Pakej Bajet Island Hopping Semporna!



Powered by 12Go system

Friday, October 2, 2020

Tempat Makan Best Di Kulim | Mari Cuba Pizza Durian di US Pizza!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Guys, kami ada nak keluarkan satu kenyataan yang mungkin bakal mengundang kontroversi ni. Kami rasa US Pizza lebih sedap dari Dominos Pizza & Pizza Hut! Haaa itu dia lah kenyataannya. Haha. Kepada yang tak tahu tentang US Pizza ni, diorang ni actually a local pizzeria yang menyediakan pelbagai jenis pizza , samada common flavor dan ada juga pilihan yang lebih adventurous seperti Durian , Cendol, Tomyum dan banyak lagi lah!

Sebelum ni kami dah pernah cuba yang common flavor macam Aloha Pizza, Chicken Classic , Tuna Delite. Memang sedap! Cuma kami tertanya-tanya apakah rasa bila durian digabungkan dengan Pizza. Haa, sebagai "travel & food blogger" , kami tak boleh duduk saja, apatah lagi dekat Kulim ni memang ada 1 branch US Pizza. So baru-baru ni kami telah pergi cuba Pizza Durian D24 di US Pizza!