel & food blogger" , kami tak boleh duduk saja, apatah lagi dekat Kulim ni memang ada 1 branch US Pizza. So baru-baru ni kami telah pergi cuba Pizza Durian D24 di US Pizza!

US Pizza branch Kulim ni terletak di Taman Semarak Kulim, so dekat ja dengan tempat Kimi kerja. Kami pergi selepas balik kerja dalam pukul 8.00pm cmtu. Dimaklumkan diorang tutup pukul 10.00pm. Setiba kat sana, masuk saja dalam pizzeria ni, memang terasa macam kami berada di USA! Penuh dengan decor decor yang bertemakan Amerika. Kami duduk dan terus Kimi kata "bygkan kat luar sana adalah street of New York, its raining and we are about to have some great Pizzas". Wehh memang senang nak byg and memang vibe USA tu menjadi! Love the ambience!




Untuk makanan pula kami punya order ni ada some standard punya menu dan juga sudah pastilah kami nak cuba Pizza Durian D24 tu kan. So our order is as below :

  1. Pizza Durian D24 - RM 32
  2. Crazi Garlic Twist - RM 4.85
  3. Cheese Boat - RM 38
  4. Mushroom Soup - RM 7.95
  5. Milkshake - RM 9.50
  6. Lasagna Beef - RM 24

Nampak banyak kan? Haa kami pergi bertiga actually. So jangan risau, memang takda langsung makanan yang terbazir. Semuanya habis okay!




 

Rasanya korang dah boleh agak dah our verdict for these Pizza Durian D24 ni macamna kan? Haa sedap guys! Kalau korang pencinta Durian, korang pasti akan suka pizza ni. The flavor tu blends really well dengan cheese topping atas pizza tu. Somehow they managed to make the Durian not so overpowering in terms of the smell and also the flavor. So smooth and creamy! Kami Suka! 

Untuk menu yang lain pula, overall semua sedap, 1 honorable mention di sini adalah Lasagna Beef dia. Fuhh makan panas-panas pulak time tu. Memang terbayang bayang. Kami suka pengalaman kami setakat ni dengan US Pizza ni. So, next time nak makan Pizza, memang ke situ lah kami. 


Kami dimaklumkan sekarang dah boleh order online di USPIZZA ORDER ONLINE and ada promo code pulak tu. Kalau korang order online dan masukkan promo code "666" korang akan dapat 1 free personal pizza. Haa jommms! Boleh tengok menu dekat website diorang ya  (MENU USPIZZA). Ok guys, jumpa lagi di lain entri, Assalamualaikum!






Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: